Friday, November 18, 2011

LUNCH AT 11 AM




Ini lunch Kjee. Tak pernah makan nasi awal sangat. Selalu lunch lepas kul 3 tapi dah terlanjur sampai kat Kudu Nasi Kandar,yalah tu terlanjur, unclepali memang nak ke sana makan tengah hari je lah kan.







Nasi separuh pun susah nak habis sebab ikannya besar. Ratah jer. Sebelah kanan tu telor ikan, Kjee cilok dari pinggan Unclepali. Hari ni murah sangat. RM4.90. Tempat lain macam ni mau enam henggit!

Tapi sedap sangat2. Sekarang kalau makan kat Kudu, tak berani makan guna tangan. Sebab? Because dah cuci tangan bersih2 pun, bau karinya tak hilang!! Tak sangupppp tapi suka cium tangan bau rempah. Hehehe

Dah kenyang mengantuk pulak. Unclepali dah bising. Dia suruh rehat 3 atau 4 jam sehari. Asyik mengadap PC, layan emel, sms jer sampai mati pun tak habis. Orait Boss!!

Ada tanya mana restoren Kudu bin Abdul ni. Ia sebelah kedai Honda di Jalan TAR. Dekat Traffic Lights sebelum Maju Junction. Tengok sini.

Related Posts:

  • 274. Jalan2 Cari makan - Western Food @ Arima Classic mixed grill braised lamb shank Tadi Kjee beri pilihan kepada Unclepali nak makan apa for dinner. Maklumlah birthday boy kan? Kjee suruh dia pilih antara Chinese Muslim Food di De Templar along MRR2 Highway, makana… Read More
  • SANTAI DALAM GARDEN...AWESOME Kami sampai di Curve, Mutiara Damansara. Terpinga2 cari Garden Cafe.  "Abang konar kiri, jalan sampai hujung, pastu nampak kedai yang ada pokok2 dan bunga yang cantik, itulah Garden," kata pak guard itu kepada Uncle… Read More
  • AKHIRNYA SETELAH SEBULAN MENGIDAM... SETELAH sebulan mengidam makan lasagna, akhirnya dapat jugak Kjee makan. Semuanya sebab malas nak buat sendiri. Dan susah pulak tekak ni nak terima lasagna yang tidak benar2 menepati citarasa. innity_pub = "d1dc3a8270a6f… Read More
  • NASI KERABU AYAM PERCIK SEDAP DI HAYAKI D'SARA UTAMA Kul lima petang baru lunch. Breakfast kul 9 makan dua keping roti canai. Boleh tahan jugak kelaparan masa Unclepali stop depan restoran Hayaki di Damansara Utama selepas hantar product ke Damansara Uptown. innity_pub = "… Read More
  • LAWA KAN GAMBAR NI TETAPI ...... Omputih kata..LOOKS CAN BE VERY DECEIVING Dah lama sangat tak buat Spaghetti Bolognaise. So seandainya singgah di restoran yang jual makanan favorite Kjee tu, tak tergamak rasanya tak order. Itulah yang terjadi for d… Read More

16 comments:

  1. kak,ni restoren kudu abdul tu ke kak?mcm sedappppp jerrr.

    ReplyDelete
  2. kak jee..penah try dekat dgn kudu tu...yaseen..bleh tahan gak sedapnya....beratur org nak mkn....

    ReplyDelete
  3. Wahhhh sedapnya lunch Kjee. Dahlah nampak menyelerakan... murah lak tu! Naper ler tetiba perut ni berbunyi pulak! Ish tak makan saman tol la perut kita ni.. hahahaha...

    ReplyDelete
  4. ngences dah ni kjee ! turun kl nanti akan ku jejak restoran ni... :)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum k.jee..restoren kudu tu area TAR belah mane?

    ReplyDelete
  6. salam kak jee... nak tanya selalu kalau kak jee p restoren ni.. kak jee parking blah mana... penah ajak husband makan kat situ dia kata susah nak parking.... ya ke.. ke kami yang jakun sgt.. kikikiki

    ReplyDelete
  7. Restoren ni memamg susah nak prking. ada tampat parking berbaya rdi belakang restoren tau ema.
    kalau nak tau mana Restoran Kudu bin Abdul, awak pandu dari arah Cholit hingga ke arah Maju Junction. Sebebaik sahaja nampak traffic lights kat maju juncation, toleh sekelah kiri. deretan kedai pesen lama tu.

    ReplyDelete
  8. Laparnyer saya bila tengok makanan tu...dr kenyang macam nak gap nyer...terliur molot, kalau mengandung nak terjah lak kat TAR..

    dah lama tak kesana..

    ReplyDelete
  9. sedih baru ingat nak makan kudu,pesan dekat member sebab dia p bungkus tapi dia terima sms time dah sampai office.melepas nak merasa

    ReplyDelete
  10. Waaaaaaaaaaaahhh ni lunch ke bekpes ni K.Jee cayang oiii...kira brunch la eh...hehehe.sedap tgk lauk tuh... ^___^

    ReplyDelete
  11. salam perkenalan kak jie..Mama sungguh lah terliuk ngan menu ni...ekor ikan bawal (kot!!) tu menyentap minda yang nak terlena nih...hish hish hish...esok masak kari ikan lah jawab nyer.... cili hijau sungguh striking dan menari nari di mata....haish..cant stay long anymore...

    ReplyDelete
  12. Jee shamsul kata dia lebih
    suka ibramshah nasi kandar yang dekat berdepan dengan selangor emporium, kari hitam dia power.

    ReplyDelete
  13. memang sedap nasi kandar kudu, sy dah pergi ... mmg kena repeat! ini baru betul nasi kandar

    ReplyDelete