Monday, November 14, 2011

SIAPA KATA KALAU KEGUGURAN TAK PERLU BERPANTANG?


antara herba tradisional  dalam pantang - foto2 google

Berpantang ketika keguguran sepatutnya harus diperhebatkan atau dianggap sikit lebih kurang sama seperti selepas bersalin. Begitu pesan arwah Bonda dulu. Katanya, apabila kita bersalin, proses kelahiran telah ditetapkan secara normal. Tetapi apabila keguguran, kehamilan itu telah 'direntap' secara  'paksa'. Justru, badan kita terkejut dan perlu dijaga dengan lebih baik.






Sebab itulah Kjee terkedu apabila terbaca berita Ayu Raudhah yang baru sahaja keguguran 26 Oktober lalu, kembali ke set drama untuk bekerja. Kerja sebagai seorang pelakon bukanlah ringan. Ia memerlukan kekuatan mental dan fisikal. Jika tidak kuat kedua2 aspek itu, maka terjadilah perkara2 yang tidak diingini seperti jatuh sakit atau emosi mudah terganggu.

Ramai wanita mengambil mudah kesihatan selepas keguguran. Kjee pun sebenarnya dua kali lima. Apabila bonda nasihat supaya jaga pantang, Kjee abaikan. Maklumlah kita mesti anggap diri kita dah sihat sebab kalau bersalin, kita nampak ada baby di sisi. Kalau keguguran tak ada. Terus kita abaikan pantang larang yang sepatutnya.

Kerana itu, apabila sudah tua, Kjee seringkali sakit2. Sakit sendi, sakit pinggang dan macam2 lagi lah. Kira tapau semua, kata sahabat Kjee, Shila. Kalau sudah ada penyakit2 macam itu, ia akan menyukarkan kita melalui hari2 tua.

Pendek jer cerita Kjee pagi ni. Cuma sebagai peringatan kepada adik2 supaya jangan jadi macam Kjee. Menyesal tak guna tau.


Ini tungku elektrik. Elok sangat untuk dalam pantang


29 comments:

  1. assalamualaikum kak jee ...
    saya juga pernah keguguran once ... discharge from hospital, saya diingatkan supaya berpantang, berurut & bertungku ... makan pun kena pantang ... cumanya, tempoh berpantang tu je saya ambil separuh daripada tempoh berpantang bersalin ... 22 hari aje ... he heheh ...

    ReplyDelete
  2. saya pun baru lepas keguguran..dh setahun lbh kawen,baru nk lekat tp jatuh jugak...mungkin belum lg rezki kami..tp ummi n mama saya tetap berpesan supaya berpantang!!tp sy takla sempat nk bertungku bagai sbbnye bz ngan keje...cuti pun dpt sekejap je..

    ReplyDelete
  3. Ya betul...separuh jer tempoh tetapi jangan langgar pantang..elok untuk hari tua.

    ReplyDelete
  4. saya pun keguguran berkali2...langgar pantang,sbb xde saper nk ajar pun.pantang nyer hanya xminum ais..yg lain selamat..huhu..mengemas rumah ,mengemop bagai semua buat sdiri,masa kerja kilang dulu pun semua buat sendiri,angkat brg berat2(org jantan xleh harap)...kalau nak tolak lemari guna bumper yg besor ni...hah sekarang ambik kau dah rasa sakit segala2 nyer.
    kpd org muda2 tu berpantang lah..nni menyesal seumur hidup

    ReplyDelete
  5. betul tu k.jee..
    ayu pernah gugur.ayu pantang ala2 orang bersalin.
    bukan apa, badan nak pakai lama

    ReplyDelete
  6. saya yang operate due to cyst and endo pun mak saya pantangkan tapi tak strict macam orang bersalin or keguguran.. actually it helps..my gyne impressed sbb luka kering dgn elok, jahitan bertaup..cuma dia tak puas hati dgn parut luka (my hubby and i don't really mind pun) sampai dia kata if tak clear juga dia nak refer ke plastic surgeon... hahaha.. tak nak lah!
    p/s: k. Jee saya sedih baca ttg Lemon. innalillahwaiinahirojiun.. take care.. (zaph)

    ReplyDelete
  7. ....adik di skul mamaijat baru keguguran aidil adha lalu.mamaijat ada nasihatkan jaga makan & pantang...tapi dia ni pesen payah makan ubat...apa lagi nak makan halia, bawang, putih kunyit & lada hitam yang macam mak mamaijat selalu buat kan tu..uuurrmmm..xputus asa..akan cuba pujuk juga....kesian..cos usianya dah 41 tahun & selalu x sihat...muka pucat &..kurus sangat...........

    ReplyDelete
  8. betul tu kak je..
    mak mertua kita kata..baiklah pantang beranak daripada pantang keguguran ni..
    pantang elok2..makan jaga segala

    ReplyDelete
  9. betul tu kak jee, yg keguguran pun kena berpantang sama mcm baru lepas bersalin kan. semua ini utk kebaikan kita jugak kan, org tua selalu cakap (sebelah utara) jaga diri elok2 badan nak pakai sampai tua. saya mulanya tak berapa faham sgt apa diaorg pesan, rupanya suruh jaga diri dan kesihatan agar esok2 bila tua tak lah sakit sana sini.

    ReplyDelete
  10. Salam kak jee..saya anak dh msuk 6 bulan tp still bpantang sbb breastfeed baby xboley mkn sukati..mama mrah sgt klau xikut pantang..lgpun saya fikir xnk tua2 nnt sakit mcm2 myusahkan org lain,so bpantang jugak la skang ni..pantang saya mknan sejuk dan berangin,mndi air sejuk,mndi mlm..still btungku gak kdg2..

    ReplyDelete
  11. biasanya kalau keguguran.... mc 2 minggu jer...

    ReplyDelete
  12. tungku tu la kita guna masa pantang.. tungku besi tu berat sgt..
    Ada orang tu bersalin pun tak berpantang langsung. Kita ni pantang la jugak.. pantang makan je la.. lain2 tu mcm krg je pantangnya. Walau 1st baby.. tetap nak kena settlekan keja rumah. Walau ada mak tolong, tapi takkan kain baju hubby pun nak suruh mak basuh.. even guna washing machine pun.

    ReplyDelete
  13. Aku pun pernah keguguran sebelum aku lahirkan shiqin dulu, memang aku berpantang macam orang yang baru bersalin.

    ReplyDelete
  14. Kak Jee, saya suka lah tungku letrik tu nak beli kat mana - kedai kak Jee ada jual tak.

    ReplyDelete
  15. kjee tak jual. kat gm klang dan chow kit ada.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Kak Jee...sy baru sebln lps keguguran..masa tu very emo...it took a while tuk tenangkan diri...pantang pun ala2 kadar tuk 2 minggu..skrg dh blh buat kerja rumah..
    Kak Jee,klu dh sbln baru mkn ubat masih blh lg kah?

    ReplyDelete
  17. Kjee faham apa yg awak lalui. Sepatutnya tepikan dulu rasa tidak tenang dan tmupukan kepada kesihatan badan. Makanlah ubat sehingga badan terasa segar kembali. Insya allah kalau badan sihat, kemungkinan untuk hamil lagi, amat tinggi. Insya allah.

    ReplyDelete
  18. kjee boley kah kita memakan jamu or ubat selepas 44hari bpantang...atau adakah kita ptt makan semasa dalam pantang???

    ReplyDelete
  19. Nk tye sy bru lps kguguran mgu lpas..skrg nie tgh berpntang..nk tye biasa bertgku ng berurut bila boleh buat yea..

    ReplyDelete
  20. Salam. Elok mintak pandangan bidan/tukang urut yang berpengalaman.

    ReplyDelete
  21. Saya pun sedang berpantang ni, keguguran kandungan 4 w 6 d. Nasihat k.jee tu mmg sgt berguna.

    ReplyDelete
  22. Saya baru lps keguguran kak jee...sdihnya hati ni....

    ReplyDelete
  23. Janganlah sedih. Kjee pun banyak kali gugur...Allah Maha Mengetahui. Ikutlah berpantang ya.

    ReplyDelete
  24. Sy br pas abortion @ 14jan br ni..skang tgh pntg.mkn ikn panggang,sup sawi hari2..ni dh ggur kali ke3..

    ReplyDelete
  25. Saya pun bru keguguran masa kandungan 17w 5d..sedeh sgt rasa..tp Allah Lebih Mengetahui..ni kandungan ke 3..yg 1st gugur masa 8w..2nd ektopik..yg 3rd ni pintu rhm dh trbuka..doakan sy moga Allah swt kurniakan rezki anak utk kami..

    ReplyDelete
  26. saya nak tnya sampai bila kita kena berpantang dari buat hubungan intim dengan suami selepas keguguran yer....saya dah seminggu keguguran....maaf bertanya....

    ReplyDelete
  27. Mintak nasihat doktor. selalu doktor kata dalam dua minggu. Tapi elok kalau berpantang 40 hari.

    ReplyDelete
  28. saya pun ade experience 2X..berpantang 20 hari je...kjee jom jadi geng saya jugak...hehe
    http://villanorami.blogspot.my/

    ReplyDelete