Nadia kelaparan sebab belum lunch. Dia order Spaghetti Bolognaise with beef sauce dan Kjee order Lamb Pie dan Camomile Tea. Lama dah tak singgah ke Secret Recipe. Kalau ke situ, Kjee suka makan Braised Lamb Shank. Tetapi sejak diperkenalkan dengan makanan itu di Arima Classic (lihat sini), dah tak mau makan di SR lagi. Sebab di Arima pun sama sedapnya dan murah sangat berbanding dengan SR.
Anyway, tunggu punya tunggu, Lamb Pie Kjee sampai dulu. Nampak memang cantik tetapi mak oi punyalah keras pastri dia. Gamaknya kalau baling ke dinding boleh berbekas. Kemudian ternampak pulak Shephered's Pie tetapi dah boring nak order.
So pagi tadi Kjee decide nak buat pie daging. Kemudian teringat yang hari tu, my dear sis, Liza PSG, ada beri lamb burger jenama dara beef. Hmmm projeklah kita buat Shepperd's Pie guna lamb burger pattie.
Tadi pi supermarket, Nadia beli American Russet Potato yang memang elok buat mashed potato. Lembut sangat2 setelah direbus untuk dilenyek. Apabila tiba time nak buat piping mashed potato, macam biasalah tangan mula jadi keras. Dan lihatlah dunia hasilnya yang kelakar giler!
Anyway, korang jangan ketawakan aku. Kau ada?!! Hehehe.
Resipinya mengikut suka hati Kjee ya.
SHEPPERD'S PIE
4 keping beef pattie (boleh guna lamb, ayam atau daging)
1 labu bawang besar (dicincang)
3 ulas bawang putih (dicincang)
minyak masak (Kjee guna Olive Oil)
1 sudu lada hitam kisar/tumbuk
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung
Susu segar/cair
CARA
Beef patties diletak pada suhu bilik. Bila dah lembut dihancur2kan. Kjee guna tangan jer dan ramas2.
Kentang dicuci bersih dan direbus dengan kulitnya hingga masak. Kemudian terus buang kulit dan dilenyek. Mesti dibuat ketika ia masih panas. Setelah itu dimasukkan fresh milk atau susu cair sedikit demi sedikit hingga sebati. Adjustlah sendiri banyak mana nak bubuh susu. Janji senang nak piping nanti.
Tumis bawang putih, bawang merah dalam sedikit minyak. Kemudian apabila layu, masukkan carrot yang telah didadu halus. Kemudian masukkan daging burger patti dan kacau sambil pastikan daging itu benar2 hancur dan tidak berketul2.
Apabila daging dah agak masak, masukkan 1 sudu besar sos tiram dan serbuk lada hitam. Kacau hingga masak. Kemudian campurkan 1 sudu besar tepung jagung dalam kira2 4 sudu besar air, msukkan dan kacau pantas2. Kemudian padam api.
Kaup dalam acuan (Kjee guna ramekin saiz 4 inci). Kemudian pipe kan mashed potato keatas lauk tadi. Bakar dalam ketuhar suhu 200 darjah hingga golden brown selama 15 atau 20 minit. Kalau tak cukup cantik warnanya, tambah lagi masa.
Kelakar tau cara Kjee pipekan mshed potato tu. Bab hias menghiaskan ni, Kjee tak pernah pas! hehehe
Kelakarnya rupa...hehehe |
Rupa tak kesah yang penting rasa nya.
ReplyDeleteSoooo Ori lahhh.....i likeeee......
ReplyDeleteComelnya shepherd pie k.Jee..esp mashed potatoes.. Dulu Zaph suka makan Shepherd pie yg dijual kat Dave Deli..bila order selalu tersasul cakap "German Sherpherd satu" hehe..
ReplyDeletehahaha Zaph...I like dat.
ReplyDeleteamboi CMG...ikhlas ke? ikhlas tapi jauh kahkahkah gurau jer.
shida rasa dan rupa penting. dari mata baru ke perut. biar sedap di mata dan sedap di hati. hehehe