Inilah Dapur Kjee yang original. . Terlalu nostalgia sebab itu Kjee namakan Blog Dunia dari Dapur Kjee |
Isyhhh untuk pengetahuan semua, blog ini bukanlah blog masakan. Hanya kebetulan Kjee guna nama Dunia Dari Dapur Kjee. Ia melambangkan, dunia yang Kjee lihat dari dapur Kjee. Bukanlah bermakna kalau guna perkataan dapur maka Kjee harus memasak dalam setiap entry macam blog masakan yang lain.
Sebenarnya ada banyak blog masakan yang hebat2 di luar sana seperti Dunia Tanpa Sempadan, MamaFaMi's Spice And Splendour, Home Sweet Home, Masam Manis dan banyak lagi. Mereka adalah blogger masakan tulen. Tumpuan mereka hanya kepada masakan.
So Kjee harap korang berilah tumpuan kepada mereka kalau nak tahu lebih banyak mengenai resipi, masakan dan sebagainya.
Kjee dah agak dah sejak hari pertama Kjee jadi blogger dulu yang orang akan pertikaikan kenapa Kjee kurang memasukkan entry masakan. Malah, Kjee turut terkilan apabila bertemu kengkawan lama yang terkejut apabila Kjee beritahu mereka nama blog Kjee. "Oh awak dah tukar profesyen jadi tukang masak ker?" Rata2 itu komen mereka. Macamlah hina jadi tukang masak, kan?!!
Susah payah Kjee nak explain. Nak tukar nama blog mungkin sudah terlambat memandangkan dua bulan lagi, akan sampai setahun usia blog ini. Tetapi, maaflah, kepada mereka yang mencebik apabila dengar nama blog Kjee, Dunia dari Dapur Kjee...Well, see for yourself what I have in store for you!! Tetapi apabila mereka singgah ke blog Kjee, baru mereka tahu, ia bukan blog masakan. It's just a tip of the iceberg.
Anyway berbalik kepada tujuan entry ini, Kjee menjadi blogger hanya setelah Kjee berjinak2 dalam dunia Facebook. Kjee melangkah ke alam blogging kerana I wanted something more challenging...sesuatu yang lebih kukuh dan sesuai dengan usia Kjee yang sudah hampir ke penghujungnya.
Takkanlah apabila sudah sampai ke usia emas 60 tahun, Kjee masih nak 'main dengan Facebook' jer kan? Sebab itulah Kjee jadi blogger. Bukan bertujuan nak compete dengan blogger masakan yang terer terer tetapi sekadar nak berkongsi ilmu dan pengalaman Kjee dalam pelbagai bidang.
My life has been a very colorful one. Tanya apa sahaja yang Kjeee belum lalui. Sebagai wartawan Kjee pernah interview mereka yang tinggal di rumah setinggan. Dan juga pernah keluar masuk istana buat coverage majlis2 DiRaja. Pernah ke bilik mayat, pernah ikut polis buat rush sarang pelacuran, pernah balik kerja di tengah2 malam dan ternampak kereta bomba dengan siren yang kuat dan mengejarnya...dan pernah macam2. Kenapa Kjee kejar bomba yang pasang siren kuat? Sebab itu petanda ada kecemasan di hujung destinasi mereka!
So Kjee harap tidak ada yang masih bertanya kenapa Kjee dah tak memasak lagi. Bukan korang saja rindukan entry masakan tetapi Kjee juga rindu nak memasak. Tetapi masa tidak mengizinkan. Kjee ikut trend semasa...kata omputih, Make Hay While The Sun Shines. Jika jalan yang Kjee lalui sekarang kearah kebaikan, akan Kjee redah.
I've been sick too long. Dah lama dah Kjee duduk terperap dan hanya keluar bersama kerusi rodaku. Tetapi kini, hidup Kjee sudah berubah, sudah boleh berjalan. Dan Kjee ingin menghulurkan tangan menolong seberapa ramai yang boleh Kjee tolong kearah kesihatan yang lama mereka idamkan.
So, harap2 korang faham. Apa yang korang baca dan lihat dalam blog ini adalah Kjee yang sebenarnya. Tiada apa rahsia mengenai diri Kjee yang mungkin korang tak tahu. Sudah Kjee luahkan semuanya. Dan kini tiba masa Kjee melakukan sesuatu yang Kjee paling ingin lakukan selama ini. Mungkin apabila sudah tercapai apa yang Kjee hasratkan, Kjee akan go back to square one...
as salam KJ .. thanks for the ' explaination' !! first time saya jengah ke sini memang ingatkan its all about cooking. Apatah lagi saya masuk melalui blog CMG. Tapi tabiat saya .. suka nyelak entry sebelumnya juga. Dari situlah saya rumuskan bahawa the word DAPUR tu doesn't really meant to be a ' dapur masak ' .. DAPUR KAK JEE bermaksud macam ' ruang atau store yang menyimpan pelbagai cerita yang KJ ingin kongsikan bersama orang lain. So saya tak kisah kalau tak ada citer-citer masakan or resepi ... sebab untuk itu saya boleh ke blog lain .. bersepah di alam maya ni. Setiap kali online .. DDKJ adalah blog pertama dan blog wajib saya terjah. Malah dalam FAVOURITE list, ur blog is the first ! Saya online di tempat kerja dan di rumah .. sehari rasanya 5 atau 6 kali jugalah saya masuk sini . Banyak pengajaran, petua dan cerita yang saya dapat ... walaupun tak semua pendapat KJ saya terima ( but they are very few ) bagi saya that is normal. Its ur right to say what u think, kan ? its ur blog. So KJ .. do keep on writing cos there are many people out there; including me of cos ... who really enjoy ur story and who really look forward for new entries .. be it a short one or a long one .. that does not matter.
ReplyDeletesha ...
Thnx Sha for the very honest comment.
ReplyDeletesalam kak jee...
ReplyDeleteBila kak jee muncul dengan blog, kami rasa mcm ada satu impak, sebab kak jee pengalaman lebih hebat, jika segelintir blogger menulis perihal artis hanya dari mata kasar, sedangkan akak telah lalui semuanya itu sebagai seorang wartawan profesional. Moga kak jee diberi kekuatan dan sentiasa dilindungi Allah swt...aminnn...
Salam Kak Jee,
ReplyDeleteteruskan menulis.doa saya kak jee sentiasa sihat dan diberkati Allah.
Rosliha
salam harap kak jee terus menulis blog, semoga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik... lagipun dalam blog ni kite lebih bebas utk menulis.. berbicara... serta meluahkan pendapat.
ReplyDeletesaya pun suke singgah sini.. bukan nak tengok kak jee memasak... tapi suke baca cara kak jee menulis.. sbb mase kak jee jadi wartawan saya tak berkesempatan nak bace artikel² Kak Jee.... dari blog inilah baru saya kenal sape kak jee...
Moga kak jee sentiasa berjaya dalam apa jua bidang yang kak jee ceburi...
sekarang saya dah paham...terus kan perjuangan kak jee
ReplyDelete