Wednesday, December 28, 2011

ARTIS MELENCUNG, WARTAWAN DISALAHKAN?


Lisa antara artis yang Kjee hormati - google


Dah dua hari Kjee fikir samada nak tulis ke tidak mengenail hal ini. Kjee tak tahu lah pulak samada blog Kjee ini dibaca oleh artis2 atau tidak. Mungkin mereka baca, mungkin tidak. Atau mungkin mereka mula singgah sebab dapat tahu Kjee menulis kembali ekoran kes Leina Hangat beberapa hari lepas.




Well, mereka baca atau tak baca, bukan menjadi persoalannya di sini. Kjee sikit pun tak gementar kalau apa yang Kjee tulis selama ini terkena batang hidung mereka. Kjee tulis atas pengamatan dan penelitian Kjee. 

Kjee tak ada simpan niat nak fitnah, aib atau yang sewaktu dengannya. Kalau mereka rasa telah diaibkan, salah siapa kan? Bukan Kjee pergi selongkar yang dalam kain Tetapi dia orang yang cari pasal buat kerja2 tak senonoh!

Buat pengetahuan korang, masa Kjee aktif jadi wartawan hiburan dulu, sekitar tahun 80-an hingga awal 20-an dulu, Kjee cukup2 tidak disenangi ramai artis. Mereka lemparkan pelbagai tuduhan terhadap Kjee. Rata2 kata Kjee wartawan laser.

TETAPI yang buat tuduhan itu bukan golongan yang BAIK BUDI PEKERTI atau yang sewaktu dengannya. Mereka yang buat tuduhan itu, artis2 yang suka MELENCUNG (bukan melancung...) Yang baru dua tiga bulan enter frame jadi pelakon, dah pandu kereta mewah, dah mampu pakai barangan jenama LV atau yang sewaktu dengannya.

Maya - I like!!
Itu tak termasuk mereka yang berkepit gi holiday luar negara dengan VIP yang pastinya suami orang! Buat terang2an. Wartawan dapat tahu, nak buat kecuh kata wartawan laserlah, jahatlah. Tak sedar yang jahat tu siapa kan?!!

Kjee pun pernah jadi pelakon walaupun tak sehebat mereka. Dan Kjee juga pernah jadi pengurus produksi (production manager) dan tahu berapa gaji yang diterima ramai artis. So, kalau baru berlakon satu drama dan dapat tak sampai berapa sen, macam mana boleh pandu kereta mewah, hidup di kondo mahal di Ibu Kota dan sebagainya.

Sebagai wartawan, Kjee ada rasa tanggungjawab terhadap apa yang Kjee tulis. Kekadang artis2 ni himpit editor2 Kjee di pejabat suruh tapis apa yang Kjee tulis. Bukan Kjee tak tau. Editor2 tu diajak keluar dinner, diberi hadiah (ooppps), so pepaham je lah. Budi kena dibalas.

TETAPI then again, bukan semua editor cam tu. Ada jugak yang macam Kjee. Dia orang suruh lagi wartawan 'belasah' kow kow artis macam itu.

Tujuan Kjee buat entry ini adalah untuk memaklumkan bahawa Kjee pasti bakal 'diserang' oleh mereka yang seangkatan dengan Leina Hangat. Mungkin mereka akan merasa bimbang Kjee kembali menulis mengenai dunia hiburan sekali gus mengheret mereka yang 'gemar sangat melencung'.

Maaflah. Itu bukan tujuan Kjee untuk menulis. Kjee hanya buat apa yang Kjee nampak. Yang Kjee dengar tu, kalau Kjee rasa wajar ditulis, Kjee tulislah.

Janganlah mereka kelak rasa tertekan apabila Kjee sudah mula menulis. Kjee tidak pernah berhenti menulis sejak dulu lagi. Tak perlulah rasa takut atau tertekan kalau anda berada di landasan yang betul. Jangan ingat hanya Kjee saja yang boleh tulis. 

Ramai kawan2 Kjee yang masih aktif jadi wartawan hiburan dan Kjee yakin mereka juga memerhatikan artis2 yang gemar 'melencung' ni. So awas!




8 comments:

  1. wow!panas panas panas...tulis kerana benar..adalah fakta

    ReplyDelete
  2. waaa...xpe kak jee...kami sume sokong kak jee.... :)

    ReplyDelete
  3. biasalah kerja wartawan menulis apa yang diketahui..
    kalau tak betul cepat2 betulkan..dunia artis kat Msia ni bukannya besar sangat...

    ReplyDelete
  4. yg buat silap je yg akan melenting .....teruskan penulisan k.jee....mana yg buruk kita tegur...mana yg baik dicontohi....

    ReplyDelete
  5. Di abad ini mana boleh tipu2, terang2 ada internet, handfon canggih, lama mana untuk petik gambar dan upload. Mungkin boleh tipu keluarga, konon mereka tahu siapa sebenar, cliche lah! Insaf dan taubat sekarang. Jangan susah hati kakjee, truth will always prevail.
    Maziah

    ReplyDelete
  6. suka melancong
    tapi tak suka melencung...
    yang melencung tu kalau kena tegur tu... dengar2 lah....bererti ada org sayang kat kita.

    ReplyDelete
  7. baru la best kjee. peminat kt luar nk gak tahu kehidupan dunia artis yg dikatakan penuh glamor ni. saya sokong kjee.

    ReplyDelete