Monday, December 26, 2011

LEINA HANGAT KATA DIA NYANYI DAN GELEK JER....


foto ehsan murai.com


Ekoran gambar2nya berlagak seksi dalam satu dinner show baru ini, tetiba hebuh pulak cerita yang Leina Hangat 'memperdagangkan' tubuhnya. Kononnya cerita itu disiarkan dalam Metro Ahad semalam. Maaf, Kjee tak lah pulak membeli atau membaca Metro Ahad.

Apapun, tadi sewaktu intai2 blog hiburan Murai.com, Kjee terjumpa entry ini. Bagi korang canlah baca yer. Kjee tak nak ulas panjang2. Semua dah besar panjang untuk menilainya. Berilah peluang dia membela dirinya.
Korang dah tengok sini kan?

DIBAWAH NI, KJEE COPY PASTE SEBIJIK SEBIJIK DARI murai.com

Hanya kerana gambar tersebar luas di internet, penyanyi dangdut, Leina hangat dituduh sebagai artis yang sanggup menjual diri. Berdasarkan laporan akhbar Metro Ahad, penyanyi yang agak menyepi dari pena media ini terkejut apabila dirinya didakwa sanggup berkelakuan seperti pelacur.





Bagaimanapun, dengan rendah hati Leina atau nama sebenarnya, Nor Azlina Abdul Rahman, 39, mengakui dirinya memang berpakaian seksi dan menjelaskan situasi yang berlaku tatkala foto berkenaan diambil. Lebih berani lagi, penyanyi ini turut memohon jasa baik masyarakat supaya tidak menghentam dirinya yang mencari rezeki sebagai penghibur.



Ini yang disiarkan oleh Metro Ahad




"Dengan rendah diri, saya hanya melengkapkan tugasan saya dengan menghiburkan tetamu, bukan menjual diri dengan adengan mengiurkan. Memang saya berpakain seksi tetapi itu keselesaan saya.

"Saya masih tahu batasnya dan saya tahu apa yang boleh buat, apa yang tidak boleh. Saya tidak begitu bodoh melakukan perkara tidak elok, tambahan pula dikhalayak ramai. Mungkin ada orang salah tafsir persembahan saya malam itu.

"Kenapa hanya lihat keburukan saya, sedangkan itu tanggungjawab saya sebagai penghibur? Kenapa perlu menjatuhkan saya sedangkan itu sumber pencarian saya? Saya hanya mahu jadi penghibur profesional," katanya.

Menerusi laporan itu juga, Leina mengatakan gambar tersebut diambil sewaktu dia membuat persembahan makan malam tahunan anjuran sebuah syarikat. Malam itu, Leina ditugaskan menghiburkan tetamu yang kebanyakan bukan Islam.

Leina turut menegaskan penyebaran gambar terbabit berkemungkinan dilakukan peminat yang cemburu dengan layanannya terhadap tetamu lain. Malah, penyanyi ini memberitahu hanya menyanyi dan bergelek saja pada malam persembahan itu.


'Saya nyanyi dan gelek jer..." Leina

22 comments:

  1. Hmmm...ntah lah kak jee...alasan dia mudah sangat. Sama juga kalau termengandung ke kan, alasannya..ntah saya tatau, tiba2 TER ***...pitamm >__< , Baru2 ni saya pi Kluang, ke kedai cina yang biasa saya hunting teko, dia siap tanya, Che Mat, dulu i ada pergi KL, lepas tu pergi satu club, sana kan ada perempuan nyanyi pakai bra!!..Melayu nya orang!!, ehh tak dosa ke dia buat macam tu.... Huhu terkesima gak nak menjawab...segan pun ada...hmmmm, imej wanita melayu yang sopan, beradap sudah mula terhakis....

    ReplyDelete
  2. apa la bg penjelasan yg MAKAN diri sendiri...penghibur profesional?? mm kalu profesional, kene la letakkan persembahan tu di kelas yg tersendiri.. ni persembahan NO CLASS nih..opsss laser senapas lakss..

    ReplyDelete
  3. let's the photos do the talking.

    ReplyDelete
  4. betina tua x laku kemaruk duit.alasam tipikal sangat

    _Anti Melampau_

    ReplyDelete
  5. Pernah hadiri dinner, penyanyinya si leina ni la, msa tu bujang lagi dia ni........uuuumak aii, sexy gila. Lelaki suka la.....bukan ke dulu kata taknak sexy lagi? Ke saya salah baca......

    ReplyDelete
  6. Buat malu orang Johor sajalah, sis.....

    ReplyDelete
  7. 'saya masih tahu batas dan saya tahu apa yang boleh, apa yang tidak boleh' adengan yg gitu boleh ke??? org yang bodoh dan sundal sja membolehkn perbuatan jijik gitu...profesinol kapala hotak ..agaknya dengan aksi gitu dapat tips lebih tak??? lu fikir lah dengan waras sendiri

    ReplyDelete
  8. terima lah juga dengan profesinol bahawa api neraka itu LEBIH LEBIH LEBIH HANGAT..bawa2 lah berTAUBAT bukan terTAUBAT......

    ReplyDelete
  9. kalau taka gesel-gesel ngan peluk-peluk tu kira tak profesional ker..? cakap tak fikir dulu...ni ler jadinyer....

    ReplyDelete
  10. Tanggungjawab sbg penghibur? Tanggungjawab kepada DIA lak camane?

    ReplyDelete
  11. tuntutan n tanggungjawab sebagai penghibur kepada penonton bukan islam lebih penting dari tanggungjawab terhadap Allah swt???
    kalo org cakap tak skolah kang, marah...sentap.
    tapii....mmmmm....

    ReplyDelete
  12. siti nurhaliza tu penyanyi profesional jugak.. tak payah gelek2 gesel2 pun.. top diva lagiks!!

    ReplyDelete
  13. yg digelek/lenyek tang dada dan yg dipeluk tu patung tanpa rasa kot...ekekeke...

    apa perasaan isteri2/awek2 mangsa tu ya?
    macam2lah cara nak hidup dan nak menjawab kan kakjee...syukurlah kita tak perlu berada ditempat dia...

    ReplyDelete
  14. nak jadi penghibur pro dh nampak mcm murahan.. bila ckp soal tggjwb sbg penghibur tu rasa kelakar.. CT Nurhaliza pn penghibur.. tggjwb dia pn menghiburkn org tp takde la smpai peluk2 lelaki tu pn tggjwb jugak..

    ReplyDelete
  15. batas dri sbg wanita islam plu djga....jgn burukkn profesion pnghibur.

    ReplyDelete
  16. gulps! suatu hari nanti, bila dia dah berhijrah..bila dia tgk pic tu semula, sure dia malu gilaaa...percayalah.

    ReplyDelete
  17. >>>Leina turut menegaskan penyebaran gambar terbabit berkemungkinan dilakukan peminat yang cemburu dengan layanannya terhadap tetamu lain<<<

    ada ke manusia waras yg cemburu bila tak dapat kongsi DOSA??? pelik!!!

    ReplyDelete
  18. Menerusi laporan itu juga, Leina mengatakan gambar tersebut diambil sewaktu dia membuat persembahan makan malam tahunan anjuran sebuah syarikat. Malam itu, Leina ditugaskan menghiburkan tetamu yang kebanyakan bukan Islam
    ----statement makan diri! kalau tetamu bukan Islam, dia pon kena wat kelakuan BUKAN ISLAM ke?!!!

    ReplyDelete
  19. poyo aa minah ni..semoga Allah swt bagi hidayah utk dia bertaubat..dan kita sdemua pun..amin suzi fauzi

    ReplyDelete
  20. Mana ada alasan cam tu kat akhirat nnt,, nampak sangat lemah dalam agama...... jgn lah ckp nak nak cari rezki halal cam tu plak.....

    ReplyDelete