Wednesday, December 21, 2011

TAK MAHU KOMEN KAHWIN SEJENIS TETAPI DAKWA MASIH ISLAM!

Satu Malaysia sedang menunggu kisah terbarunya. Budak lelaki Melayu berusia 28 tahun yang berkahwin dengan kaum sejenisnya baru2 ini, akhirnya membuka mulut. Daripada apa yang Kjee baca, Ariff Alfian Rosli nampaknya, menyifatkan apa yang telah dilaluinya sebagai sesuatu yang biasa.



Ariff bukan sahaja menjadi buruan media tempatan tetapi juga di negara dia menetap sekarang. Malah, Ariff telah mengaku di depan wartawan Irish Times yang dia sebenarnya tidak menghilangkan diri seperti yang didakwa keluarganya.

Kjee petik wawancara Ariff dengan akhbar itu melalui blog rotikaya.com seperti dibawah.

Ariff Alfian Rosli Akui Masih Seorang Islam, Enggan Komen Isu Hubungan Sejenis



Akhir’nya tuan badan berikan satu kenyataan media, tetapi bukan melalui media tempatan.
Ariff Alfian Rosli yang menjadi satu nama panas sejak seminggu yang lalu memberikan kenyataan beliau tentang isu perkahwinan gay kepada Irish Times.
Berkata kepada wartawan hari ini, Ariff Alfian Rosli berkata beliau sebenarnya tidak hilang & pihak berwajib Ireland tahu di’mana tempat tinggal beliau selama ini.
“Saya mempunyai perselisihan pendapat dengan ayah sekitar 2009 dan ayah melaporkan kehilangan saya. Sejak itu saya jarang berhubung dengan ayah tetapi sering menghubungi ahli keluarga lain seperti biasa,” ujar Ariff Alfian Rosli.
Berkaitan pegangan agama beliau, Ariff Alfian Rosli menegaskan yang khabar angin mengatakan beliau kini bukan beragama Islam adalah tidak benar sama sekali dan ini ujar beliau.
“Saya tidak tukar agama, bukan seperti apa yang di’laporkan. Saya lahir sebagai seorang muslim, kini masih seorang muslim & akan mati sebagai seorang muslim. Tidak akan ada apa yang akan merubah kepercayaan saya”
Namun, pemuda berusia 28 tahun ini enggan mengulas lanjut sama ada beliau terlibat dengan hubungan seks sejenis atau tidak kerana menganggap isu homoseksual masih sesuatu yang taboo di Malaysia.

15 comments:

  1. hmm.. da baca juga psl ni pagi2 tadi. xtau nk komen ape bila baca statement dia. kesian kat family dia kat sini terpaksa tanggung malu dgn perangai dia ni

    ReplyDelete
  2. Dunia luar yang terlalu luas, bila pertimbangan diri dan kewarasan hilang macam-macam boleh jadi. Padahal dilahirkan, dibesarkan dan didik sebagai seorang muslim dan sepatutnya dia mengetahui apa hukumnya hubungan sejenis.

    Inilah Perjuangan Seksualiti Merdeka.

    ReplyDelete
  3. ape nk jadi nih??buat malu orang melayu jew dan agama islam dihina sama skali..klau budak nie tinggal di negara2 arab...lame dah mati,agaknya kiamat nak dekat..mcam2 boleh jadi

    ReplyDelete
  4. Mudah-mudahan Arif akan ditunjukkan jalan yg benar.. ini ujian buat dia, & dia gagal dlm ujian itu. Ujian pada kita belum tahu lagi dlm bentuk apa.. mudah2an kita & keturunan kita dijauhkan dari ujian yg sedemikian...

    ReplyDelete
  5. Kak Jee...benda mcm ni bukan baru. ramai anak melayu islam kita yang berhijrah ke negara barat dan menjalani hidup seperti arif alfian. arif alfian beruntung kerana keluarganya masih mendoakan supaya dia berubah....masih ada harapan. malang bagi yg sudah memutuskan hungan kekeluargaan dan berputus asa kerana tidak dapat menerima anaknya sebegitu.lebih malang jika ibu bapa tidak tahu cara hidup anaknya.

    ReplyDelete
  6. dulu kebanggaan keluarga,kini memalukan keluarga..kesian mak bapa dia..

    ReplyDelete
  7. KESIAN MAK BAPAK HANTAR BELAJAR TINGGI-TINGGI SAMPAI LUAR NEGARA...SUDAHNYA INI YANG DAPAT...
    BERTAPA HANCUR PERASAAN MAK BAPAK ITU MEMANG TIDAK DAPAT DIBAYANGKAN...SEMOGA TIDAK TERJADI KEPADA ANAK-ANAK LAIN...AMIN...

    ReplyDelete
  8. kita telah diberi didikan agama yang cukup, dan tahu halal haramnya..

    mana nak letak maruah keluarga kita..sungguh mengaibkan..

    ReplyDelete
  9. hubungan sejenis bukan taboo kat malaysia laaa
    tapi adalah dilarang orang agama ISLAM..

    kesian betul laa kat ariff yang kurang ariff nih..

    apapun balik lah ke pangkal jalan wahai ariff..

    ReplyDelete
  10. tentulah berselisih pendapat dengan ayah dia sebabnya dia belajar tajaan petronas tapi exam pun tak pergi, mana nak cari duit bayar balik loan? parents sampai ke uk bagi moral support. kesian ibu bapanya.
    ya Allah lindungilah kami dari ujian ni. kasihanilah kami.


    cuba gi blog aku sebutir pasir, dia ada cerita pasal budak ni.

    ReplyDelete
  11. apa yang pasti..wanita Malaysia sekarang dapat dua saingan dalam mencari pasangan - daripada dua-dua jenis jantina. so berjaga2 lah sekiranya pasangan menghabiskan masa yang banyak dengan kawan2 lelaki. dia mungkin bukan curang dengan wanita lain..tetapi dengan lelaki lain. kiamat telah hampir.

    ReplyDelete
  12. dia dah terpesong jauh tuuuuuuu....kasihan kat mak ayah dia

    ReplyDelete
  13. Jangan hanya mengaku islam tapi tidak melaksanakan kewajipan sebagai seorang islam. Tunaikan rukun2 islam sebaiknya kerana apabila kita nazak nanti tidak di ganggu syitan yg akan mengoda kita di saat akhir.Kerana dgn rahmat dan kasih sayang Allah aje kita terpilih utk mati sebagai islam atau sebaliknya,,,

    ReplyDelete
  14. Benci dgn org yg amal gay..lebih2 lagi dgn selamba muka melayu islam..masa gi Glasgow last year diorang ni saje je kiss each other kat bus stop..memang tak tau tatasusila dahla amal gay tayang kat orang lain..Benci sesangat..

    ReplyDelete