SCENE : 1
WATAK : UNCLEPALI, KJEE, POLIS DAN EXTRAS (POLIS)
LOKASI : LDP HIGHWAY MENUJU SUNGAI BULOH
PROPS : KERETA, BUKU SAMAN POLIS
WAKTU : SIANG
Kelihatan sebuah kereta sedang meluncur di jalan susur dari LDP ke Sungai Buloh. Unclepali dan Kjee ternampak satu grup polis sedang buat road block. Unclepali selamba drive. Tiba-tiba, dua anggota polis melambai2 suruh Unclepali drive ke tepi.
KJEE:
(TERUS PANIK)
Eh abang!!! Polis tahan!! Kenapa??
Unclepali terus perlahankan kereta dan berhenti di tepi jalan. Banyak lagi kereta pun berhenti. Seorang anggota polis datang kepada kereta. Unclepali turunkan cermin kereta.
POLIS:
Lesen
UNCLEPALI:
Salah apa bang?
POLIS:
Dua2 tak pakai tali pinggang keledar!
UNCLEPALI DAN KJEE GUGUP. TERUS TARIK TALI PINGGANG. UNCLEPALI KELUARKAN LESEN DAN SENGIH2 MACAM KERANG BUSUK.
UNCLEPALI:
Maaf bang...terlupa.
POLIS:
Ini Ops Sikap Tahun Baru Cina.
Saman RM300 seorang tak pakai tali pinggang keledar.
KJEE DAN UNCLEPALI PANIK. DUA2 SERENTAK MINTAK AMPUN.
UNCLEPALI/KJEE:
Sorry bang.
POLIS TERUS CATIT SESUATU DI BUKUNYA. KJEE CUBA MERAYU NAK JUMPA PEGAWAI YANG ADA TIDAK JAUH DARI SITU.
KJEE:
Boleh saya merayu kepada Tuan awak sana?
POLIS:
Tak boleh. Dia garang. Nanti kena marah!
(MASIH MENULIS DI BUKUNYA)
UNCLEPALI PANDANG KJEE DAN KATA PERLAHAN.
UNCLEPALI:
Sudahlah. Salah kita. Bayar jer lah saman nanti.
POLIS:
Kerja apa?
UNCLEPALI:
Tak ada kerja.
Jual ubat.
POLIS:
Ubat? Ubat apa?
KJEE:
(SUARA CUKUP LEMBUT SEAKAN MERAYU)
Ubat kanser. Ni kami nak pergi hantar ubat kanser kat Damansara Damai.
Orang sumbang duit untuk dia.
POLIS:
Kanser ada ubat ker?
UNCLEPALI:
Ada bang!
POLIS TERUS KEMBALIKAN IC DAN SURUH JALAN. KJEE TERPINGA2. UNCLEPALI TERUS TEKAN MINYAK DAN BEREDAR.
UNCLEPALI:
Syukur Alhamdulillah.
Itulah adegan kami satu petang ketika kami dalam perjalanan ke rumah Farah untuk hantar supplimen Transfer Factor.
Hehehe dah gian. Lama tak tulis skrip. Macam inilah contoh skrip. Ini kisah benar bukan rekaan. Berhati2 di jalan raya ketika pulang ke kampung sempena cuti Chinese New year.
salam...kjee allah sayangkan kjee dan permudahkan urusan untuk hantar ubat ke farah.......terima kasih allah bantu kjee...lain kali hati2 ye kjee jgn lupe pakai tali pinggang keledar taw...
ReplyDeleteHehehehe lepas tu serik sampai semalam. hari ni belum tau lagi...kahkahkah
ReplyDeleteehehehhee serik kejap je.....ade2 je kjee ni buat suspen...farah da ok ke kjee??semoga farah boleh sehat....
ReplyDeleteFarah semakin beransur pulih. Malam tadi dah call ayah dia. pagi ni belum. jap lagi.
ReplyDeleteAs'salam kak Gee
ReplyDeletetersenyum ct baca skrip pendek kak Gee ni..hehehe. pernah juga kena tahan polis waktu malam..kecut perut gak time tu, ingat salah langgar lampu merah...bila bukak cermin kereta. "Bang..lampu kereta kenapa tak hidupkan.." Ohh..maaf tak perasan kata Hubby..sengeh jer lepas tu terus berlalu..hehehe
kadang2 tak perasankan Kak Gee..pengelaman tu:)
hehehe ... lawak sungguh citer kak jee nih .. hehehe ..
ReplyDeletemoralnya..masih ada lagi anggota polis yg bertimbang rasa..so berfikir tu..selalu laa positif jangan terlalu negatif terhadap anggota..polis..walupupun mereka menjalankan tugas namun dihati mereka masih ada nilai murni...
ReplyDeleteSetuju sangat2!!! Kita dah buat salah, kenapa harus mereka disalahkan yer? tabik springggg untuk semua anggota polis!!
ReplyDeletecomelnyer lar....he he he...- betty sham
ReplyDeleteadoii..kjee mcm kita laa..selalu lupe to FASTEN YR SEATBELT PLEASE :))
ReplyDeletehehehehe.. asben kita pun kalau kena tahan polis suka buat drama. byk kali gak terlepas
ReplyDeleteCite ni ada sambungan lagi tak KJee?? Hikhikhik ~ nudra ~
ReplyDeletesalam kak jee - mala singgah bawa tart nyonya
ReplyDeletehttp://alamroon.blogspot.com/2012/01/tart-nenas-nyonya.html
Salam kak jee..tu lah, niat kita untuk kebaikkan, selalunya akan dipermudahkan juga..syukur alhamdulillah....
ReplyDeletehaha...moral of the story; jgn lupa pakai tali pinggang ye kak jee ;-)
ReplyDeletehilang penat baca skrip drama kkjee.. hehehe..
ReplyDeleteKak Jee, dalam membantu orang untuk pulih dari penyakit jangan lupa membantu diri sendiri dengan memakai tali pinggang. mencegah lebih baik dan lebih murah dari merawat.
ReplyDeleteNice script ;)
ReplyDeleteMacam drama tv pulak. :D
ReplyDeleteAlhamdulillah..terlepas kena saman...
ReplyDeleteAlhamdulillah, pernah juga melalui pngalamn ni sbb satu ksalahan lalu-lintas & dilepaskan, lepas tu serik. Kak Jee, jgn buat lagi tau, hihi
ReplyDeletehuh,k.jee,klu betiu2 kene "surat Chenta"dari abg trafik tu,kompom trebang 6gatos wehh...bley bli trans factor tuuu...alhamdulillah,xkne saman...hehehe..errkk...
ReplyDelete