Friday, November 4, 2011

DAPAT RASA KERETA KENA 'CLAMP'!





Dah banyak kali kami ke sana baik siang atau malam untuk makan. Kekadang ke restoran Hiyaki dan minggu lepas ke Flaming Steamboat Restaurant di Platinum Walk, Danau Kota. Parking biasa jer, secara double parking. Kalau ada kereta nak keluar, Unclepali alihkan kereta kami.


Malam tadi kami ke Flaming steamboat sekali lagi untuk makan malam bersama abang Fauzee dan keluarga. Masa sampai dalam hujan renyai2, sepanjang jalan di sebelah dalam Platinum Walk, sepi. Tak ada kereta parking. So apa lagilah. Suka sangat Unclepali.

Masuk restoran Abang fauzee dan keluarga sudah sedia menunggu. Unclepali yang habis makan dulu keluar hisap rokok. Seketika kemudian abang Fauzee menyusul. Tak lama selepas itu, Unclepali kembali dan duduk senyap2 sebelah Kjee sambil bisik kereta kena clamp.

Hah Kjee tanya balik. Kena apa? Kena clamp. Alamak, kata Kjee, Terbang RM50. Minggu lepas masa makan kat sini, Unclepali tercicir tiket parking. Kena bayar denda RM10. Hari ni melayanglah RM50.

Habis makan, kami keluar. Unclepali dan Abang Fauzee cuba pujuk pak guard. Dia panggil supervisor dia. Unclepali kata isterinya OKU sebab itu parking situ. Kemudian tunjuk kerusi roda dalam kereta dan sticker OKU. Laa terus supervisor tu minta maf.

Ketika Kjee keluar, dia orang tengah sibuk melepaskan 'clamp'. Selamat duit aku, kata Unclepali. Hehehe. Pengalaman tau! Belum pernah Kjee mengalami kereta kena clamp sebab Kjee ni memang baik...a law abiding citizen. Hari ni kena sebab selama ini tak pernah kena pun kat situ, so Kjee ingat okaylah kan. Bukan double park pun...cuma park di line kuning. Hehehe.


4 comments:

  1. Sib baik selamat..kalau tak terbang duit beli Belle Vie..:)

    ReplyDelete
  2. La kesian nya, nasib baik pali pandai jawab.

    ReplyDelete
  3. Aslkm KJ

    Alhamdulillah ok
    Tapi lainkali hati2.
    Selamat menyambut raya haji. Bye

    ReplyDelete
  4. Salam Aidiladha untuk Kak Jee sekeluarga :)

    ReplyDelete