Menilaulah jugak satu KL. Mula2 gi bekfas, pastu gi pos barang2, kemudian gi antar Nadia gi Uni. Pastu ke Daya Bumi, Pandan Indah, Pandan Jaya dan akhirnya ke tengah2 pusat bandar lebih tepat lagi di Menara Maybank. Seumur hidup Kjee tak pernah Kjee drive sampai ke depan bangunan tu walaupun kalau tak silap dah lebih 35 tahun bangunan itu wujud di situ.
Rezeki Kjee hari ini betul2 murah. Tadi ke Pandan Jaya, Hajah Zaharah bagi Kurma Nabi dan Air Zam Zam. Alhamdullilah syukur. Tak sempat nak amik gambar Kurma sebab terlalu seronok dan kelaparan sebab dah pukul 1 tgh hari terus makan dalam kereta.
Kemudian kami ke Menara Maybank. Jumpa pulak cik puan yang sangat2 cantik dan manis. Sebaik sahaja barangan yang dipesan bertukar tangan, Kjee pulak dapat ole2. Satu set barangan keperluan dapur seperti apron, oven gloves dan pot holder, serviette sayangnya nak guna dan juga fragranced sachet. Boleh gantung dalam bilik atau almari dan harum semerbak!
Terima kasih Cik Puan cantik manis yang tak mahu Kjee dedahkan identiti. Kjee tiga beranak juga diberi sorang satu lagi cenderamata special. Untuk kegunaan orang yang terer IT cam kami...kahkahkah.
Kjee tak sempat sembang lama dengan beliau kerana nak rush balik hantar Lemon yang sakit huhuhuhu ke klinik. Kjee selak hadiah2 dalam kereta, terkejut dan sempat antar text terima kasih. Ini balasannya yang buat Kjee terkedu.
"...GIVING FOR THE SAKE OF GIVING IS VERY GOOD FOR THE HEART AND SOUL. WHEN WE FREELY GIVE TO OTHERS, THE ENERGY RETURNS TO THE GIVER MULTI-FOLD, IN UNTOLD WAYS..."
..nice quotation..share...ye Jee....tq!
ReplyDeleteAlhamdulillah, sy tumpang gembira dan mendoakan Kjee sekeluarga dan Cik Puan cantik manis itu dirahmati Allah hendaknya...
ReplyDeleteSy nak share quotation tu boleh tak Kjee?..it's a spot on indeed..
salam k jee ..nk share quote tu kat wall fb ya..suka laa..tqvm suzi
ReplyDelete