Wednesday, December 7, 2011

KAK MI PILIH UNTUK KUNCI MULUT - RAJA AZMI


Raja Azmi - foto ensah cik google

Itulah sebaik2nya ya Kak Mi,  aka Raja Azmi ekoran 'skandal' yang membabitkan suaminya, bekas pemain badminton negara Jailani Sidek dengan seorang janda bernama Zaleha Khalid. Panas sangat story ini beberapa hari lalu.


Tadi Kjee singgah di portal hiburan Murai.com untuk mengetahui perkembangan terbaru. Seorang wartawan portal itu telah menghubungi Raja Azmi yang enggan memberi komen. Katanya, demi menghormati permintaan suami yang dikasihnya, dia mahu mengunci mulutnya.

"Maaf Kak Mi tidak dapat memberikan komen lanjut kerana suami tidak membenarkan Kak Mi memberikan kenyataan mengenai isu tersebut.Maafkan Kak Mi ya," kata Raja Azmi yang senang membahasakan dirinya sebagai Kak Mi.

Semuanya kerana tidak mahu isu ini diheret hingga mengeruhkan lagi keadaan. Maklumlah Kjee kenal Raja Azmi sebagai seorang wanita yang telus. Dia ni kalau cakap, tidak suka berselindung. Dan suaminya juga tahu perangai isterinya itu.

Pasangan tersebut telah pun mendirikan rumah tangga selama 27 tahun dan telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Puteri Suraya, Puteri Suaida dan Megat Deli. Ketika mudanya, Raja Azmi pernah menjadi pramugari syarikat penerbangan MAS.

Isu tersebut mula timbul apabila minggu lalu dalam sebuah akhbar mingguan tempatan, telah menyiarkan mengenai pengakuan Zaleha yang mendakwa mempunyai hubungan istimewa bersama Jalani.

Daripada perkenalan biasa dan seorang rakan, akhirnya membuahkan rasa cinta janda anak empat itu terhadap Jalani berikutan kebaikan dan keikhlasan yang ditunjuk oleh lelaki tersebut sepanjang setahun lebih mengenalinya.

Kemunculan Zaleha juga didakwa memiliki motif tertentu apatah lagi sebelum ini telah digembar-gemburkan dengan cerita keretakan rumah tangga antara pasangan bahagia berkenaan.

4 comments:

  1. kesian Kak Mi.. ikutlah permintaan suami agar perkara ini tidak dipropagandakan oleh pihak2 yg tertentu, biarlah Jailani yg menguruskan pergolakan dan statement yg telah dikeluarkan oleh Zaleha.. saya ada baca artikel tu...

    ReplyDelete
  2. itu yang sebaiknya...janji jangan menggelabah..hadapi dengan tenang dan fikiran yang waras

    ReplyDelete
  3. Yerr .. sebaiknya henti dari memberi sebarang komen. Diam itu lebih baik. Elok juga Raja Azmi dan suami bermuhasabah diri .. apakah perlakuan anda berdua selama ini di landasan yang betul. Mungkin ini ujian dari NYA utk menyedarkan anda berdua dan semuga anda berdua kembali ke kehidupan yang berlandaskan Islam sebenarnya. Dah jadi suami isteri sepatutnya elakkan perbuatan yang boleh membawa unsur-unsur fitnah. Bergambar mesra dengan bukan muhrim itu sesuatu yang sepatutnya dielakkan walaupun untuk koleksi sendiri. So .. sebaiknya kembalilah ke jalan dan kehidupan yang diredhai NYA.

    ReplyDelete