Monday, January 2, 2012

ALFATIHAH...NEGARA KEHILANGAN ANAK MELAYU YANG GENIUS

Bekas Presiden Bursa Malaysia Meninggal Dunia
Datuk Mohd Salleh Abdul Majid
PETALING JAYA: Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia), Datuk Mohd Salleh Abdul Majid, 62, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 10.20 pagi Isnin akibat barah.
Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke HKL akibat sakit buah pinggang dan kanser rektum.
Beliau dimasukkan semula ke HKL Rabu lalu selepas keadaannya kritikal akibat penyakit kanser yang disahkan doktor pada tahap empat.
Menurut anggota keluarga, jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumah ibunya di Lot 1055, Jalan Haji Mokhtar, Kampung Pasir, Hulu Kelang, dan dijangka dikebumikan selepas solat Asar.
Mohd Salleh menjadi Presiden BSKL selama 19 tahun dari 1984 sehingga 2003. - mStar

7 comments:

  1. takziah...semoga rohnya dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  2. al-fatihah.. tengok berita siang tadi..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kakjee...al-fatihah buat Datuk Mohd Salleh Abdul Majid...


    p/s sentiasa ingat akan wajah beliau sbb hubby dulu bekerja di BSKL...:(

    ReplyDelete
  4. Al fatihah....tumpang sedih..semoga keluarga Allahyarham tabah..

    ReplyDelete
  5. Al-fatihah....selalu dengar suara Datuk Salleh masa keje dulu .Dia keuar dalam radio KL.Suka sangat buah fikirannya..

    ReplyDelete
  6. Al-Fatihah, takziah utk keluarga Allahyarham

    ReplyDelete
  7. Al-fatihah...bru seminggu anaknya kawen...Allah lebih menyayanginya....(anaknya kawen dgn cousin dil..)

    ReplyDelete