Tuesday, January 31, 2012

APAKAH KITA AKAN MENJADI INSAN TERPILIH ALLAH SWT?

m


31 Januari 2012. Hari ini dah 31 hari kita berada dalam tahun 2012. Esok masuk bulan Februari. Pantasnya masa berlalu. 10 hari lagi my princess dah 24 tahun. Maknanya? Well, maksudnya,  mamanya sudah semakin tua. Dah semakin senja.






Semakin tua, kita seharusnya semakin insaf dan peka. Sejak Kjee terbabit dengan insan2 yang sakit hampir 4 bulan lalu, hari2 Kjee semakin dekat dengan Allah swt. Dia beri kita pelbagai signal atau isyarat yang kita sudah hampir kembali kepadaNya. Kita hanya dipinjamkan untuk menikmati segala keindahan di dunia ini,  seketika sahaja.

Tadi, Kjee tulis di FB mengenai betapa hancurnya hati Kjee 4 tahun lalu apabila adik bongsu Kjee (Arwah Fazilah) call dari Universiti Hospital dengan berita dia disahkan mengidap kanser payudara. Dunia Kjee gelap. Selama ini, Kjee berharap seandainya Kjee sudah tiada di dunia ini, Nadia hendak Kjee amanahkan kepadanya.

Tidak mahu membuat Ila (panggilan mesra kami kepadanya), terus murung dengan penemuan itu, Kjee kuatkan semangat. Kjee beritahu dia betapa bertuahnya dia sebab dia antara insan terpilih untuk mengetahui masanya untuk kembali di sisi Allah swt sudah hampir.

Memang sukar bagi seorang insan yang sedang bertarung maut untuk menerima kata2 Kjee itu. It's easier said than done. Tetapi, sebagai seorang insan yang sudah melalui terlalu banyak ranjau dalam kehidupan, Kjee pasrah seandainya sudah ditentu nasib Kjee seperti arwah adik Kjee.

Kita menjadi lalai apabila kita tidak dapat isyarat dari Allah swt. Isyarat mendapat sakit yang belum tentu lagi  tempoh hidup, akan membuat kita redho dan pergiatkan ibadat dan amal jariah. Masa itulah kita rasa masa 24 jam yang Allah swt sudah tetapkan untk kita dalam sehari tidak mencukupi.

Teringat lagi kata2 arwah Ila bahawa dia mahu berbuat baik, memaafkan lebih banyak insan yang telah melukainya, menyakitkan hatinya atau melakukan apa sahaja yang tidak dapat diterimanya selama hidupnya. Malah, Ila yang selama ini tidak pernah lalai melakukan segala tuntutan wajib sebagai seorang insan Muslim, mempergiatkan lagi amal ibadat dan amal jariah.

Tetapi Allah swt lebih menyayanginya. Kini sudah 7 bulan kami ditinggalkannya. Al Fatihah.

Arwah (kanan) bersama anak2 ketika melakukan Umrah terakhirnya


Kerana Kjee tidak dapat bersama2nya selama empat tahun dia bertarung dengan kematian, Kjee kini begitu peka dengan insan2 sekeliling Kjee yang mengidap  penyakit yang sama. 

Tidak pernah Kjee sangka, setiap hari, Kjee akan ditemukan dengan seorang insan yang mengidap kanser. Tiap kali Kjee mendapat panggilan dari mereka atau keluarga mereka, hati Kjee hancur. Dalam pada itu, Kjee juga menarik nafas lega betapa beruntungnya insan2 ini kerana telah mendapat isyarat dari Allah swt.

Bukan senang untuk menerima isyarat itu. Hanya mereka yang terpilih sahaja yang mendapat hidayah sperti itu. 

Bagaimanapun, bukan semua yang telah menerima isyarat ini dapat terus kembali di sisiNya. Ada yang (tak tahulah Kjee nak kata bertuah atau tidak), tiba2 diberi satu kejutan apabila menerima isyarat itu. Allah swt belum mahu membawanya kembali ke sisiNya. Lantas dihantarnya penawar untuk mematikan swis isyarat itu.

Ramai yang bertuah mendapat swis itu. Walaupun sudah diambang maut, namun tiada kuasa yang lebih besar dari kuasa Allah swt. Misalnya, doktor yang merawat arwah adik Kjee beri tempoh 6 bulan dari tarikh dia dikesan kena kanser untuk hidup. Tetapi dia berjaya hidup selama 4 tahun!

Sahabat Kjee, Dato Hafifi Hafidz yang mengidap kanser hidung tahap 4, sudah direject doktor dan disuruh pulang sediakan wasiat, tujuh tahun lalu. Dan kalau mahu contoh yang lebih dekat, Kjee juga sudah diberitahu oleh doktor perubatan moden yang sukar bagi Kjee berjalan semula kalau tidak dibedah kepala lutut dan diganti dengan besi.

Jadi, setiap kali Kjee jumpa insan2 yang sudah give up apabila mengetahui mereka mengidap penyakit kronik, Kjee selalu beritahu mereka bahawa mereka patut bersyukur kerana menjadi insan terpilih. Ada yang terima kata2 Kjee dengan penuh kesyukuran. Dan Kjee tahu ada yang kecewa tetapi tidak ditunjukkan.

Kalau kita sentiasa menunggu masa untuk menjadi insan terpilih, kita akan dapat menerima apa sahaja dugaan yang mendatang. Bagaimanapun, setiap penyakit ada penawar, kecuali sudah sampai ajal kita. Kalau kita pasarah dan redho, tidak mustahil keyakinan tinggi dalam diri kita mampu melawan segala jenis penyakit, Wallahualam.






12 comments:

  1. t/kasih atas peringatan kjee. Bersama2 lah kita dekatkan diri kepadaNya..

    ReplyDelete
  2. tersentuh hati ini ...dalam kita harungi arus kehidupan d dunia ini 2 perkara nyata kita d jemput allah swt iaitu mati...bilatiba masanya sesaat pun tidak d lewatkan....satu lagi bila kita d jemput allah ke tanahsuci ingat walaubanyak mana duit kita kalu tidak d izinkan allah kita tidak akan jadi tetamunya bukan riak untuk mendabik dada nor sendiri tak menduga akan anugerah ini bila nor menjadi tetamu allah tersa diri ini kerdil sungguh masa mengajar kita erti sebenar kehidupan redha pada ketentuan nya terima seadanya rezeki dari allah ...

    ReplyDelete
  3. saya faham apa yang di perkatakan...saya telah kehilangan kedua ibu bapa 10 thn lepas (bukan sebab kanser). Orang tidak akan memahami sehinggah dia mengalaminya sendiri.
    - www.blogmakanbest.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Setiap sesuatu yang berlaku, ada hikmahnya ... Dalam duka ada suka, dalam sengsara ada bahagia. Allah Maha Pemurah, Pengasih dan Penyayang ..

    ReplyDelete
  5. Menjadi insan terpilih memerlukan kesabaran yang tinggi. Beruntungnya mereka yang terpilih itu, lalu ia menerima dan menjalani hidup dgn penuh sabar,ikhlas dan redha dengan qada' dan qadhar Allah terhadap dirinya...Saya berharap saya juga akan tabah jika suatu saat kelak diri ini terpilih menerima kafarah dari-Nya.

    Thanks kak jee atas entri sangat berkesan ini:)

    ReplyDelete
  6. nice n3..buat saya terfikir sejenak..tq..

    ReplyDelete
  7. Kak jee , sebenarnya insan yg remuk redam, patah2 hatinya akan lebih mendekati Allah s.w.t. Allah sgt mengasihi insan2 ini...

    ReplyDelete
  8. Assalam,

    Terima kasih akak.. Semoga kita semua dalam RahmatNYA.


    Gee

    ReplyDelete
  9. betul kak jee,x semua yg mendapat isyarat drNya kan..kita mmg slalu lalai,hanya bila ujian dtg bru kita ingatkan Dia...MashaAllah...

    ReplyDelete
  10. Semoga rasa keinsafan ini berada dekat selalu dengan diri kita kan k.Jee.. Bak lirik lagu "andai ku tahu, kapan tiba ajalku, andai ku tahu, ku mohon taubat pada Mu....aku takut akan semua dosa-dosakuuuuu...aku takut, Tuhan jangan Kau ambil nyawaku......" huhuuu...

    ReplyDelete