Friday, December 30, 2011

SAH KE BERITA ERRA - EMRAN?


ehsan google


Kjee ada dengar. Malah angin bertiup kencang mengenai hubungan suami isteri selebriti ini TETAPI Kjee masih beralas tulis jugak lah kan. Satu kerana Kjee tak dapat sahkan berita ini walaupun datangnya dari teman2 media arus Perdana, bukan surat khabar nyamuk. Media Arus Perdana tu maknanya surat khabar yang boleh dipercayai macam Utusan dan Berita Harian.



Kjee pasti korang pun dah baca dua entri Kjee sebelum ini. Sini   dan jugak sini. Tetapi pagi ini, Kjee langsung tak terkejut apabila blog hiburan Rotikaya.com siarkan kisah rumahtangga Erra Fazira dan Engku Emran sudah berantakan. There's no more magic in the air!!

Kjee tak berani komen sebab Erra masih zip mulut dia. Dah dua kali dia mengalami masalah dalam rumahtangga. Ada mulut longkang kata, Itulah, padan dengan muka dia...ada insan sesama artis yang nak dia setengah mati, dia tolak..Isyhhh tak baik cakap macam itu. Semuanya ini jodoh yang ditentukan Allah swt.

Siapa yang mahu sebuah mahligai perkahwinan musnah separuh jalan? Semua tak nak. So yang mulut longkang tu, jangan cakap habis.

Sebaik2nya, kita doakan agar Erra dan Engku Emran dapat mencari jalan sebaik2nya untuk selamatkan perkahwinan mereka. Kesian anak yang masih tidak mengerti apa2. Masih belum terlambat, Insya Allah.

Ini cerita yang Kjee petik dari blog Rotikaya.com. Lebihnya korang baca sendiri kat blog itu yer. 


Seorang teman rapat Erra Fazira yang juga orang kuat industri seni ada menghubungi kami petang semalam membawa sedikit gambaran tentang keadaan sebenar hubungan Erra Fazira dan Engku Emran.

Menurut individu ini, hubungan mereka berdua ketika ini memang tidak stabil tetapi tidak dapat mengesahkan dakwaan yang Engku Emran kini tinggal berasingan daripada Erra Fazira dan anak.

Dakwaan ini turut datang dari beberapa orang penggiat forum hiburan yang berkata mereka beberapa kali terserempak dengan kereta milik Engku Emran di’rumah ibu bapa beliau berhari hari lama’nya.

Engku Emran kini sedang mencari pekerjaan baru selepas kontrak bersama Bernama TV tamat Oktober 2011 yang lalu dan ini juga mungkin salah satu punca Engku Emran enggan kelihatan di’mata umum.

Teman rapat Erra Fazira juga ada menyebut yang beliau pernah menjadi tempat meluah perasaan aktress popular itu sejak kebelakangan ini apabila pertengkaran terjadi antara mereka berdua.

Bohong apa yang di’katakan sumber kami ini, maka bohong juga’lah seluruh entri ini. Tetapi jika benar, apa sebenarnya yang mahu Erra Fazira sorok dari pandangan peminat? Hmm.

15 comments:

  1. semoga semua berita itu tidak benar..

    ReplyDelete
  2. sy suka psngan ini.nampak secocok sgt.harap berita itu tak benar

    ReplyDelete
  3. semoga ini hanya sekadar angin yg menggoncang pokok dan bukan ribut yg membawa kemusnahan~~~

    ReplyDelete
  4. knpa mesti nak becerai berai kesian kt ank yg baru nk membesar tu kan..semoga thn 2012 membawa kebahagian pd psngan ini..

    ReplyDelete
  5. apa pun yg bakal terjadi, harapnya Engku Aleesya tetap akan rasa lengkap mempunyai mama n ayah nya yang penyayang.

    ReplyDelete
  6. Saya sayang Kak Erra.. Semoga Allah berikan yang terbaik untuk dia dan keluarga. Amin...

    ReplyDelete
  7. sem0ga Allah tunjukkan jalan buat mereka, selamatkan hubungan..Aamiin

    ReplyDelete
  8. semoga ianya tidak berpanjangan dan selalulah ingat bahawa setiap apa yg kita suami isteri lakukan SENTIASA fikirkan tentang masa depan anak-anak.

    ReplyDelete
  9. selamatkanlah rumahtangga mereka
    mulut2 puaka tu better shut ur mouth ketat2 hokey..

    ReplyDelete
  10. semoga apa yg berlaku tidak berpanjangan..semoga mereka mendapat jalan dan cara yang sesuai untuk menyelesaikan segala apa kekusutan yang ada. yang paling kasihan anak kecil itu.

    Salam perkenalan

    ReplyDelete
  11. Sedih saya jika ianya ini benar..
    Moga mereka sabar dan kuat, pertahankanlah jika masih boleh diselamatkan.. demi anak tersayang.

    ReplyDelete
  12. hanya mereka yg tau masalah mereka... nk komen lebih2 pun tak boleh unless duduk serumah... hopefully things change for the better ...for the sake of their beautiful baby girl..

    ReplyDelete
  13. Entah kenapa tiap kali membaca kisah Erra Fazira, mudah benar air mata mengalir....Simpati melihat nasib yang dialaminya...Susahnya kebahagiaan ingin dikecapi oleh Erra Fazira..Apabila membaca luahan Erra di twitternya...rasa simpati...namun dirinya yang mengalami hanya tuhan yang tahu..Kepada mulut - mulut longkang...ini bukan 'KARMA' ..tetapi Ujian Kasih Sayang...Kepada Engku Emran...ingat kembali janji - janji semasa di awal anda ingin memiliki Erra...Tolong...jangan kecewakan Erra sekali lagi dalam rumahtangga....Sayangi la anak yang perlukan kasih ibu dan ayah .....

    ReplyDelete
  14. God bless Engku emran dan erra fazira amin semuga kekal bahagia selama nya

    ReplyDelete
  15. Semuga erra dan engku emran berkekalan hingga ke akhir hayat you are the perfect couple apa bincang. bahagia milik anda.
    Lihat kenapa ibubapa kita boleh hidup hingga keakhir hayat belajar dari mereka. Saya percaya erra dan emran akan bahagia selama nya.

    ReplyDelete