Zaleha - foto terbaru ehsan Berita Harian |
Teka teki mengenai hubungan ahli perniagaan Zaleha Mohd Khalid, 47 dengan Jailani Sidek mungkin terungkai kini setelah penjelasan dibuat oleh wanita itu dalam akhbar Berita Harian semalam. Kjee ni dah lama tak beli akhbar. Hanya baca melalui online.
So tadi apabila Kjee baca The Star Online, Kjee ternampak berita itu yang diterjemahkan dari akhbar Berita Harian.
Zaleha berkata berita yang disiarkan dalam sisipan Bipop Berita Minggu bertarikh 4 Disember lalu mengelirukan. Beliau datang ke pejabat Berita Harian dengan ditemani dua peguamnya.
Kjee tak nak ulas lanjut. Kjee copy paste berita itu sekiranya korang tidak membacanya di akhbar Berita Harian semalam.
KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Zaleha Mohd Khalid, 47, menafikan mengeluarkan perkataan ‘cinta’ berkaitan hubungannya dengan bekas jaguh beregu badminton negara, Jalani Sidek, 48, seperti pendedahan dalam Berita Minggu, Ahad lalu, sebaliknya menyifatkan hubungan mereka sebagai teman rapat.
Zaleha berkata, hubungannya dengan Jalani sebagai teman rapat dan majikan kerana Jalani membantunya dalam urusan perniagaan, selain penasihat syarikatnya, Kejuruteraan Lebar Cahaya Sdn Bhd.
“Kesilapan artikel itu hanya berlaku pada tajuk berita. Bagaimanapun tajuk ‘Saya cintai Jalani’ memanaskan keadaan. Jalani dan isterinya terkejut dan tertekan dengan tajuk berita berkenaan.
“Selain itu, Jalani juga tidak senang dengan perkataan istimewa dalam artikel berkenaan. Perkataan istimewa itu anggapan penulis. Bagi saya, tidak salahnya perkataan istimewa itu. Ia merujuk kepada hubungan saya, Jalani dan isterinya, Raja Azmi Raja Sulaiman, anak-anak dan keluarga masing-masing. Ia sangat istimewa buat kami sekeluarga.
“Saya katakan istimewa kerana saya, Jalani dan Raja Azmi memang rapat. Malah, ketika saya terlantar sakit di hospital ketika Ramadan lalu, Raja Azmi menjaga saya siang dan malam. Kesusahan dan pengorbanannya saya akan ingat sampai akhir hayat. Saya juga rapat dengan anak-anak Jalani dan Raja Azmi, begitu juga anak-anak saya rapat dengan mereka, malah memanggil Jalani sebagai Papa dan Raja Azmi sebagai Mummy.
“Saya tidak menyalahkan sesiapa, ia hanyalah kesilapan pada tajuk berita berkenaan, tapi perlu diperbetulkan kerana tidak mahu terus disalah anggap oleh orang luar,” katanya ketika ditemui di Balai Berita, di sini semalam. Beliau hadir bersama dua peguam, Tabian Tahir daripada Tabian Tahir & Co serta Paul Ho (Zahari Affandi & Co).
Menerusi sisipan B*POP (Berita Minggu) 4 Disember lalu, kenyataan Zaleha mengenai hubungannya dengan Jalani dan Raja Azmi tidak menyebut ungkapan ‘cinta’, bagaimanapun judul artikel berkenaan yang disiarkan ialah ‘Saya cintai Jalani’.
Zaleha berkata, artikel berkenaan tidak merenggangkan hubungannya dengan Jalani, malah mereka masih berhubung untuk berbincang soal perniagaan.
“Saya tiada motif apa-apa apabila mengeluarkan kenyataan dalam Berita Minggu. Tapi, saya dan anak-anak tersinggung apabila Jalani mempersoalkan motif `Zaleha’ mengeluarkan kenyataan. Adakah dalam artikel itu saya berniat jahat terhadap mereka? Apabila wartawan minta komen, saya hanya menjelaskan perkara sebenar. Buat apa saya mahu mengaibkan mereka, kami sudah seperti adik beradik, cuma tajuk artikel itu yang tersilap tetapi pengisiannya adalah kenyataan benar daripada saya.
“Berhubung gambar pula, saya sekali lagi menafikan saya tidak memberikan gambar-gambar peribadi kepada wartawan. Saya tidak tahu daripada mana sumber wartawan mendapat gambar itu. Bagaimanapun, saya percaya gambar ini diperoleh daripada telefon bimbit Blackberry saya. Kalau saya memberikan gambar peribadi itu, umpamanya saya mengaibkan sendiri,” kata Zaleha.
terjawab sudah...
ReplyDelete