Suka pos kat meja computer Kjee |
Hari ini Kjee sedih yang amat2. Dah dua hari kucing kesayangan Kjee, Lemon, demam. Semua 6 ekor kucing yang Kjee bela, sangat2 Kjee sayang. Tetapi yang ni lebih sikit sebab dia manja sangat dengan Kjee dan faham kalau Kjee cakap omputih dengan dia. Suruh sit, dia duduk, suruh sleep, dia baring.
Kjee sibuk ke sana kemari tanpa ambil berat Lemon tak sihat. Bukanlah tak peduli langsung tapi memang sibuk sangat2 sampaikan macam tak ada masa untuk diri sendiri! Malah masa Kjee balik kampung Isnin lalu, Unclepali dah kata Lemon macam tak sihat tapi masa tu kan cuti, mana ada klinik haiwan bukak.
Tadi masa Kjee lunch kat Kudu Nasi Kandar, hati Kjee teringat Lemon. Terbayang wajah dia yang layu pagi tadi masa Kjee nak keluar. Sebelum melangkah keluar, Kjee janji pada Lemon akan bawak dia ke ke klinik petang ini. Sampai rumah, Kjee tunggu dalam kereta sementara Unclepali pergi masuk ambil carrier dan Lemon untuk dibawa ke Vet.
Lama Kjee tunggu dalam kereta. Tetiba Kjee nampak Unclepali keluar. Wajahnya muram. Kjee turunkan cermin tingkap kereta. Unclepali dah tak keluar suara. Hanya tangannya beri isyarat kemudian keluar suara perlahan..."Tak sempat Jee.."
Berderau darah Kjee. terus meraung dalam kereta. Kjee tak sanggup masuk rumah. Tak lama kemudian Unclepali keluar dan bawak beg plastik berisi Lemon. Dia pinjam cangkul rumah jiran. Kjee terus call Nadia dan menangis.
Sedihnya Tuhan sahaja yang tahu. Lemon lahir dalam rumah Kjee bersama adiknya Ginger. Sebenarnya ada tiga beradik tapi satu tak sempat hidup lama.
Rasanya macam dah malas nak sayang kucing. Setiap kali Kjee sayang giler2, tak lama selepas itu dia pergi meninggalkan Kjee. Sorry Lemon...bukan Mama tak sayang Lemon tapi mama sibuk...sibuk cari duit...kalau banyak duit boleh beli makanan sedap2 buat Lemon dan juga kawan2 Lemon yang lain.....
salam kak jee .. yg hidup pasti akan mati .. begitu juga dgn diri kita ..tiada yg kekal ..
ReplyDeleteYa Allah Ya Tuhanku.. kita fhm perasaan Kak Jee. Sbb kita pun dh selalu rasa (bila aritu kerap gak kucing2 mati) nak2 bila dia dh bsr kan?? Byk kan sbr ya Kak Jee. Al-Fatihah buat Lemon. RIP Lemon :(
ReplyDeletekucing-kucing yg tinggal bersama kita adalah keluarga terdekat kita...tentulah kita akan bersedih amat sekiranya ahli keluarga kita meninggalkan kita...takziah jee..
ReplyDeleteSabar kak jee. Kalau org yang jenis tak suka kucing mmg akan gelak kalau dengar citer mcm ni tapi bg saya sekeluarga mmg sayang sgt kucing so mmg tau sgt ape rasa kak jee masa tu. Redha kan aje kak jee. Moga lemon damai di sana.
ReplyDeletePaham sgt apa yg kak jee rasa...cek pun satu ketika malas sgt dah nak syg kucing...sebab bila kita syg dia sgt...mesti kuching tu tak lama ngan kita...sedihhhh....
ReplyDeleteas salam KJ, takziah dari saya atas kematian LEMON. Sy tak minat bela kucing tapi saya faham perasaan orang yang bela kucing. Saya geli dan rimas bila kucing datang menggesel ekor atau badannya pada saya. Tapi di rumah saya ada dua tiga ekor kucing 'mendatang'. saya tak bagi makan secara rutin sebab saya tak mahu dia jadi ' penunggu' di rumah. Tapi saya tak pernah pukul atau sepak kucing .. sebab dia makhluk Allah juga. Kekadang saya teringin nak bermain-main macam orang lain tapi saya cukup berani dan rasa geli tu cukup tinggi. Ibu mertua saya jaga kucingnya macam anak sendiri. Tapi saya paling tak tahan .. bau tahi kucing. Hilang selera makan.
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak Jee... sabar ye kak.. saya faham perasaan Kak Jee.. saya pun ada seekor kucing di rumah... Dolly, namanya... adakalanya, anak saya memanggilnya Dolly Pancake...
ReplyDeleteDulu, saya memang tak berapa suka kucing... setakat tengok dari jauh boleh ler... nak suruh pegang?? alahai, tak payah ler... saya geli!... Tapi, semenjak suami & anak2 mintak nak bela kucing di rumah setahun yang lalu, saya dah mula sayangkan kucing... sampaikan pintu rumah saya, saya tak kasi sesiapa pun biarkan terbuka... takut Dolly keluar merayau... takut Dolly kena belasah dengan kucing lain... yang paling saya takut ialah kalau Dolly hilang!... begitulah sayangnya saya pada si Dolly Pancake nih!!... Wassalam ...
As salam KJee..tak dapat megawal airmata ini keluar. Nora mmg peminat kucing yg tegar..Sayang sesangat kat kucing2 ni tak kira siapa punya..Kat rumah Nora pelihara 2 ekor..kalau boleh nak bela banyak2..tapi apakan daya, rumah Nora apartment jer, itupun curi2 bela sbb ikutkan tak boleh bela binatang kt kawasan Nora ni. Nora takut nak menghadapi detik2 kehilangan kucing2 Nora ni. Org kata hayat kucing tak panjang..Kucing Nora yg satu ni dah umur 4 tahun. Nora sayang sesangat kat dia, Nora jaga dia mcm anak sendiri..kalau marahpun mcm marah budak2..kadang2 merajuk dgn dia, dia pulak puas datang mengesel2 memujuk.. Kalau keluar rumah utk beberapa hari, asyik ingat dia. Bila balik, mesti dia tunggu depan pintu.Kalau Nora sakit, dia akan tunggu Nora tepi katil. Kalau lambat bangunpun , dia akan datang sambil bising2 gerakkan Nora...macamana Nora nak hadapi saat2 kalau dia meninggalkan Nora??..Nora tak sanggupppp....
ReplyDeletesalam semua...dari malam tadi, Kjee asyik teringatkan Lemon. Bangun pagi, ada text message di fon yang buat Kjee tiba2 mengalirkan airmata. Buakak FB, bukak blog...hmmmm ini bukan kali pertama Kjee menangis macam ini. Sebelum Lemon, Mok Mok..mati kena langgar. Yang lain...Yuni, Adik, abang Nik, Tambi dan ramai lagi... huhuhu tak nak ingatlah...
ReplyDeleteHari tu baca citer rabbit Ummi, dah bergenang airmata, ni baca Kjee punya pulak... aduyai... sayunya. Berat mata membaca, berat lagi Kjee yang menanggung. Though I am not an animal lover (sebab tak rajin nak take extra responsibilities), I too have a soft spot somewhere in my heart for the animals...
ReplyDeletemmg sedih nak bila kita dah bela dr kecik kan...saya pun pernah rasa malas dah nak bela kucing,,tp nak buang kucing yg dtg kt umah tu x sampai hati..apalah dia tahu kan....x pe la belikan je mknan utk dia....lagipun kucingkan haiwan kesygan nabi & mungkin dia akan mendoakan tuanya..
ReplyDeleteAssalamaualaikum Kak Jee,
ReplyDeleteMemang sedih sangat....Kuching saya tak mati, tapi asyik hilang akibat asyik pindah rumah...ibarat orang yang hilang anaklah...apapun..kuching ke orang ke barang ke apa-apa yang kita sayang semua nya datang dari Allah jadi ia akan kembali kepada Allah...jadi ucapkan Innalillah..bila-bila..dapat pahala dan boleh redha.InsyaAllah...
You should take part in a contest for one of the
ReplyDeletefinest blogs online. I will recommend this blog!
my web site :: cheap Jerseys