Tuesday, December 20, 2011

KEMBALILAH KEPADA KELUARGA YANG MERINDUIMU

Ini gambar yang Kjee jumpa di internet. Yang lain korang tengok sendirilah - ehsan google 



Kjee pasti korang dah dengar kisah pemuda Melayu berusia 28 tahun yang menghilangkan diri di England dua tahun lalu. Puas keluarganya mencarinya.

Pemuda itu yang dikatakan gagal menghabiskan pelajarannya dalam bidang perubatan, tiba2 mengemparkan dunia apabila gambar2 dia 'berkahwin' dengan seorang lelaki Mat Salleh, dilihat di internet. Hebuh gilerlah gambar dia bercium dengan pasangannya selepas berkahwin. 

Tapi yang tak syok tu, dia mengenakan baju melayu, bersampin songket dan tengkolok ketika upacara perkahwinan. Pasangannya (tak tahulah nak gelar suami atau isterinya) memakai suit.

Kjee tak teringin sebenarnya nak tulis mengenai perkahwinan sepasang insan gay ini tetapi Kjee cukup sayu apabila keluarganya memohon bantuan Biro Pengaduan Pemuda UMNO mengesan pemuda itu kerana mereka berdepan dengan tuntutan pinjaman pelajaran yang diambilnya dulu bernilai RM890-ribu!!

Bayangkan, anak yang diharapkan menjadi tempat bergantung hidup di usia tua, dihantar ke luar negara untuk belajar dan tiba2 hilang. Orang tua yang saban saat mendoakan agar anaknya ditemui dalam keadaan selamat, rupa2nya anak itu menconteng arang ke muka mereka!

Ibu dan ayah masih boleh memaaf dan menerimanya kembali. Doa mereka agar si anak bertaubat dan kembali ke jalan allah. Dan sudah semestinya bertanggungjawab keatas pinjaman yang dibuat untuk membolehkan dia melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sekiranya gagal dia melunaskan pinjaman itu, yang menanggung derita pasti keluarganya yang bertindak sebagai penjamin kepada pinjaman.

Jom kita semua sama2 berdoa agar hamba allah itu kembali ke pangkal jalan, kembali kepada keluarga yang mencintainya dan lupakan apa yang berlaku ketika dia di luar negara. Ameeen.



Mum wants gay son to return
By YUEN MEIKENG
meikeng@thestar.com.my




PETALING JAYA: The mother of a 28-year-old student who allegedly married another man in Britain is appealing for him to come back to Malaysia and reunite with the family.

Umno Youth Community Complaints Bureau chairman Datuk Muhd Khairun Aseh said the man's mother had written a letter to her son, asking him to not only return but to also settle his RM890,000 education loan.

“I will pass the letter to the man when I go to Britain on Dec 23. His family misses him greatly.

“They are still in disbelief over the alleged marriage.

“They cannot accept it,” he said yesterday.

Muhd Khairun said he would ask the man to absolve his family from dealing with his debt.

“It is not fair for the family to settle the loan when he is still around,” he said, adding that the family came to the bureau last Friday.

Muhd Khairun said the family had tried to locate the man eight times in the last two years but failed.

It was reported that the man, dressed in a baju Melayu and traditional headgear, had allegedly married a Caucasian overseas.

Pictures of their wedding have also made their way into blogs and social networking sites, causing a stir in the online community.

It was learnt that the man was studying medicine but failed to finish.

5 comments:

  1. nauzubillah
    semoga diberi hidayah..
    pasti keluarganya amat sedih.

    ReplyDelete
  2. nazubillah KJee dunia akhir zaman..kesian mak bapak satu pasal nak jawab di dunia, diakhir ditinpa pula bala hutang yang bertimbun....ini minta maafla saya panggil MALIM KUNDANG zaman millinium.

    ReplyDelete
  3. nauzubillah... istigfar banyak2 dana masa mule2 tgk gambar kt intenet aritu.... sudah la dia kawin sesama laki,pakai baju melayu pulak..tntu agamanya islam...

    kesian nyer kluarga dia... duhai dunia akhir zaman

    ReplyDelete
  4. Astagfirullahalazimmmmmm...
    Ya Allah!! Dunia akhir zaman
    Doakan dia sempat bertaubat, amin..
    Aishah Dollah

    ReplyDelete
  5. sedih la berita nih, kenapa singkat sangat akal fikiran, padahal berpelajaran tinggi dan waras semestinya. moga dia kembali ke jalan ALLAH dan bertaubat.

    ReplyDelete