Wednesday, December 7, 2011

JJCM ~ BUKA PUASA DI WONG SOLO KAMPUNG BARU






Ini dia yang kami makan untuk berbuka semalam. Empal sapi, pecel lele dan sayur asem di Restoran Wong Solo di Kampung Baru. Sejak pagi Kjee dah teringat nak ke sana. Tup tup masa call Nadia tanya nak berbuka di mana, dia terus kata Wong Solo! Hmmm nasib baik!!



Favorite kami di Wong Solo ialah Empal Sapi. Kami order 3 set yang sama semalam. Empal Sapi adalah daging yang telah diperap dengan kicap dan rempah ratus, digoreng garing dan diketuk2. Makan dengan nasi putih, sambal lada terung, tempe dan tahu goreng biasa serta salad. Ada kicap cili api dan sambal belacan. Enak banget dong!

Kemudian Kjee order side dish iaitu Pecel Lele (ikan keli goreng ranggup) dan Sayur Asem. Sayur asem ini adalah sup sayur campur. Kuah supnya adalah air asam jawa yang telah ditumis bersama bawang merah dan bawang putih serta sedikit belacan. Dibubuhnya kacang tanah, kacang panjang, timun air, jagung dan nangka muda. Kjee suka sangat2 sayur asem. Tapi mahal bebenor. Satu mangkuk kecil rm6!!


1 comment:

  1. .....mamaijat pun suka sayur asem tu...
    sesuai utk nak diet ,kan Kjee.....

    ReplyDelete