Polis sedang ambil keterangan |
Hari ini dalam sejarah. Sepanjang usia Kjee dan selama Kjee menjadi wartawan, inilah kali pertama Kjee berhadapan dengan saat2 yang cukup mencemaskan dalam hidup Kjee. Sedang Kjee asyik berbual dengan Puan Rai, yang sign up jadi ahli 4Life, tetiba, Kjee dengar suara yang perlahan tetapi tegas :"Diam semua! Bukak laci!!"
Okaylah Kjee start dari mula. Selepas berbuka puasa di Restoran Wong Solo, Kampung Baru, kami tiga beranak pun pergi menghala ke Desa Pandan. Temujanji Kjee dengan Puan Rai adalah pada jam 9 malam. Masa tu baru pukul 8.
Perompak masuk dari pintu depan ni |
Puan Rai yang tinggal berdekatan baru habis makan malam bersama keluarganya. So beliau kata kira2 jam 8.45 malam, beliau akan sampai di Restoran Dunkin Donuts, Desa Pandan, yang sepelaung jer dari rumah beliau.
Sampai sana kira2 jam 8.26 malam, kami rehat seketika dalam kereta. Maklumlah keletihan selepas berbuka. Kemudian pukul 8.40 malam, Kjee suruh Unclepali keluarkan barang2 yang dipesan oleh Puan Rai dan kami masuk ke dalam restoran. Masa itu di dalam restoran ada seorang jer pelanggan dan di luar seorang lelaki sedang mengadap I-Padnya.
Kjee dan Nadia terus sahaja ke kaunter dan order 6 biji donut untuk dibawa pulang. Kami dah kenyang tapi tak manis kalau duduk dalam kedai tapi tak minum atau makan. Kami duduk di meja paling hampir pintu dan kaunter kasyier. Kira2 pukul 8.45, Puan Rai sampai. Kjee pun mulalah memberi penerangan kepada beliau.
Tetiba Kjee perasan seorang budak muda (Melayu) kira2 dalam usia awal 20-an, menerpa masuk ke dalam restoran, terus loncat atas meja kaunter dan pergi ke kashier. Kjee terkejut. Dalam hati Kjee, kenapa waiter ni kurang ajar, panjat kaunter! Kemudian Kjee dengar suara budak itu kata perlahan tapi tegas: "Diam. Bukak laci!!" Terus keluarkan parang panjang dari dalam t-shirt dia.
Barulah Kjeee perasan ada rompakan. Kjee kata kuat2 pada Unclepali: "Eh abang ada rompakan!". Perompak tu terus menghentak parangnya di atas meja kaunter kasyier. Kjee terus terpaku!
Barulah Kjeee perasan ada rompakan. Kjee kata kuat2 pada Unclepali: "Eh abang ada rompakan!". Perompak tu terus menghentak parangnya di atas meja kaunter kasyier. Kjee terus terpaku!
Kjee pandang Unclepali. Unclepali pun pucat. Kjee ambil fon diatas meja dan sorokkkan di riba Kjee. Kjee asyik suruh Unclepali nyorokkan Galaxy Tab Kjee yang Kjee letak atas meja, dalam t-shirt dia. Unclepali macam terpukau. Rupa2nya mata dia asyik pandang seorang lagi perompak (pakai helmet) sedang memerhatikannya dari cermin luar restoran.
Kemudian Unclepali perlahan2 lipat Tab dan masuk dalam t-shirtnya. Puan Rai terus kaku. Fonnya diatas meja, diletakkan dalam beg tangan diatas ribanya. Nadia yang duduk di meja sebelah terdiam kaku.
Perompak pertama sibuk mengeledah laci. Kemudian terdengar kecuh di bahagian hujung belakang restoran. Kjee tak berani toleh lama2. Kjee nampak seorang lelaki Cina sedang cuba bergelut dengan perompak pakai helmet. Kjee fikirkan dia toke restoran. Rupa2nya dia pelanggan berbangsa Jepun. Perompak kedua sedang bertarik-tarik I-Pad lelaki itu. Kemudian perompak yang pertama tadi terus berlari ke belakang dan mengacukan parangnya. Jepun itu melepaskan I Padnya.
Kedua2 perompak lari ikut pintu sisi. Pelanggan Jepun cuba mengejar tetapi gagal!
Sebaik sahaja dua2 perompak itu pergi, barulah kami berani bangun. Unclepali terus mendapatkan pelanggan Jepun. Sedihnya kata Unclepali apabila orang Jepun tu kata, "macam ni ke Malaysia"!!!
Tak sampai 10 minit kira2 15 polis beruniform dan tanpa uniform sampai. Mereka kata dari Balai Pudu.
Kjee pun duduk lagi dalam restoran kira-kira 15 minit. Kemudian apabila sudah kembali semangat kami, kami pun beredar dari situ. Budak pelayan situ berkata restoran itu sudah banyak kali kena rompak. Terima kasih banyak2, itu kali pertama dan terakhir kami akan menjejakkan kai kami disitu!!
Dalam perjalanan pulang, Kjee beritahu Unclepali, betapa risaunya kalau perompak itu itu cekup Galaxy Tab dan fon baru Unclepali. Usia kedua2nya belum sampai dua minggu!! Bengang Unclepali!! Awak tak takut nyawa melayang ke? kata Unclepali. Masa tu baru Kjee terfikir, sebenarnya nyawa kami juga di hujung tanduk tadi!!!
Perompak tadi hanya berjaya melarikan wang tunai dari restoran dan I Pad. Bingai punyak budak2!!
wohhhhh..serammmm kottttt...
ReplyDeleteee..scaryla kak jee.nk kuar mlm2..menakutkan..dah xselamat..
ReplyDeletekami sekeluarga selalu keluar malam2 untuk ronda2 atau makan2. tapi selepas ini, kena fikir banyak kalilah.`
ReplyDeleteKak Jeee alhamdulillah semuanya selamat.
ReplyDeletesetan betol lah mangkuk 2 ekor tu,,org buat aml ibadt yg dia dok mencurik, kalo dptlh mmg sdp kena sekeh....
ReplyDeleteberdebar maklong baca kisah kjee..
ReplyDeletealhamdulillah kjee & d`gang selamat..
Hmm...dah banyak kali kena rompak restoran tu?habis apa tindakan mereka? Entah-entah orang yang sama merompak tu...tak selamat dunia akhiratlah perompak tu...
ReplyDeletebuat malu je kat org luar...
ReplyDeletetakutnya... mintak Allah sentiasa lindung kita semua dari segala kejahatan jin dan manusia.. amin
ReplyDeleteSyukur semua selamat....
ReplyDeleteKetaq lutut baca cite kjee...gerunnnn....rasa tak selamat kat mana2 pun...
ReplyDeletealhamdulillah.... tiada yg cedera teruk.. budak tu msti terdesak melakukan demikian...
ReplyDeleteAlhamdulillah semua selamat.
ReplyDeleteuitsss...seramnye Kjee...kalau eima kat tpt Kjee eima mst xleh fikir pape dah..silap2 hp kat atas meja pun eima biarkn...tergamam xtau nak wtpe..berani betul budak2 ni kan...melayu pulak tuu..haishhhh...malu dekat bangsa sendiri krn bersikap mcm tu n malu dekat bangsa asing mcm si jepun tu kata "macam ni ke Malaysia"...fuhhhh....
ReplyDeleteAssalamulaikum,
ReplyDeleteKecut perut dan meremang bulu roma saya kak je bila baca.
Alhamdulillah kak.je n sekeluarga selamat.
Sedih juga kan bila pelancong dari luar kata begitu. Tetapi Malang tidak berbau, dinegara mana-mana pon boleh terjadi. Cuma kawalan keselamatan tidak di ambil dengan ketat.
Assalamulaikum
ReplyDeletemacam inilah Malaysia, kak jee. Ini adalah kenyataan. sana sini merompak berparang. di bandar, di kampung sama saja. kalau dapat dicekup, baru boleh lihat rata-rata yang buat kerja ni baru awal 20an. semua bangsa terlibat termasuklah yg dari negara jiran.
ReplyDeletesedihkan bila jepun tu cakap macam tu.
semuanya berpunca dari rumah, didikan yang gagal!
skrg ni takot betul lah nak p mana2 bwk tablet/laptop kan...kdg2 sbb benda2 tu diorg sanggup acu parang kat kita.tp tindakan org jepun tu bergelut tu bahaya betul lah.nasib takde yg cedera ya..
ReplyDeleteAssalam k.Jee, syukur alhamdulillah k.Jee dan family serta semua yg berada dlm restoran tu selamat...adeeii..terdesak betul kan budak2 skrg...sanggup dan berani mati punya kerja... Kalau dapat, rasa nak hempuk jek kan... Apapun, ini pengajaran dan pengalaman berharga utk ingatan kan k.Jee... :)
ReplyDeletealhamdullilah tiada siapa yang cedera.. but the remarks that been given by the japanese victim benar2 menusuk jiwa raga. sayangnya itu lah hakikat di Malaysia skrg, the safety to be anywhere is so unpredictable.. I'm glad that all of you were unharmed.. (zaph)
ReplyDeleteAlhamdulillah nasib baik tak jadi apa2 kat k.Jee anak beranak. Kalau jenis yg sapu semua dan cederakan org tu... lagi menakutkan. Syukur selamat semua
ReplyDeletetakutnyer kak jee bila baca n3 akak ni.....alhamdulillah akak dan family tak der apa2 berlaku ...dah 2 thn ida dok jepun..mmg rasa selalu rasa safe jer, ...bila dgr mcm2 jenayah berlaku kt negara kita...reman bulu roma, takut rasanyer bila balik nanti
ReplyDeleteaduh seram nyer ...nasib akak baik..alhamdulillah.
ReplyDeleteYa Allah!! Alhamdulillah K.jee sekeluarga, budak cashier tu & Pn Rai x diapa2kan ... kecut perut gak baca cerita K.jee ni ... tu pasal risau kalau nak g kuar makan memalam ... sbb dah few times happen & dah kuar paper kan ... kalau tempat tu betul2 ramai insyAllah kitaorg g lah ... betul cakap Unclepali ... nyawa lagi penting sbb kita nak mati pun biarlah keadaan yg elok2 ... K.jee ni jadi pengajaran pada semua followers ... Ya Allah! Jauhkanlah kami dari malapetaka, dari pandangan org2 berniat jahat & dari syaitan2 yg direjam ... amin ...
ReplyDeleteAishah Dollah
Dear Kak Jee,
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah Kak Jee sekeluarga selamat. Semoga sentiasa dilindungi Allah selalu biar pun ke mana Kak Jee melangkah. Insya-Allah...
mengucap panjang baca en3 ni.dan terus sms pn rai blogger yg saya kenal.rupanya bukan dia.org lain yang mungkin nama sama.
ReplyDeletetakutnya dunia sekarang
ALHAMDULILLAH KAK JIE SEKELUARGA TAKDE APE²
ReplyDeleteSusah betul sekarang ni nak pakai ipad ke galaxy ke kat mana mana takut terjadi macam kes ni lah.
ReplyDeleteya allah....takutnyer....saya pernah makan kt situ dgn family waktu malam ...ish..lepas ni tak nak la g sana lagi...tak tau la pulak kt situ mmg selalu kena rompak....nauzubillah.....syukur kak gee selamat...
ReplyDeleteorg malaysia mmg hebat kan kak gee....anak muda malaysia mmg x tahu takut..macamana la kita nak serah negara ni utk mereka tadbir kalau diri sendiri pun x blh nak uruskan....sedih!
ReplyDeletepuan rai - rumah dekat desa pandan? macam kawan saya je ... adakah dia rai rahman?
ReplyDelete