Thursday, December 22, 2011

AC MIZAL DAN EIZLAN YUSOF SEKARANG BERGELAR DATO



Tahniah Dato AC Mizal dan Dato Eizlan Yusof diatas pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) sempena Hari Keputeraan Tuanku Sultan Pahang hari ini. Bertambahlah lagi nampaknya senarai artis yang bergelar Dato.



12 comments:

  1. terasa macam mudahnya dapat artis-artis dapat pangkat DAto..

    ReplyDelete
  2. Masa dulu2 individu yang dapat gelaran adalah orang2 yang menyumbang kepada masyarakat, tolong menolong, serba-serbi disuka ramai. Tapi nih, aduh, tak habis kes2 mahkamah disurat khabar. Diorang ni, ada buat jasa ke? Siapa pula yang bagi nama2 mereka kepada Sultan?

    ReplyDelete
  3. Tahniah pada kedua-duanya...mesti besar sumbangan mereka terhadap negeri Pahang :)

    ReplyDelete
  4. Sekarang ni "Dato" dah tak macam ekslusif, kecuali "Dato' Johore"..syarat2 dia amat ketat, tapi itu hak masing2..tak berani nak komen apa2, cuma pendapat dari generasi muda....satu lagi nak tanya lah...apa beza "dato" dan "datuk"..selain ejaan dia...Apa2 pun tahniah utk mereka berdua, moga dapat berbakti pada masyarakat dan agama...

    ReplyDelete
  5. terkinja kinja dah dapat dato ...

    ReplyDelete
  6. salam.. betul tu Puan ... tahniah kpd kedua-duanya. utk en mat .. memang betul di johor kalau nak dpt dato' mmg agak payah ada syarat yg ketat. Dato' dan datuk adalah dua perkara berbeza.. satu di anugerahkan oleh krjn negeri satu adalah dr Persekutuan..hari itu sy ada google.. tp entah kat mana sy simpan heheh..

    ReplyDelete
  7. penipu bangsa melayu pun bole dpt pangkat dato ker?... tp apa nak heran pangkat2 dato ni bole di beli..

    ReplyDelete
  8. bertuahla artis pahang... asalkan forfular mungkin jadi perhatian istana.. selepas ni artis mana pulak yang di kurniakan dato.. saya sikit kesal "dato"ni langsung x mengiakan keluarga sebelah ayahnya di Perak.. terkilan apatah lagi kini bergelar dato

    ReplyDelete
  9. Salam all, tumpang lalu ya blogger yg dihormati, Kak Jee... Alhamdulillah dengan ketentuan ALLAH SWT yg telah mengurniakan rezeki sebegini dan menjunjung kasih Tuanku Sultan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang di atas anugerah yg yang saya telah terima... Ramai yg tidak tahu akan bagaimana saya boleh ataupun layak utk menerima anugerah ini dan hanya kerana saya adalah salah seorang daripada selebriti tanahair, maka org ramai berpendapat saya telah mendapat anugerah atas kapasiti sebagai selebriti dan jawapannya, TIDAK dan tidak perlulah saya bercerita panjang tentang ini kerana ianya akan menjadi seperti mencurah air ke daun keladi dan juga tidak sesenang yg disangkakan untuk mencapai ketahap sebegini, terlalu banyak prosedur untuk ke arah itu, hanya sesiapa yg telah melaluinya, akan faham dengan apa yg saya katakan ini...Dalam secara kebetulan saya adalah salah seorang selebriti tanahair, secara tidak langsung ianya akan menjadi pemacu buat rakan2 seindustri untuk terus menyumbangkan tenaga dan masa demi untuk mengembangkan industri kreatif ke peringkat yang lebih tinggi agar di hargai dan di hormati setelah kering keringat di badan berbakti kepada agama, bangsa dan negara... Kita kena redha dengan ketentuan ALLAH SWT dan sentiasa bersyukur dengan apa jua anugerah yang dilimpahkan kepada kita dariNYA... Bangsa Melayu dan agama Islam hanya akan kuat dan harmoni apabila kita bersatu dan dapat menghindarkan perasaan PHD yg sememangnya agak sinomin di dalam bangsa kita... ... Bagi ucapan tahniah yang diterima, terima kasih saya ucapkan dan semoga ALLAH SWT akan merahmati anda dan keluarga anda dan kepada sesiapa yg kurang berpuas hati dengan anugerah yg dikurniakan ini, maafkan saya sekiranya anda tersinggung walaupun ianya tidak mendatangkan mudarat dan kudis kepada anda... Akhir kata dari saya, ALLAH SWT akan mengembirakan kita apabila kita mengembirakan orang lain lebih2 lagi yg sebangsa dan seagama dengannya … salam...

    ReplyDelete