Saturday, December 24, 2011

SECEBIS CORETAN DARI DATO EIZLAN YUSOF

Dato Eizlan dan isteri - foto ehsan google


Hari ini Kjee dapat satu coretan istimewa dari seorang Dato muda...Dato Eizlan Yusof, penerima terbaru Darjah Indera Mahkota Pahang sekali gus membawa gelaran Dato.



Kjee sangat berbesar hati apabila Dato Eizlan sendiri menulis mnengenai kesyukurannya menerima anugerah itu dan ingin menepis segala tohmahan yang dilemparkan keatasnya sejak menerima Anugerah itu. 

Bagaimanapun, rasa2nya tiada yang berbuat demikian terhadap Dato Eizlan yang Kjee ketahui. Tetapi, dibawah ini Kjee siarkan secara penuh, luahan hati Dato Eizlan.

Sekiranya ada yang menyimpan sekelumit rasa tidak puas hati diatas pengurniaan pingat tersebut, diharapkan penjelasan Dato Eizlan ini, cukup menyedarkan kita bahawa rezeki itu adalah dari ketentuan Allah swt.

Eizlan Yusof said...

Salam all, tumpang lalu ya blogger yg dihormati, Kak Jee... Alhamdulillah dengan ketentuan ALLAH SWT yg telah mengurniakan rezeki sebegini dan menjunjung kasih Tuanku Sultan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang di atas anugerah yg yang saya telah terima... Ramai yg tidak tahu akan bagaimana saya boleh ataupun layak utk menerima anugerah ini dan hanya kerana saya adalah salah seorang daripada selebriti tanahair, maka org ramai berpendapat saya telah mendapat anugerah atas kapasiti sebagai selebriti dan jawapannya, TIDAK dan tidak perlulah saya bercerita panjang tentang ini kerana ianya akan menjadi seperti mencurah air ke daun keladi dan juga tidak sesenang yg disangkakan untuk mencapai ketahap sebegini, terlalu banyak prosedur untuk ke arah itu, hanya sesiapa yg telah melaluinya, akan faham dengan apa yg saya katakan ini...Dalam secara kebetulan saya adalah salah seorang selebriti tanahair, secara tidak langsung ianya akan menjadi pemacu buat rakan2 seindustri untuk terus menyumbangkan tenaga dan masa demi untuk mengembangkan industri kreatif ke peringkat yang lebih tinggi agar di hargai dan di hormati setelah kering keringat di badan berbakti kepada agama, bangsa dan negara... Kita kena redha dengan ketentuan ALLAH SWT dan sentiasa bersyukur dengan apa jua anugerah yang dilimpahkan kepada kita dariNYA... Bangsa Melayu dan agama Islam hanya akan kuat dan harmoni apabila kita bersatu dan dapat menghindarkan perasaan PHD yg sememangnya agak sinomin di dalam bangsa kita... ... Bagi ucapan tahniah yang diterima, terima kasih saya ucapkan dan semoga ALLAH SWT akan merahmati anda dan keluarga anda dan kepada sesiapa yg kurang berpuas hati dengan anugerah yg dikurniakan ini, maafkan saya sekiranya anda tersinggung walaupun ianya tidak mendatangkan mudarat dan kudis kepada anda... Akhir kata dari saya, ALLAH SWT akan mengembirakan kita apabila kita mengembirakan orang lain lebih2 lagi yg sebangsa dan seagama dengannya … salam...

15 comments:

  1. ermm .. tak perlu nak jelaskan akan usaha yang telah dibuat sebab dalam minda masyarakat kita, sumbangan artis tak se GAH sumbangan golongan lain. Tidak seperti arwah P ramlee atau Datuk Ahmad Nawab atau Datuk Ahmad Jais kerana mereka adalah golongan artis yang unik dan sumbangan mereka bukan baru ' setahun jagung 'tetapi dah terlalu lama. So anugerah Datuk untuk mereka tiada yang pertikaikan.

    ReplyDelete
  2. Tell it to the whales!

    ReplyDelete
  3. tak payah la nak tuduh org melayu PHD bagai... orang melayu bukan bodoh sgt sampai tak boleh pikir mana yang wajar mana yang tidak..datuk pahang RM200,000.00 dah boleh beli. Kalau di kalangan org-org yang bertitle pun, bila dengar "Dato Pahang".. semua mencebik! Anyway, kalau seniman mcm P.Ramlee tu, i pun happy & bangga dia dpt title..

    ReplyDelete
  4. Setuju dengan pendapat ' anonymous ' berkenaan DATO PAHANG ni. Betoi .. dengar je artis dapat title dato Pahang .. langsung tak rasa GAH pun. So tak payahlah nak berbangga diri sangat ..

    ReplyDelete
  5. Salam, saya sebagai anak jati pahang sememangnya merasa amat malu dengan anugerah yg diberikan, ternyata calon2 yg menerima "gelaran" tidak memberi sumbangan kepada negeri dan negara amnya,kita bole lihat senarai2 terdahulu, apa sumbangan yg diberikan? Saya fikir masih ramai lagi individu2 yg berkelayakan tapi dipinggirkan, mungkin kerana tak cukup "network", apa2 pun saya rasa ramai penduduk jati pahang mengetahui akan sikap2 "pihak tertentu" yg mengurniakan bintang2 ni. Kalau kita lihat Pahang sebagai negeri terbesar di Semenanjung Msia dan kaya dgn hasil2 hutan/balak tapi di mana kekayaan itu, adakah dikongsi dgn rakyat jelata? Negeri2 lain spt Johor jauh lebih maju, begitu juga dgn Melaka yg lebih kecil tetapi sudah mendapat taraf negeri maju. Tepuk dada tanye selera!

    ReplyDelete
  6. bagi aku pulak, itu rezeki masing2... malas nak komen lebih2, bukannya dapat untung apa pun, buat tambah dosa aje... nak tension buat apa, bukannya ada kena mengena dengan diri kita pun... biarlah org dengan hidup dorang...

    ReplyDelete
  7. Kalau ALLAH dah kata YA, sapa kita nak kata TIDAK... masing2 ada rezeki masing2, dah rezeki dorang... congrats Dato EY, Dato Fazley dan Dato AC!

    ReplyDelete
  8. so what is your contributions?

    ReplyDelete
  9. standardlah... nama pun manusia... ada yang suke, ada yang tidak... kalau semua ok, taklah dunia ni asyik berperang aje... apa pun, tahniah Dato' EY, buat kerja lagi bagus2 k, salam buat Datin Vie yang comel (hehehe, jgn marah ya Dato')...

    ReplyDelete
  10. tahniah Dato..moga dirahmati ALLAH selalu hendaknya

    ReplyDelete
  11. tahniah eizlan yusuf atas penganugerahan tersebut. ada kalanya kita tak perlu fikir apa orang kata tentang kita kerana sudah lumrah hidup ini, manusia tidak pernah puas dan sering mempertikaikan tentang sesuatu yg berlaku.

    ReplyDelete
  12. aku pernah bekerja dengan Dato' EY satu jabatan dulu sebelum dia mula berlakon, dia ni memang mamat yang cool, low profile dan peramah, suka tolong orang lagi, kalau sampai jadi YB pun, aku akan sokong dia

    Apa pun bro, kau relax aje apa yang orang nak cakap sebab susah senang kita, kita jugak yang akan tanggung sendiri. Peace No War!

    ReplyDelete
  13. Setahu sy eizlan ni bisnesman kat luar lokasi. Dia ngaku jd pelakon susah nk cari mkn. Diz bisnez landskap or somting. Lgpun krabat pahang & perak mmg trkenal suka bri title kat artis. Eizlan ni mcm dato yg urus khwin siti n bbrapa artis popular. Dia pelakon, manis2, ade misai. Luper nama dia. Mknanya dia tk hrp duit jd artis tp krje lain smpai slalu deal dgn royalties, artists n vips. Ramai tk tau sakit artis cari mkn, mrka kena guna otak la nk survive. All d bes to them. Jgn slh guna title =)

    ReplyDelete