Friday, January 13, 2012

BENDE LAIN BOLEH BERALAH TAPI KALAU NAK KAHWIN, TAK PAYAHLAH KAN? HEHEHE




Pepagi Kjee dah garu2 kepala. Susah nak fikir jawapannya. Persoalan yang ini timbul apabila Kjee terbaca satu cerita, sepasang bakal pengantin batalkan niat mereka hendak bernikah pada sekian2 hari bulan kerana rakan mereka juga memilih tarikh tersebut untuk mendirikan rumahtangga.

Isyhhh pelik lah. Boleh ke macam itu? Oleh kerana korang dengar seorang rakan akan bernikah dan bersanding, korang sanggup batalkan dulu niat korang sebab nak bagi laluan. Entahlah kalau Kjee, tak kuasalah aku nak batal. Majlis aku. Apa kena mengena dengan majlis dia orang. 

Atau apakah kerana dia artis yang popularitinya agak kurang sikit daripada pasangan artis seorang lagi, maka terpaksa dia beralah takut majlis selebriti lagi satu tu 'overshadow; majlis dia.

Apa daaaa berkias2 pepagi ni kan? Eh sesekali bagilah kita tulis berbelit2 sikit bagi korang pening. Hehehe.

Ini kisah Awal Ashaari dan Scha Al Yahya sanggup tangguhkan majlis perkahwinan mereka sebab Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim juga telah memilih tarikh yang sama. Siap si Awal kontek Lisa tanya berapa banyak persiapan yang telah dibuat untuk persandingannya dengan Yusry.

Pastu, sanggup beri jalan kepada Lisa walhal semua sudah tahu Awal dan Scha lebih lama jadi couple daripada Lisa dan Yusry.


foto2 jumpa dalam google

"Mungkin kami akan memilih tarikh pada bulan Mei, Jun ataupun Julai," kata Awal kepada wartawan Murai.com. Mak oiii jauhnya lagi. Tak elok tangguh lama2 sangat. Nanti takut apa yang dirancang tak jadi. Oppsss tak elok kan Kjee cakap macam tu.

Apapun, sebagai orang tua, Kjee ada sikit nasihat kepada Awal. Perkara yang baik harus dipercepatkan. Tak payah cari alasan2 yang tak konkrit untuk menangguhnya. Kan orang tua2 dah kata...dalam percintaan banyak dugaan. Darah tengah manis. Setan gondol suka insan2 yang sedang melalui zaman percintaan. Digoda dan diusher dengan pelbagai cara untuk membuat pasangan itu 'kantoi'.

Jadi seelok2nya, dipercepatkanlah bab2 nikah kahwin ini supaya anak2 Adam terselamat. Teringat lagu ni tau Awal..."Jangan tunggu Lama2, Nanti Lama2 Dia Dikebas Orang..."




11 comments:

  1. Hahahaha. Setuju dgn akak. Kalau sue pun buat apa nak bg laluan pd org lain kan. Baik jalankan part kita ja dulu. Apa2 pun mesti ada sbb sebenar tu knpa jd mcm tu kot. Heeeee

    ReplyDelete
  2. setuju kak gee.. hehehe..tapi ada betul gak apa akak ckp pasal overshadow tu..

    ReplyDelete
  3. Betul tu kak, benda baik elok awalkan. Buat apa nk tangguh2. Semoga jodoh mereka hingga akhirhayat hendakNya.


    Kjee, terima kasih jadi penyumbang traffic kat blog saya.


    http://secretwordfromheart.blogspot.com/2012/01/terima-kasih-dari-dapur-kjee.html

    ReplyDelete
  4. cik Kamoo, you scratch my back, I scratch yours hehehe

    ReplyDelete
  5. Kjee, apa2pun, I can only say this...Jangan tak jadi..sudah...

    ReplyDelete
  6. Saya sokong....

    Mana yg patut didahulu eloklah didahulukan...

    ReplyDelete
  7. betul kata kak jee tu tp jgn smpi x jd sdh laa.. nti sedih lak.

    ReplyDelete
  8. tk gemor dgn kapel ni masa heboh2 pasal fahrin n scha... bukan sbb sokong fahrin ker tidak... tp tgk mulut si awal ni bleh tahan gak ngalahkan fonfuan. Biasanya lelaki tk kepoh nak tanya belanja kawin org. lagi pun dia nak lawan yusri n lisa ker?

    ReplyDelete
  9. To Awal & Scha, klu boleh cepat..cepatkanla..jgn tunggu lama2..hehehe

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete