Friday, December 23, 2011

TEKA SIAPA ARTIS TINGGAL 10 TAHUN DI HOTEL KAT KL?

Ini kat Port Dickson - kami gi holiday bukan shooting



Siapa tak suka tinggal di hotel kan? Dulu masa Kjee buat production drama, seringkali jugalah ada adegan yang membabitkan lokasi di hotel. Selalunya, kalau shooting di hotel, Kjee cuba dapatkan hotel berkenaan sponsor. Kalau outstation lagi best. Ada can bermalam di bilik berkenaan selepas habis shooting.

Dah macam2 jenis hotellah Kjee dapat untuk shooting. Ada hotel ala2 Pak Kong hingga ke Presidential Suite hotel 5 bintang, ikut kehendak skrip. Pernah jugaklah dapat apartment suites di sekitar KL dan juga kawasan lain macam Port Dickson.


So my princess yang masa tu kecik lagi dan seringkali ikut Kjee shooting (sebelum dia start sekolah), selalu bagitau Kjee kalau tinggal terus kat hotel kan best. Tak susah2 mama nak kemas bilik. Pastu makan boleh order room service jer. 

Ewah budak bertuah ni. Mana ada orang tinggal kat hotel di Malaysia ni? Ingat murah ker, Kjee beritau Nadia. Terkebil2 dia dengar. Ala budak2 kan? Manalah tahu betapa susah nak cari duit.
Yang tempat Nadia pijak tu, cermin yang nampak laut
Tetapi Kjee silap rupa2nya. Ada juga orang tinggal di hotel. Bukan sehari bukan seminggu tetapi dah 10 tahun! Bertuahnya badan. Tiap2 hari ada budak housekeeping kemas bilik. Bilik air pun kemas sentiasa. Pastu nak makan, turun jer kat coffeehouse. Atau kalau malas, angkat jer fon.

Tahun lepas, kami pergi Port Dickson dan tinggal di Legend International Water Homes yang terapung kat laut. Siap ada swimming pool dalam bilik lagi. Sewanya? RM600 semalam. Itu baru satu malam. Kalau sebulan...aoiiii. Anyway it was quite an experience. (lihat gambar2)

Korang nak tahu siapa tinggal kat hotel selama 10 tahun tu? Hah korang klik jer sini. Baca sendiri yer. Pasti seronok. Kalau ada peluang, Kjee pun nak!!! Hehehehe


Lawa kan biliknya

Ada swimming pool dalam bilik kami tinggal!


Dari bilik ke lobby hotel naik buggie ni
First time jumpa swimming pool dalam bilik, asyik berendam jer. hehehe
Setiap bilik terapung atas laut.

13 comments:

  1. bestnya kakjee dah sampai Legend. teringin nak stay sana tapi harga alahai ...

    ReplyDelete
  2. memang mahal kan? sekarang fikir balik, bodoh jugak. tapi masa tu teringin nak try camner tidur dalam bilik hotel yg ada swimming pool. hehehe

    ReplyDelete
  3. kak jee..saya pun asyik tertunda je nak gi legend ni...bila nak pegi je, suami ajak temapt lain. tempat ni best kan..memang lain dari yg lain.

    ReplyDelete
  4. Salam KJee,
    Akak bersama famili pernah 'cuti-cuti malaysia' di sana. Bila ada prvate swimming pool, apalagi puaslah'swimming-swimming', seronoknya.Tapi sekarang kalau cari nama 'Legenda International Water Home' memang tak ada lagi. Sebab dah ditukar kepada 'Grand Lexis Hotel'. Tempat masih sama.

    ReplyDelete
  5. Kjee...best2. Kalaulah saya banyak DUIT banyak saya nak buat nih...ekekekee...

    ReplyDelete
  6. terigin, tapi mahal amat... mimpi je. :-(

    ReplyDelete
  7. bestnyer..perghh Ramli MS duk kat hotel 10 tahun...bia betik..hehehehe

    ReplyDelete
  8. RAMLI MS...tapi dia kata dh beli rmh n nk bawak mak dia tinggal ngan dia...kan gitu kak jee?

    ReplyDelete
  9. kak jee...hahaha....mat gebu Hotel Pak Kong udah leerr kak....hahahaha,...

    ReplyDelete
  10. Wah!Bestnya kak Jee!Mahal tapi berbaloi kan?

    ReplyDelete
  11. masa tu dapat duit terpijak...terlebih duit skrip. kalau tidak, tak merasalah.

    ReplyDelete
  12. Salam kjee...eima nk pegi legend cuti krismas ni...ni Kali kedua pegi..mmg syok Kat situ...tp Kali ni pegi ramai2..bru syok berendam dlm kolam..hehehe...

    ReplyDelete
  13. suka tgk Nadia melompat gitu...nice pic...

    ReplyDelete