Monday, December 5, 2011

ZIZIE EZETTE DATIN SETELAH ASIDAH ALIMUDIN UNDUR DIRI







Dari blog Papagomo

album Ms Google



Zaman ini dah ada lrt dan komuter tetapi Kjee nampaknya masih naik kereta lembu! Hahaha sejak pencen jadi wartawan hiburan, banyak kisah artis yang Kjee ketinggalan.

Sebab itu apabila baca dalam blog Papagomo sebentar tadi yang Zizie Ezette kini sudah bergelar Datin setelah menjadi isteri tunggal Datuk Bung Mokhtar, Kjee tersedak. Kjee memang kenal baik dengan Zizie dulu. Masa tu dia masih sekolah menengah. Masa tu dia cute sangat. Dia dan ibunya Fauziah yang sekarang digelar Kathy Fauziah, seringkali jumpa dengan Kjee nak suruh tulis berita dalam paper.

Kebetulan, Kjee pernahlah kenal arwah ayah Zizie bernama Samad Jamain. Dia ni dulu pegawai polis pangkat besar. Dan Kathy Fauziah adalah isteri kedua Tuan Samad ni. Selalu kalau Kjee jumpa Tuan Samad, Kjee akan mengusik beliau. Isterinya nama Fauziah dan dia Samad. Kjee pulak Fauziah Samad. Arwah seorang yang baik dan peramah.

Kathy Fauziah - album ms google
Tup2 berbelas tahun kemudian, kenal pulak dengan anak mereka Zizie. Apabila Kjee meninggalkan bidang kewartawanan, dah lama tak jumpa Zize kecuali ibunya yang sesekali adalah Kjee terserempak di gerai2 di Taman Melawati.

Masa mula2 Zizie berlakon dulu, Kjee minatlah jugak tetapi lama kelamaan, minat Kjee terhadap lakonannya mulai pudar. Satu, mungkin kerana ramai pelakon baru yang muncul dan kedua, lakonannya kekadang, pada Kjee lah, terlalu over. Tak best dah.

Kemudian apabila muncul cerita sensasi dia berkahwin dengan Bung Mokhtar, Kjee pun buka sikit mata baca. Macam2lah cerita yang enak dan kurang enak. TETAPI seperti biasa apabila dapat tahu dia sudah jadi Datin sejak November lalu, Kjee buka sikit mata yang dah mula kecik apabila terbaca kisah dia.

Datin Nor Asidah Alimudin khabarnya, terpaksa undur diri setelah suaminya, ahli Parlimen yang kecuh mulutnya dalam Parlimen itu, langgar janji. Untung ke tak untung badan Zizie, Kjee tak tau nak cakap. 

Semoga kau bahagia dalam deritaku...banyak kali Kjee gunakan ungkapan tu masa zaman muda2 dulu. Hehehe.

15 comments:

  1. ermmm wanita juga yang menyakitkan hati wanita...

    ReplyDelete
  2. ye, akhirnya wanita juga yg menyakitkan hati wanita. yg lelaki cuma sbg penyebab. mintak dijauhkan dr berlaku pd diri sndiri. sy xnak jd begini, x sanggup mengenangkan bila berkongsi suami dan akhirnya ditinggalkan. syukurlah sy dilahirkan dgn sifat tidak suka merebut hak org lain.

    ReplyDelete
  3. Hanya Allah yang lebih tahu. Nak salahkan isteri muda, kengkadang isteri tua memang bebal, taknak berubah, taknak memperbaiki diri. Nak salahkan isteri pertama, memang tak dinafikan artis ni ramai yang memang pisau cukur bermodalkan kecantikan dan imej seksi. Hanya masa membuktikan. Tengok je Norish karman. Dulu nak sangat laki orang, biarpun tua aalkan berduit. Akhirnya tak sanggup nak jaga orang tua yang kuat cemburu. Hari-hari kena urut badan si tua kerepot yang sakit-sakit, kena pulak cium lelaki tua yg mulut berbau agaknya...Bila meraba, terketar-ketar tak sama power. Akhirnya isteri muda cabut lari minta cerai tapi tuntut macam-macam. Padan muka laki tua yang tak sedar diri. Soal duit ringgit ni, Allah punya sebenarnya. Manusia hanya diberi amanah. Kalau memang hak kita, kita tuntut. Kalau dapat, alhamdulillah. Kalau tak dapat kengkadang ada sebab lain. Mungkin rezeki tu haram, rasuah dsbnya. Orang politiklah katakan.

    ReplyDelete
  4. Sejarah kembali semula...dulu maknya sekrg anak pulak... betul la org kata woman worst enemy is another woman... Ya Allah mintak dijauhkn dr anak2 perempuanku...aminnn... membina masjid atas keruntuhan masjid org lain... dan anak2 lelaki dr sikap kaki perempuan... salahkn perempuan saja pun tak boleh

    ReplyDelete
  5. Tak tahu nak cakap apa, terkedu masa membaca cerita ini kesian bekas isterinya.

    ReplyDelete
  6. bung layak amik mak zizie bukan zizie...ermmm dasar lelaki nak yang muda saja...bila dah dapat dan jemu mulalah meliar cari yang baru ...iniker yang nak di contohkan oleh pemimmpin pada anak bangsa

    ReplyDelete
  7. hmm sy komen berdasarkan pengalaman sendiri.. mmg perempuan dah dilahirkan utk jadi musuh bg seorg perempuan yg lain. walaupun x semua.. tapi kebanyakkannya. mungkin mmg salah sy sbg seorg isteri yg xpandai menjaga suami..tapi itu semua alasan je. seorg lelaki penuh dgn egonya. selalu nk try2 market diri diaorg. dan bila dh terjebak.. mula cari alasan utk memperduetkn isterinya. waktu tu.. mulalah keburukan isteri di ungkit seolah2 dialah suami yg paling sempurna utk si isteri. tapi tahukah si suami, walau apapun yg diaorg buat, walau sesakit mana pun hati isteri, isteri masih sygkn diaorg. dan hanya mampu berharap semoga si suami sedar kesilapannya suatu hari nanti...

    ReplyDelete
  8. Salam Kak jie
    kalau tepuk tangan sebelah takkan menjadi,dan nampaknya Bung Mokhtar tidaklah bertepuk sorang2...agaknya dah jadi trend artis skrng suka cantas orang lain punya laki...janji..laki tu akhirnya jadi hak mutlak dia sorang...
    sorang buat..semuanya nak ikut...alahai..

    ReplyDelete
  9. muka cam pecah ghumah pon ada pompuan suka ... entah laa ..

    ReplyDelete
  10. jangan nak salahkan isteri pertama tak pandai menjaga..... si suami tu terlalu sempurna kah..? semua manusia ada kelemahan... dan sedihnya..kelemahan itu yang sentiasa jadi alasan...

    ReplyDelete
  11. Semuanya suratan takdir.....udah tertulis...tak patut buat judgement.....cuma simpati dengan isteri pertama..setelah bertahun tahun kahwin ini kesudahannya.... redha aje lah...

    ReplyDelete
  12. Sedih...
    takut...
    marah...

    macam-macam ada "kalau wanita sesama wanita, memang rasa sakit, bila disakiti"

    kak je kita layan ke Astro

    ...macam2 ragam

    ReplyDelete
  13. lelaki tua nakkan bini muda sebab seks, perempuan muda sanggup jadi bini kedua lelaki tua berpoket tebal sebab duit..tapi dunia ini bulan lama...bila dibungkus kain putih nanti sendirian juga kita...kalau suami merungut isteri sudah tidak cantik dan seksi sebagai alasan ingin kahwin lain...isteri jangan cepat berputus asa...berusaha lah menjadi wanita solehah yang tetap pada agama..kerana di dunia yang kekal nanti,anda akan menjadi bidadari selamanya....kerana cinta terhadap Allah ialah cinta yang pertama...amin

    ReplyDelete
  14. tapi .. rupa mereka seakan akan serupa .. mmg dah jodoh agaknya ..

    ReplyDelete
  15. Dah maknya mcm tu ..memanglh anak pun cam tu. Yg llakipun tk sedar diri ..tk kenang jasa isteri pertama yg bersama ketika susah dulu. Zizie tu akan menerima musyibah dlm khidupn krna merobohkn rtangga ppuan lain

    ReplyDelete