semalam, ketika bertemu sekejap dalam hujan lebat di depan stesyen keretapi Ipoh dengan Rose Anita Abdullah, dia hulurkan satu bungkusan mengandungi dua peket karipap frozen. Satu untuk Kjee dan satu lagi untuk Dato Hafifi. Amboi sukanya Kjee!!!
Tadi Kjee baru goreng. Ada tiga jenis karipap yang diberi oleh Rose. Satu karipap Sepera Gandum, Karipap Ayam dan jugak Daging. Oleh kerana Dato Hafifi tak makan ayam, Kjee nak cilok peket karipap ayam untuk Dato Hafifi. Bukan apa, jangan membazir. Hehehe.
Dan rasanya? Nanti Kjee kata sedap, korang kata sebab karipap free. Sebab itulah Kjee tak suka makan barang2 free. Susah nak bagi komen.
Tapi kannnnn, Kjee syorkan SESIAPA YANG TINGGAL DI KAWASAN IPOH, eloklah add Rose Anita Abdullah di Facebook dan ORDER dengan dia karipap frozen dia ni!!! TERBAEEKKKK! Just my taste. Sedap sangat2!! Nadia pun suka sangat! Unclepali tengah tidur tapi tak apa nanti dia bangun Kjee goreng lagi.
Karipap yang Rose buat, cun sangat. Elok kalau nak hidang pada tetamu sebab comel2 sangat. Orang kata tiga kali ngapp dah habis sebiji!! Memang cukup rasa dan ada pedas2 sikit. Macam ada rasa lada hitam. I like!!!
Amboiiii kenapalah awak jauh sangat Rose !! Kalau dekat, tiap2 minggu Kjee nak order 50 biji! So korang jangan lepas peluang ini. Order jer dari Rose Anita dan rasa sendiri kesedapannya. Terima kasih daun keladi ya Rose.
Nadia tanya apa karipap sepera? Nantilah kita goreng dan makan ya sayang.
Tumpang lalu, Kjee nak makan lagi. Hehehe.
saya pun suka sgt karipap!
ReplyDeletedulu rajin buat sendiri sbb nk kawal rasa.
skrg kat bangi ni dah sng cari karipap frozen yg sedap..tak rajin la nk buat sendiri lg.
Aku selalu kalau balik JB beli karipap frozen kat pasar basah, sedap juga karipapnya.
ReplyDeleteada 1 budak jual karipap gergasi kt Bdr Baru Bangi.Dia hantar kesemua Jabatan Kerajaan Daerah Hulu Langat, Sepang, Ukm, Hospital Kajang.Hari Jumaat dia berniaga depan Masjid Assolihin Teras Jernang.Saya dah rasa banyak kali ..sedap sgt3.intinya terasa rempah ratusnya.Call dia E-ONE KARIPAP GERGASI BANDAR BARU BANGI 017-3777013 (iwan)
ReplyDeleteDekat billion silibin ada karipap 8 jenis inti ... ari tu pernah beli karipap strawberry dia ... sedap sgt
ReplyDelete