Saturday, December 17, 2011

VILLA PERPADUAN, HOMESTAY DI TAMBUN, IPOH




ruang tamu



dapur




Setiap kali Kjee sekeluarga pergi outstation, kami seringkali nampak di sepanjang jalan papan tanda homestay. Tetapi belum pernah terlintas di fikiran untuk tinggal di sebuah homestay. Selalaunya hotel menjadi pilihan kami mungkin sebab kami tak ramai. Kekadang dengan Unclepali dan kekadang Nadia ikut sekali.


Tetapi sekiranya and plan pergi bercuti sekeluarga atau pun dua keluarga, eloklah pilih penginapan secara homestay kerana menjimatkan. Bukan sahaja menjimatkan di segi penginapan tetapi juga di segi penyediaan makanan. Ini adalah kerana homestay ini ibarat tinggal di rumah sendiri. Semua ada, termasuk dapur yang lengkap. Memasak boleh buat secara bergotong royong.

Kjee beritahu fren Facebook Kjee, Jannatunna'im atau lebih mesra di sapa Jann, yang Kjee akan ke Ipoh. Mintak dia tolong rekemen hotel yang selesa. Jann suggest Kjee tinggal jer di homestay miliknya.  Homestay nya terletak di Tambun, dekat dengan Lost World.

Kjee tanya Unclepali dan Dato Hafifi. Dua2nya setuju. Jann kata sewanya hanya RM150 satu malam untuk rumah kembar dua, tiga bilik itu. Tetapi Jann bagi Kjee tinggal percuma saja sebab satu malam jer, katanya. Alhamdullilah terima kasih banyak2 Jann, suaminya Dzul dan ibu Jann, Kak Ima yang sangat peramah.

Memang selesa sangat bermalam di Vila Perpaduan milik Jann. Kjee yang terlupa bawak sterika, mulanya panik jugak tetapi rupa2nya segala2nya ada di homestay Jann.

Kedudukan Vila Perpaduan ini begitu strategik untuk mereka yang ingin ke Lost World Of Tambun dan juga kawasan tumpuan pelancung, Air Panas. Patutlah Kjee nampak banyak sangat homestay di kawasan itu. Rata2nya harga antara RM150 dan RM300 satu malam.

Anyway, Kjee akan singgah lagi di Villa Perpaduan, lain kali kami ke Ipoh, Insya Allah.

Kalau ada yang ingin tinggal di Homestay Villa Perpaduan, sila call Jann di 0195782008. Kena buat booking awal2 sebab hujung minggu jer selalu penuh especially masa cuti sekolah. 

Related Posts:

  • IBU KOTA DI MALAM MINGGU Tukang urut berdiri pujuk pelanggan depan kedai reflexology Tukang urut kurang malam ni sebab orang Arab dah tak ada kot  Tadi seperti biasa, di malam minggu, kami ronda2 cuci mata keliling bandar. Tempat tumpuan k… Read More
  • SEPAGI DI BUKIT MALAWATI, KUALA SELANGOR Masa mula2 sampai, jenuh pujuk suruh turun pokok Agaknya dah dekat 6 bulan Kjee tak ke Bukit Malawati. Kesihatan tidak begitu mengizinkan. Kalau tidak, sebulan mesti dua atau tiga kali ke sana. Semata2 kerana … Read More
  • SEPETANG DI TASIK BIRU, KUNDANG Kalau guna camera boleh zoom in jet ski yg nun jauh di tengah tasik kan? Petang semalam kami ke Tasik Biru, Kundang. Kjee ada kenangan kat tasik ni. Masa muda2 dulu adalah pergi main wind surfing den… Read More
  • RINDUNYA PERGI MELAKA! Pening kepala Mamat Bangla ni bila Kjee tawar menawar dari dalam kereta! Nadia belikan selendang untuk Mama. Jadilah beraya dengan tudung baru.  Kjee sekeluarga, kalau plan nak kemana2 mesti berakhir di tem… Read More
  • SENYUM SEKEJAP Ketika kami menghampiri Kota Bharu dalam keadaan keletihan melampau kerana perjalanan selama hampir 12 jam dari KL, ternampak poster ini. Ketawa kami mengubat keletihan. Hehehe… Read More

4 comments:

  1. Betul kak sy kalau bercuti beberapa keluarga dgn adk beradik mmg suka sewa homestay selain dari jimat kita lebih selesa terasa macam duk dlm umah sendiri tak delah nampak katil dgn tilam je cam kat hotel tu lagipun bila bawak org tua ni mereka tak rimas dan rasa selesa .

    ReplyDelete
  2. jemput2 sila2 jgn malu2 bertanya.

    ReplyDelete
  3. kak Jee nk tye umah homestay tue ade web die x??bminatlah nk stay kat situ untuk 30org..tq =)

    ReplyDelete