DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, December 31, 2012

PELUANG JUMPA DAN MAKAN BERSAMA OGY AHMAD DAUD





Celebrate New Year Eve at OGY D’ GREENWOOD!!!

We Offer Special Buffet Dinner “ Eat As Much As You Want”

Venue : OGY D’GREENWOOD
Address : LOT 2344-9 / JALAN BATU CAVES KAMPUNG SIMPANG TIGA (GREENWOOD) 53100, GOMBAK SELANGOR
DATE : 31.12.2012
TIME : 8.00P.M – 1.00 A.M
PRICE : RM40 NETT PER PAX
RM20 NETT PER CHILD
ENJOY BUFFET DINNER (ARABIC & WESTERN ) , LIVE PERFORMANCES BY TOP 3 PUNCAK TALENT & NO IDEA BAND.
WE HAVE LUCKY DRAW AND FIRE WORKS.
DON’T MISS OUR NEW YEAR EVE CELEBRATIONS AT OGY D’GREENWOOD
For Reservations Please Call, Faizal 012-9228375
Puan illa 019-6414744
SEE YOU THERE…..

MUDAH2AN TIADA LAGI MUSIBAH SEPERTI INI









Setiap kali lalu di lebuhraya dari Jalan Jelatek ke Wangsa Maju, Kjee seringkali ternampak sebuah banglo yang 'tertenggek' diatas bukit di Puncak Setiawangsa. Kalau waktu malam dan di musim2 perayaan dan hari2 tertentu, dari jauh lagi nampak lampu2 menghiasi pagar sekeliling banglo itu.

Dan minggu lepas, sebahagian Banglo itu roboh kerana dinding konkrit (retaining wall) runtuh.

Ada saudara Kjee tinggal berhampiran banglo tersebut. Alhamdullilah dia selamat.

Hari ini, kerja2 merobohkan saki baki serta membersihkan kawasan roboh itu dijalankan. Apa agaknya nasib banglo bersebelahannya ya.


Saturday, December 29, 2012

SPAG BOLOGNAISE WITH BEEFBALLS & MUSHROOMS







Ini adalah makanan yang suka Kjee buat kalau Kjee kureng rajin. Senang jer. A one dish meal. Nasib baik Nadia suka makan. At least ada orang temankan. Tekak UnclePali memang kureng sikit bab2 makanan yang pelik2 sikit.

Tadi Kjee tambah canned button mushrooms, jenama Rex. Nak resipi klik SINI jer ya.

























PENGHUNI RUMAH KAWASAN BUKIT DILANDA MUSIBAH






Penduduk Bukit Antarabangsa yang kecut perut apabila hujan turun dengan lebatnya sejak beberapa minggu lalu, penduduk Bukit Setiawangsa pulak yang ditimpa musibah.

Mohon pada Allah swt mereka semua selamat. Ada juga sedara mara dan kengakwan Kjee yang tinggal di kawasan itu.

Berita dibawah ini Kjee share dengan mStar Online.


KUALA LUMPUR: Penghuni 46 buah rumah di kawasan Bukit Setiawangsa dipindahkan bagi mengelak berlakunya gelongsoran tanah yang aktif berikutan benteng konkrit di kawasan itu runtuh, malam Jumaat.

Penolong Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Setiawangsa, Fauziah Jamaluddin berkata, hanya rumah dan lot kedai berhadapan kawasan runtuhan itu terlibat.

"Beberapa rumah lain di kawasan tersebut tidak terjejas, penghuni boleh balik ke rumah masing-masing dan bergerak bebas," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Fauziah berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membina laluan alternatif untuk memudahkan proses keluar masuk penduduk selain mengurangkan kesesakan memandangkan laluan utama perlu ditutup.

DBKL turut menyediakan makanan dan pusat komuniti untuk menempatkan penduduk yang terjejas.

Bagaimanapun, Jabatan Kerja Raya (JKR) masih memantau situasi tersebut dan membawa masuk jentera berat ke kawasan runtuhan akan menjadi sukar.

Pada masa ini, kira-kira 40 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), DBKL, Rela dan JKR berada di kawasan terbabit.

Menurut pihak berkuasa di kawasan runtuhan, penghuni yang diarahkan berpindah tinggal dengan ahli keluarga mereka yang lain.

Thursday, December 27, 2012

HOME MADE CEMPEDAK GORENG



















Homemade cempedak goreng...semuanya pasal cari orang jual cempedak goreng dari Sungai Buloh-Paya Jaras-Sg Plong-Kuang-Kundang...tapi sedihnya tak jumpa. In the end beli cempedak sebiji berat dekat 2kg dan goreng. Sekilo RM4.

Kjee jarang2 beli buah cempedak. Agaknya seumur hidup tiga atau empat kali. Reason being, lebih senang beli singgit dua yang dah siap goreng di gerai2 yang orang jual kan? In ther words, malas!!! But then apabila tiada orang jual dan teringin nak makan, tahap gaban, kenalah buat sendiri.





Mujur stok tepung beras dan kapur sireh ada kat rumah. So, apa lagi nak tunggu kan?

Kjee tak berapa happy dengan isi cempedak tadi. Agak nipis dan rasa2 macam diperam karbaid. Rasanya manis buah tetapi kalau dapat isi yang gebu dan tenggelam apabila dicucuk jari tu serta manis menyengat, alangkah bahagianya.

Kjee tengah intai2 dusun jiran. Kok2 kalau ada cempedak. Tapi yang banyak bauh nangka yang Kjee kureng sikit makan mentah.



Ini jer yang tinggal for my doter hehehe





MOHON DOA PAK YA SEGERA SEMBUH


 Dato Seri Utama Rais Yatim dan  KP Filem Negara, Raja Rozaimie RD ketika melawat Pak Ya. Foto DIY Putra.


















Dulu kami (pasukan bolasepak artis wanita) panggil dia Coach. Beliau dengan penyanyi lagu2 Asli, Andre Goh jadi jurulatih bolasepak kami. Ewah korang ketawa ker bila Kjee kata Kjee main bolasepak untuk pasukan artis wanita!\?

Jangan pandang Kjee sebelah mata tau! Tapi ya lah masa tu Kjee slim...eh taklah slim sangat tapi solid molid gaklah. Masa tu belum kahwin lagi. Antara geng Kjee main bola masa tu ialah kak Yusni Jaafar (kini arwah), Maria Arshad dan ramai lagilah dah ingat2 lupa.

Anyway, Pak Ya seorang jurulatih yang garang. Silap sikit kami kena denda lari keliling padang. Seronok mengimbau kenangan silam.



Isteri Pak Ya mengidap kanser


Last Kjee jumpa Pak Ya ketika ziarahi jenazah arwah M Rajoli di Taman Keramat. Masa tu Kjee naik kerusi roda. Pak Ya yang malam tu datang segak berbaju batik oren, sapa Kjee. Agaknya dia pelik nampak Kjee disorong kerusi roda.

Sebaik sahaja nampak Pak Ya, Kjee terus panggil dia 'Coach'. Pak Ya tergamam seketika. Garu kepala, kemudian dia kata: "Fauziah ingat lagi ya," sambil ketawa berderai.

Tapi semua itu hanya tinggal kenangan. Dato Yahya Sulong kini agar uzur. Dah banyak hari Kjee nak tulis mengenai beliau tapi tak kesempatan sebab Kjee pun tak berapa sihat.

Banyak kenangan manis Kjee dengan Pak Ya. Beliau  bukan sahaja seorang pelakon lawak yang hebat tetapi juga seorang drummer yang disegani ramai. Kira Pak Ya ni anak seni yang versatile.

Kjee kagum dengan sikap Pak Ya. Walaupun beliau dan isteri beliau sakit, namun beliau tidak sibuk meminta2 atau menagih derma dan simpati. Kalau tidak ada wartawan yang mengetahui masalah dan penyakit beliau, pasti tidak ada yang tahu.

Masa jumpa beliau dulu, Kjee pernah tanya mengapa dia tidak minta bantuan persatuan artis atau persatuan bekas tentera.

Ini jawapannya: "Aku malulah Fauziah. Aku tak nak orang kata aku tak beringat masa muda....bila dah tua, dah sakit, mintak derma, mintak bantuan untuk hidup. Rezeki Allah swt yang tentukan..." katanya menahan sebak.

Karyawan turut menghulur bantuan
.

Dato Seri Utama Rais Yatim segera bertindak dan mengunjungi Pak Ya baru2 ini. Siap settlekan sewa flat untuk setahun dan juga sedikit bantuan untuk meneruskan hidup. Khabarnya pihak Karyawan jugak ada menjenguk sumbang bantuan. syukur Alhamdullilah.

Kalau Pak Ya sakit, pergilah ke Hospital kerajaan tau. Sekarang Hospital Kerajaan sudah cukup bagus. Tak payah minta derma kat orang ramai pastu duduk first class di Hospital Swasta! Oppps.

Teringin sangat nak jumpa Pak Ya selagi ada hayat...





CREME BRULEE VERSI KJEE























Masa UnclePali beli torch untuk modify 'Big Boy Toy' dia hari tu, beliau tanya Kjee samada nak buat Creme Brulee (CB). Nanti dia tolong bakarkan gula on the top of the CB. Kjee sengih jer. UnclePali ni, sejak rajin tengok Masterchef US, bukan main suka nak suruh Kjee try recipe baru.

Kjee pun google cari resipi CB. Tak susah. Berlambak2 resipi yang boleh dijadikan panduan. Cuma kena pandai pilih yang highly rated. Taklah kecundang bila menerai.

Selepas tengok beberapa resipi yang dimuat naik omputih seluruh dunia, Kjee kerut kening. Kena guna heavy cream? Ohh tidak!! Nadia takkan sentuh kalau ada banyak cream. Fattening Mama, dia selalu ingatkan Kjee.




Tapi dek tak mahu kalah dengan cabaran UnclePali supaya buat CB, Kjee pun fikirlah bahan2 yang boleh diadun nak buat dessert itu. Masa pergi makan di Italian Restaurant Porto Romana a few months ago, Kjee tak perasan UnclePali ada order Creme Brulee. Masa tu Kjee tengah seronok menikmati Prawn Bisque. Dia makan CB sorang2 sampai habis!

Kata UnclePali, texture CB lembut sangat. Tak macam egg caramel. Apabila di 'crack' (pecahkan) lapisan gula atas CB tu, kaup dengan sudu creme yang lembut sangat, katanya. Lembut? Hmmm itu bisa diatur dong beresnya belum tentu.

So semalam Kjee pun mulalah projek kat dapur. Kjee guna 4 biji telor (grade B). Kjee pecahkan dalam mixing bowl dan bubuh 1/4 cup (lebih kurang 2 sudu kot) gula perang atau soft brown sugar. Pastu pukul sampai gula hancur. Masukkan 3 cups fresh milk (Kjee guna low fat) dan 1 cup evaporated milik. Kjee bubuh jugak secubit garam dan 1 sudu besar esen vanilla.

Belum di'torch'. Warna keemasan sebab Kjee guna soft brown sugar



Kacau sampai sebati. Pastu tapis. Lepas tapis Kjee tuangkan dalam beberapa biji ramekins. Kemudian Kjee susun ramekins tu dalam tray/baking pan dan masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan 180 darjah. Kjee curahkan perlahan2 air panas hingga menutupi separuh ketinggian ramekins. Bake selama 1 jam atau sehingga sudah set.

Sejukkan. Bila dah sejuk baru masuk peti ais. Bila nak makan, Kjee tabur sedikit gula diatas permukaan CB dan UnclePali tolong torch.


Nak torch kena hati2. Besar apinya, jadi hangit!


Ewah sedaplah. Tak payah guna cream yang mengembangkan body.

Itulah kalau kita reti nak adjust sendiri bahan2, tak perlu susah payah nak kena masuk hutan keluar hutan cari bahan, kan? Amboi mentang2 rumah kita dalam hutan hehehe.

Creme Brulee Kjee warna keperang2an sebab Kjee guna soft brown sugar. Kalau guna gula putih elok titiskan sedikit pewarna kuning. Pasti cantik. But who cares! Soft Brown sugar taklah manis sangat macam white sugar.

Korang nak follow recipe Kjee, no prob. Kalau tidak, korang google jer lah. Kalau korang tak ada torch, tak reti2 nak beli ker? Or follow macam HaSue yang tabur gula atas CB yang dah masak dan masukkan ke dalam oven hingga gula tu a bit hangus. Suka hati koranglah.

Yummy...

Wednesday, December 26, 2012

PAI EPAL GORENG













Nak buat pai epal goreng atau Fried Apple Pie ni pun memakan masa dua hari! Hehehe bukanlah Kjee duduk dua hari buat. Pengsannn tu. Tapi, semalam, Kjee buat apple filling dan keluarkan pastry...pastu tetiba rasa tak berapa sihat...terus masuk balik bende2 tu ke dalam fridge.

Hah akhirnya hari ni baru Kjee buat. Nasib baik pastry tu tak rosak. Maklumlah ada tulis kat peket dia, Use immediately after defrost at room temperature.

Kjee sebenarnya teringin nak makan apple pie macam kat MD. Tapi kerana dah boikot restoran tu, Kjee decide buat sendiri. Google resipi berjam2 tapi bila time nak buat, Kjee keluarkan aje doh yang dah siap. Lihat gambar.



Beli ini di Jaya Grocers. Cold Storage mungkin ada.



Actually Kjee buat guna doh ni sebab expiry date dia dah hampir. Daripada dibuang, baik Kjee eksperimen samada boleh tak short crust pastry digoreng. Jawapannya Yes and No.

Memanglah boleh goreng. sukati kitalah nak goreng ke nak bake kan? Tapi hasilnya ia jadi apple pie yang gebu dan rapuh. Taklah rapuh sampai pecah masa goreng. Masa dan lepas goreng cantik jer tapi bila makan ia terlalu rapuh. Tetapi rasanya cukup sedap.

Kjee syorkan kalau ada yang teringin nak buat apple pie goreng macam kat McD tu, buat jer doh karipap biasa. Pastu canailah dan potong agak2 lah segi lonjong (macam yang Kjee buat). Boleh kelim macam kita buat karipap atau guna garfu macam Kjee.





Untuk filling apple tu, Kjee guna 2 biji apple hijau (seelok2nya Granny Smith). Buang kulit, didadu, campurkan ke dalam periuk bersama setengah cawan gula perang atau soft brown sugar atau gula merah. Campakkan 1 atau 2 batang kayu manis dan masak sampai gula tu cair dan kemudian menjadi pekat. Kira-kira 10 minit. Sejukkan betul2.

Tentu belum ada yang pernah cuba buat doh karipap untuk apple pie kan? Hah inilah masa nak cuba. Kjee pun akan buat nanti sebab ada banyak apple masam yang Kjee terbeli. Kita yang buat dia...so apa hal orang nak menyibuk kan? Hehehe

Untuk doh karipap, Kjee syorkan korang guna yang Kjee pernah buat, dari blog Tun Telani. . Doh resipi Tun Telani ni, elok sangat.






KENAPA MESTI MUDAH KENA TIPU?!!!




ehsan google


"Hello (atau kekadang Assalamualaikum) ini, Cik Fauziah Abdul Samad ker?..." Ewah kalau dia panggil kita ikut nama penuh, mesti ada cekadak ni...itulah seringkali Kjee berkata2 dalam hati apabila menerima panggilan sedemikian.

And then seterusnya..."Maaf Cik Fauziah, saya (nama sekian sekian) dari Pejabat sekian sekian... Cik Fauziah terpilih untuk mendapat/ nak syorkan...."

Oppps tak sempat dia teruskan, Kjee mencelah "Maaf, walau apa pun yang saya nak dapat/awak nak syorkan, saya tak minat..." Terus matikan fon. Sounds kurang ajar kan? Naseblah...baik kita kurang ajar daripada kita kena tipu kan?

Tapi Kjee heran ada species (termasuk my beloved UnclePali) sanggup layan and layan and layan. Kjee yang duduk berhampiran kena jeling dan lambai2 tangan supaya dia segera end call.  Panggilan seperti ini semua bawak penyakit.

Korang nak tahu apa yang Kjee bebel? Well, pagi tadi Kjee baca entry Mazidul Akmal. Entry yang cukup baik. Hebat you bro. Korang baca lah sendiri DI SINI. Mohon share yer.

Hati2 semua. Perempuan yang buat pengakuan tu dah dedahkan segala2nya. So why masih tak cerdik nak kena tipu. Kjee dah suruh Nadia baca. Dia selalu dapat panggilan seperti itu. Baik untuk debit card mahupun credit card. Walaupun credit card atas nama dia tapi Mama dan Papa yang tolong bayarkan. So jangan nak kureng cerdik.

Tuesday, December 25, 2012

USAHLAH MENGUNDANG NAHAS!!


DIBAWA ARUS... Seorang pemuda Khairi Said, 27, yang sedang menunggang motosikal mengalami detik cemas apabila nyaris dihanyutkan arus deras ketika melalui Jalan Permaisuri-Penarik di Kampung Tasik di Setiu, Terengganu, Selasa. Beliau yang bertekad meredah banjir untuk ke tempat kerja gagal mengawal motosikalnya, lalu dihanyutkan arus deras di kawasan sawah terbiar berhampiran Sungai Setiu. Kejadian berlaku sungguh pantas dan orang ramai yang berada dikawasan itu yang menyedari kejadian tersebut turut membantu mangsa. Jurufoto BERNAMA Arjasneh Ahmad yang kebetulan berada di situ sempat merakamkan detik-detik cemas itu. Kelihatan Khairi juga turut dihanyutkan arus deras setelah usahanya untuk menyelamatkan motosikal miliknya gagal.

 -fotoBERNAMA

SEAFOOD SPAGHETTI IN CHILLI, GARLIC AND OLIVE OIL







Spaghetti Aglio Olio. Dalam bahasa Inggeris, Spaghetti with olive oil, garlic and chilli peppers. Dalam bahasa kita Spaghetti yang dimasak dalam minyak zaiton, bawang putih dan cili.

Mudah dimasak, sedap dan mengikut citarasa tekak Melayu iaitu pedas!!!

Mula2 Kjee makan dulu di Arima Classic . My first reaction...sedap sebab pedas!!! Pelik sebab tak sangka makanan Italian boleh pedas. Atau apakah ia sengajakan dipedaskan untuk tekak orang Melayu. Jawapannya tidak.

Kjee google cari resipi and then baru tahu orang Itali bubuh banyak cili untuk menikmati kepedasan makanan ini. Dan sejak kali pertama diperkenalkan kepada Aglio Olio ini oleh Arima Classic, maka selepas itu Kjee seringkali order spaghetti jenis ini apabila makan.

Dan sekarang dah jarang order sebab dah pandai buat sendiri. Aimran anak saudara Kjee pernah beritahu, masa dia study di London dulu, inilah makanan ruji dia dan mungkin ramai students. Senang dimasak, sedap dan murah.

Walaupun tak berapa sihat a few days ago, Kjee tetap ke dapur especially apabila teringin nak makan sesuatu. Kali ini tekak teringin pulak nak makan Aglio Olio. Nak pergi Arima Classic jauh sangat. Nasib baik ada udang dan sotong dalam fridge serta spaghetti dalam pantry.



Tak ada resipi specific. Janji ada bawang putih (Kjee hiris banyak2), ketuk cili api (ikut kepedasan sendiri), Olive oil dan spaghetti serta seafood. Mula2 rebus spaghetti bersama garam. Apabila spaghetti sudah dekat nak kenyal (al dente), tumis hirisan bawang putih dan cili api dalam minyak zaiton dalam kuali atau periuk. Banyak sikit minyak zaiton tak mengapa...ia minyak sihat. 

Apabila bawang putih dan cili api dah agak garing, masukkan apa jua seafood yang menjadi pilihan. Goreng seketika. Kemudian tapis spaghetti dan masukkan ke dalam tumisan tadi. Tuang air rebusan tadi kira2 setengah cawan ke dalam tumisan. Gaul pantas2 dan rasa garamnya.

(Kjee celur brocolli yang telah dipotong flowerettes dan gaul bersama disaat akhir. Ini optional).

Sebelum mkan, Kjee taburkan Parmesan Cheese. Ini ikut selera masing2 lah yer.









Thursday, December 20, 2012

BERARAK MENDUNG KELABU....


















Kalau dalam kereta sebelum sampai ke destinasi, nampak langit yang sarat barat dengan awan hitam macam ni, punyalah risau.

Foto2 ini dirakamkan sekitar jam 4 petang di Petaling Jaya, beberapa hari lepas.

Wednesday, December 19, 2012

DADIH SUSU SOYA BERSELASIH




Sejak ada banyak rancangan memasak di TV baik yang dalam atau luar negara, Kjee rasa ramai pasti teruja untuk mencipta reisipi2 baru. Maka terhasillah banyak jenis makanan baru. Tahniah kepada blogger masakan yang turut berlumba2 mempamerkan kreativiti mereka.

Kjee bukan blogger masakan. Tak tahulah nak kategorikan blog Kjee ini, genre apa. Blog carca marba kot. Apa yang terlintas di fikiran, Kjee tulis.

Sebab itu Kjee terkejut apabila beberapa hari lepas, ada wartawan dari sebuah majalah masakan terbitan sebuah syarikat penerbitan unggul di negara ini, mintak Kjee kerjasama beri 5 jenis masakan untuk edisi bulan Mac. Ooppps. Layak ke?

Anyway, Kjee tolak dengan baik sebab Kjee bukan blogger masakan. Kjee pun tak berapa sihat untuk membuat assignment itu. Actually malu sangat nak dibariskan dengan blogger2 masakan yang hebat di negara ini. Terima Kasih.

Walaupun Kjee tak berapa sihat, namun tekak ni bukan main lagi ragamnya. Kelmarin teringin nak makan dadih. Tetapi bukan senang nak dapat dadih di luar musim. Kena tunggu bulan Ramadhan. So, how? Buat sendirilah.

Kali ini Kjee nak buat dadih ciptaan sendiri. Guna susu soya dan biji selasih. Kjee tak pasti samada menjadi ke tidak tetapi tak ada masalah nak cuba kan?

Oleh kerana susu soya segar yang Kjee beli sudah ada gula, Kjee hanya cuba letak setengah cawan sahaja gula. Kalau korang suka manis, boleh tambah lagi.

Hasilnya, amat memuaskan. Pengritik tegar Kjee - Nadia kata sedap. Oklah tu.

Jom kita intai resipinya.







DADIH SUSU SOYA BIJI SELASI
dari Dapur Kjee

1 litre susu soya segar yg ada gula
setengah cawan susu cair (eveporated milk)
1 peket serbuk agar2 (10gms)
1 peket kecik biji selasih
setengah cawan gula halus (kurang atau tambah ikut suka)
pewarna merah

CARA

1. Rendam biji selasih selama kira2 setengah jam. Apabila sudah elok kembang, ditapis airnya. Tepikan.

2. Masukkan susu soya, susu cair, gula dan serbuk agar2. Kacau sampai sebati.

3. Kemudian jerang atas dapur api sederhana. Kacau supaya tidak hangit.

4. Apabila mendidih, biarkan kira-kira 2 atau 3 minit. Lepas itu, padam api dan masukkan biji selasih yang telah kembang dan kering airnya. Kacau rata, masukkan setitis pewarna merah.

5. Tuangkan ke dalam bekas yang disukai. Sejukkan 3 atau 4 jam baru menghilang. Best served Chilled.






SUAMI SITI DAH SELAMAT DIBEDAH




Dato Seri Khalid Jiwa aka Datuk K, suami Dato Siti Nurhaliza, telah selamat menjalani pembedahan dan kini ditempatkan di Unit Pemerhatian Intensif (ICU). Ini adalah proses pemerhatian biasa setelah pembedahan.

Berita terkini, Kjee baca dalam Murai.com. Sila baca sini  .


Monday, December 17, 2012

AYAM PANGGANG SIMPLE




Tetiba teringin nak makan roast chicken. Nasib baik apabila Kjee sebut jer Unclepali ni game. Actually kalau setakat nak makan tiga beranak, selalunya kami beli jer Ayam Golek Mek Som di Pantai Dalam. Sedap sangat. Hari tu masa balik dari Sri Petaling, UnclePali dah terlajak drive melepas Pantai Dalam.. Nak buat U-turn dah jauh.

So pagi tadi selepas breakfast, Kjee suruh Unclepali beli ayam. Kali ni dapat ayam besar. Dekat 2kg atau lebih. Dah lama tak dapat beli ayam montel cam tu.Selalunya sekilo lebih jer beratnya.

Sampai rumah Kjee terus bersihkan ayam. Maklumlah ayam tu fresh, baru sembelih. Kalau dibiarkan lama2 dalam fridge nanti kureng pulak kesegarannya.

Sementara Unclepali panaskan oven, Kjee bersihkan ayam sambil duduk di dining table sebab hari ni screw pada sendi2 semua longgar.  Ayam dah bersih. Kali ni tak buang kulit sebab ayam panggang harus ada kulit dan sedikit lemak2 ayam baru sedap kan dan garing.







And then Unclepali passkan herba Rosemary, bayleaf, ketukkan lada hitam biji serta olive oil untuk dilumurkan pada ayam. Kjee jugak potong bawang besar sebiji dan cucuk2 sebiji lemon dan sumbatkan kedua2nya di you know where..

Tadi ada tanya Kjee kenapa mesti sumbat lemon dan bawang besar tu? Hmmm sifu Kjee, Ina Garten Barefoot Contessa yang ajar. Kjee ni kan anak murid yang patuh kepada sifu. Hehehe Kjee rasa limau dan bawang itu disumbat untuk beri aroma kepada ayam itu ketika dipanggang.

Kemudian ayam yang Kjee dudukkan atas baking pan dimasukkan ke dalam oven. Dibakar suhu 200 selama 1 jam 15 minit. Tak perlu balik2kan lagi. Tapi selepas 1 jam, Kjee keluarkan dan sapukan butter di seluruh ayam untuk bagi warnanya keemas2an.

Maaf tadi Kjee cari tali nak ikat kaki ayam itu tapi tak jumpa. Justru the ayam ada sedikit terkangkang. Opps.



Kjee sebenarnya plan nak siat2 ayam yang sudah dipanggang itu dan sumbatkan dalam roti pita. Roti dah Nadia belikan di Hero Market a couple of days ago.

Tapi orang sakit kekadang mereng. Bila dah time nak makan, Kjee nak buat pulak brown sauce. Terus Kjee  keluarkan bawang besar yang Kjee sumbat dalam ayam tu dan cincang. Kemudian Kjee ketuk 2 biji bawang putih dan tumis dalam minyak lebihan panggang ayam tadi.

Opps I know lebihan minyak very the tak sihat but the ayam dah tak banyak lemak sebelum panggang tadi sebab Kjee dah bersihkan. Yang ada adalah Olive Oil dan kerak2 kulit ayam yang dipanggang.

So Kjee buatlah brown sauce. Resipi sini.








Oleh kerana tak ada plan nak makan ayam panggang dengan brown sauce, so hari ni tak ada karbo. Kalau buat mash potatoes sedap kan? Tapi badan dah longlai sangat2. Dah buat mix vege dengan mayonaise pun kira nasib baik.

Both of us habiskan tak sampai separuh dari ayam tu. Since malam ni dah ada plan nak dinner kat luar, baki ayam disimpan beku dalam fridge. Nanti boleh buat cold chicken sandwich, chicken pot pie ataupun sumbat dalam roti pita. Suka hati kitalah nak buat camner kan?

Oh ya nak story sikit. Ayam tadi moist sangat. Luarnya garing. Rahsianya ialah jangan dipanggang lama2. Setakat 1 jam 15 atau 20 minit cukup. Lagi kecik ayam, lagi kurang masanya memanggangnya.




DATO K DIBEDAH DI NEW ZEALAND HARI INI



Dato Seri Khalid Jiwa, suami Siti Nurhaliza mengalami kemalangan agak serius ketika menunggang motor berkuasa besar di New Zealand minggu lepas. Beliau bakal dibedah hari ini di New Zealand.

Moga beliau selamat ketika dibedah dan segera sembuh.

Kjee tumpang share storynya dari blog Penggempur Mutiara.


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih mesra dipanggil Datuk K yang terlibat dalam kemalangan motosikal pada Khamis lalu dijadual menjalani pembedahan ekoran kecederaan serius pada bahagian belakang badan di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand esok.

Anak ketiganya, Muhammad Asyraf, 20, berkata, dia dimaklumkan mengenai perkara itu oleh bapanya dalam perbualan telefon kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Muhammad Asyraf menyifatkan kecederaan bapanya agak serius tetapi beliau dalam keadaan stabil.

"Ayah beritahu bahawa dia akan dibedah pada hari Isnin (esok), pembedahan itu mungkin melibatkan bahagian belakang badannya.

"Ayah minta kami supaya tidak terlalu risau keadaannya, malah cadangkan agar kami adik-adik tidak perlu ke New Zealand. Bagaimanapun, saya maklumkan bahawa tiket penerbangan sudah dibeli dan kami akan ke sana pada pukul 2 petang hari ini (semalam)," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.

Datuk K yang merupakan suami penyanyi popular Siti Nurhaliza kini dirawat di hospital itu yang terletak kira-kira 190 kilometer dari bandar Queenstown. Di bandar itulah Datuk K terlibat dalam kemalangan motosikal ketika bersiar-siar bersama rakan pada Khamis lalu.

Beliau mengalami kemalangan setelah motosikal Harley Davidson yang ditunggangnya terbabas dan melanggar pagar di tepi jalan dalam kemalangan pada pukul 12 tengah hari Khamis waktu Malaysia (pukul 4 petang waktu New Zealand).

Muhammad Asyraf memberitahu, dia dan adik-beradiknya, Muhammad Adib, 22, dan Muhammad Aazief, 14, dijangka tiba di negara tersebut malam ini dan berharap dapat bertemu dengan bapa mereka sebelum pembedahan dilakukan.

Dalam pada itu, Siti Nurhaliza, 33, pula selamat tiba di hospital itu kira-kira pukul 10 pagi waktu Malaysia semalam (pukul 2 petang waktu New Zealand) setelah menempuh perjalanan udara dan darat selama 27 jam dengan ditemani kakak iparnya, Datin Zaiton.-1NewsOnline

Sunday, December 16, 2012

SORRY YOUR SERVICE SUCKS!!!

ehsan google




Masa Kjee meniaga dulu, Kjee berpegang kepada tagline  'The Customer Is Always Right'. Walaupun kekadang kita sebagai peniaga mudah alpa dan merasakan apa yang kita masak dan jual adalah terbaik, the final say seharusnya  memihak kepada customer.

Mereka yang membayar. Bukan makan FREE. So mereka berhak untuk meluahkan isi hati dan rasa tekak mereka. Peniaga tidak boleh hendak memperlekehkan hak pelanggan. It's their prerogative! Peniaga kena telan walaupun kekadang pahit.

Janganlah apabila customer menegakkan haknya untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hati mengenai makanan yang dijamah maka peniaga boleh memberontak. Misalnya, kalau dulu2 kerusi meja boleh melayang tetapi sekarang Money Talks! Peniaga ada duit dan boleh saman customer tanpa menyedari sekiranya tiada duit yang dibawa masuk customer, perniagaan dia boleh lingkup!!

Janganlah peniaga itu menjadi riak sekiranya cook (tukang masak) di restoran atau kedainya pernah bekerja di restoran atau hotel 5-bintang. Allah swt boleh menarik segala2nnya dalam sekelip mata kalau kita riak. I have seen many examples!

Kenapa Kjee merepek? Biarlah menjadi rahsia. But let me tell you, whoever you are and whoever you think this entry is dedicated to .."Sorry your service really SUCKS whether or not you like it!!"

May you be paid handsomely by the AlMighty! If not on earth, one fine day...THERE!!

CIK LAH BUKAN ADIK KASMADIANA

Cik Lah
Datin Kasmadiana






Hari itu masa Kjee tulis mengenai Che Lah Masterchef nak cuba bidang lakonan, Kjee turut bertanya samada sesiapa dapat beri jawapan samada Che Lah tu adik atau kakak kepada pelakon popular Kasmadiana. Lihat sini.

Kasmadiana kini bergelar Datin, pernah popular menerusi drama Opah di RTM dan banyak drama2 yang disiarkan di stesyen2 TV lain.

Kjee macam agak yang Che Lah dan Datin Kasmadiana ada kena mengena kerana wajah mereka seiiras. Suara pun hampir2 sama.

Kjee terkejut apabila dua hari lepas Datin Kasmadiana call Kjee. Kami memang rapat sebab Datin ni pelanggan tetap masa Kjee meniaga dulu. Makanan favoritenya ialah 'Mi Goreng Bodoh' air tangan Nadia.

Sebik sahaja mendengar suaranya apabila dia call hari tu, Datin terus kata teramat rindu 'Mi Goreng Bodoh'! Kjee ketawa terbahak2. Dah lama Kjee tak meniaga dan beliau masih ingat makanan kegemarannya itu.

Kjee pun ambil peluang tanya Datin Kasmadiana samada dia adik beradik dengan Che Lah.

"Eh taklah Kjee. Saya tak baca cerita tu dalam blog Kjee tapi kawan2 yang baca beritahu saya. Sebab itu saya telefon Kjee. Rindu sangat.




"Saya memang ada adik yang bukak salon di Johor Baru tapi bukan Che Lah. Pelanduk dua serupa kot," katanya apabila Kjee kata wajahnya saling tak tumpah Che Lah.

Sejak berkahwin dengan jutawan Dato Abol, Datin Kasmadiana kini banyak menghabiskan masa di sisi suaminya yang sering keluar negara kerana urusan perniagaan. Selain itu, beliau juga banyak membantu menguruskan resort milik suaminya di Janda Baik.

Pada 29 Disember ini, Kjee akan bertemu Datin Kasmadiana. Kjee dapat jemputan beliau untuk hadir di pembukaan rasmi salon dan spa milik adiknya di Taman Permata, Kuala Lumpur.

Nanti Kjee amik gambar terbaru beliau yer.



RENDANG IKAN DAN BENING LABU




Macam pelik sangat tengok Nadia angkat kening apabila Kjee kata nak buat rendang ikan tongkol ala Kelantan. Reaksi dia ala2 mana ada orang buat!

Tapi Kjee tahu dia memang konfiden makan apa saja yang Kjee masak ewah perasanlah tu  sebab selera makan kami serupa. Except dia tak suka Shitake Mushrooms. Isyhh rugi besar tu!!

Baru sangat Kjee buat rendang ayam Kelantan. Masa tu makan tak puas sebab sebahagian besarnya Kjee suruh Unclepali hantar ke rumah my fren. So ingatkan nak buatlah lagi hari ni. Rancang memang boleh tapi jadinya belum tentu kan?

Oleh kerana Kjee terperasan Kjee ada beli ikan tongkol fresh kat Kampung Melayu Sg Buloh hari tu, Kjee  rasa tak salah kalau dibuat rendang. Ikan Tongkol yang Kjee beli itu ala2 anak ikan tongkol, panjangnya sepanjang tapak tangan. Macam ikan kembung yang debab. Kjee hangkut 5 ekor dan hari ini Kjee potong dua tiap seekor.

Resipinya sama macam nak buat rendang Kelantan. Intai sini. Mudah jer kan? Sedap rupanya ikan tongkol dijadikan rendang. Kjee guna ikan tongkol sebab isinya keras dan tak mudah hancur apabila direndang.







Selain itu, ada berbaki labu dalam fridge. Ada separuh setelah Kjee buat bingka labu hari tu. Kalau tertangguh lagi nak masak, boleh rosak. So, Kjee decide masak bening atau masak air atau masak tumis.

Resipi main campak jer hirisan bawang merah, bawang putih dan cili padi ke dalam periuk. Bubuh air dan didihkan bersama sejemput ikan bilis. Bubuh sebatang serai dan koyakkan daun kunyit. Didihkan. Apabila dah mendidih, masukkan labu yang telah dibuang kulit dan dipotong suka hati. Rasa garam dan bubuhlah sedikit aji kalau suka. Apabila labu empuk (jangan sampai hancur) padamkan api.

Sedap digandingkan bersama rendang ikan. Nasib baik sedap rendang ikan ni. Kalau tidak jadi habuan Cik Tong. Hehehe.





Saturday, December 15, 2012

EGGLESS RED DEVIL CUPCAKES








My red devil cuppies. Nadia cukup excited apabila Kjee kata nak buat Red Devil cup cakes. Dia peminat setia Manchester United. Kjee buat cuppies ni hari tu sebelum Kjee kurang sihat.

Kenapa Red Devils? Hmmm sebab Kjee suka nama cuppies yang diberi oleh Che Mat Gebu. Actually, nama asalnya Red Velvet Cupcakes yang Che Mat buat dari blog Kak Jun.

Resipi  Kak Jun ini sebenarnya cukup mudah dibuat. Kjee semakin teruja apabila mendapati resipinya tidak mengandungi telor. Sejak akhir2 ini, Kjee banyak sangat makan telor so kalau ada resipi cake yang tiada telor, punyalah Kjee suka!

Oleh kerana cara membuatnya terlalu simple, masih ada masa nak ajak anak2 yang sedang cuti sekolah cuba membuatnya.

Bagaimanapun, Kjee guna evaporated milk dan jus lemon untuk membuat buttermilk. Mula2 Kjee buat buttermlik guna fresh milk dan apple cider. Che Mat Gebu ada beritahu dalam resipinya bahawa setelah susu itu dicampur dengan apple cider atau cuka apple, ia harus 'curdle' atau menjadi yoghurt.





Bagaimanapun,  setelah Kjee mencampur apple cider dengan fresh milk, ia tidak bertukar menjadi yoghurt. So Kjee tak nak amik risiko. Unclepali pulak syorkan guna evaporated mlik dan jus lemon. Seronok Kjee apabila gabungan itu terus menjadi yoghurt.

Untuk warna merah, Kjee guna pewarna merah menyala yang Kjee beli di Bagus Baking Solutions, beberapa bulan yang lalu. Khabarnya, warnanya tidak akan menjadi merah menyala kalau guna pewarna merah biasa. Ada kawan Minah Salleh Kjee beritahu kalau nak merah menyala dan sukar mendapat pewarna yang sesuai, bolehlah guna buah beetroot.

Itu jer perubahan yang Kjee buat. Selainnya, bolehlah berpandukan kepada resipi CMG atau Kak Jun. Terima kasih kedua2nya. Rasanya cukup gebu dan moist.

Untuk adunan ini, Kjee dapat 7 biji cupcakes.