Friday, December 16, 2011

JIMMY BUKAK MULUT AIBKAN SUHAILA

foto ehsan murai.com




Fuuhhh nasib baik Kjee sudah pencen jadi wartawan hiburan surat khabar. Tak sanggup rasanya Kjee nak duduk dalam mahkamah dan dengar kisah2 rumahtangga didedahkan ekoran ternoktahnya sebuah perkahwinan. Orang lain mungkin suka but not me!!



Tadi, selepas Maghrib barulah Kjee sempat jenguk akhbar2 online hari ni. Maklumlah, dalam perjalanan balik dari Ipoh, tak selesa baca akhbar online guna tablet. Unclepali pulak tak bawa lappy. 

Kjee rasa korang dah tahu cerita rumahtangga siapa yang Kjee maksudkan. Keluarga perempuan berhabisan beratus ribu ringgit untuk sebuah majlis perkahwinan. Tak sampai beberapa minggu, hancur luluh hati Jimmy Shanley.

Macam2 cerita yang Kjee dengar. Ada yang kata Jimmy gay, lantaran itu isterinya meninggalkannya. Tetapi dalam pada Jimmy complain isterinya enggan menjalankan tanggungjawab zahir dan batin, tetiba pulak isterinya Suhaila, hamil. Kemudian melahirkan anak perempuan yang comel lote. Maklumlah dizahirkan dari benih yang sama cantik sama padan.

Dan hari ni, pasti korang dah baca akhbar Kosmo. Dan korang tahu apa terjadi itu court punya dalam! Kenyataan Jimmy cukup2 mengaibkan. Kjee tak dapat bayangkan perasaan Suhaila apabila segala kisah 'dalam kain' dibongkar Jimmy, yang selama ini hanya mendiamkan diri.

Masa Kjee ke dapur tadi tengok Unclepali kopek durian, Nadia yang ada di dapur tanya Kjee, "Betul ke  story Jimmy tu mama? Takkan teruk sekali perangai Suhaila." Entahlah. Mama no comment. Mama pasti kalau seseorang itu buat kenyataan dalam mahkamah, ia dilakukan selepas bersumpah untuk bercakap benar...to tell the truth, nothing but the truth.."

Korang bacalah kat sini ye.


8 comments:

  1. entahlah kak jee...dari awal tersiarnya berita dan gambar di awal perhubungan diorang seperti ada yang tidak kena. hanya Allah yg maha mengetahui.

    ReplyDelete
  2. salam kak jee... Hmm, tu lah kak, ada manusia ni rupa paras maha sempurna, tapi inner part,???? (maaf atas keterlanjuran)..ada tu pulak rupa paras ala2 saja, ibarat kata mulut2 orang keji, macam muka pecah rumah, tapi hakikatnya baik budi pekerti, akhlak pun terpuji..moga Allah swt beri petunjuk pada dia dan pada kita juga....

    ReplyDelete
  3. malu ayu bila dia syer ttg keaiban bekas isterinya

    yang sudah tu sudahlah...

    ReplyDelete
  4. muka pecah rumah? bukan pecah pintu ker Che Mat? hehehe

    ReplyDelete
  5. erm..macam-macam..tak tahu nak percaya yang mn satu..kita nak menilai pun tak tahu yang mana benar dan mana menipu..

    ReplyDelete
  6. Peringatan untuk diri sendiri..carik pasangan yang ada pegangan islam dan melaksanakannyer lillahitaala...

    ReplyDelete
  7. masyaAllah.. saya doa jimmy tak akan bukak aib isterinya, wpun isterinya silap. Allah pun tutup aib kita hambaNya.

    sy berharap jimmy lebih tinggi immannya, tidak akan terbawak2 dengan emosi isterinya yang pendek. nak ubah org bukan sekelip mata. ikut saje rentaknya dahulu.

    mcm erra n yusri dulu tu, contoh yang baik. dh tak serasi pergi pej agama hanya utk berpisah. cerita buruk, simpan di dalam bilik.

    wallahua'alam..

    ReplyDelete
  8. Di mahkamah mana boleh sorok-sorok dahhh .. kena citer semualah untuk membolehkan hakim buat keputusan yang adil. Nanti kita dengar pula kata bininya tentang Jimmy. Jangan risau, bininya pun diberi peluang untuk berkata benar. Allah Maha Adil dan Maha Pengasih. DIA yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.

    ReplyDelete