Kailan Oyster Sauce |
Malam tadi, lepas Isyak, kami tiga beranak ke sana. Terkejut jugak tengok deretan kedai2 yang mewah2. Terfikir dalam hati, Platinum Terrasse ni mesti menghidangkan makanan Thai ala fine dining. Memang Kjee tak silap. Ruang dalam restoran luas dan selesa. Satu setengah tingkat dan boleh muat 250 orang. Memang sesuai sangat untuk menjamu selera bersama keluarga atau untuk private function pejabat atau keluarga.
Ketibaan kami disambut Eja, CP dan Encik Zaidi, pengurus Platinum Terrasse. Mata Kjee liar memandang sekeliling restoran yang warnanya sesuai dengan citarasa Kjee.
Sebaik sahaja dukuk, Encik Zaidi cadangkan Kjee rasa Terrasse Mint Splash. Nadia pilih yang sama sementara Unclepali cuba Freezy Bandung yang kata Unclepali saling tak tumpah macam sirap bandung Johor. Kami juga disuruh mencuba segelas Strawberry Splash. Cantik gelasnya, sedap airnya.
Sizzling Beef |
Setelah mencuba dua jenis tomyam yang sedap, kami dihidangkan pula nasi putih bersama lauk pauk seperti Chicken Cashewnuts, Kailan Dan Cendawan dalam oyster sauce, Sizzling Beef, Siakap Tiga Rasa, Kerabu Mangga, Kwayteow Ladna dan Nasi Goreng Thai.
Siakap 3 Rasa |
Selalunya, kalau kita order Kailan Goreng, yang menjadi pilihan ialah Kailan Ikan masin. Tetapi Platinum Terrasse mempunyai resipi kailan gorengnya yang tersendiri. Sizzling Beef yang dihidangkan juga sedap cuma dagingnya agak liat sedikit.
Kerabu Mangga |
Akhir sekali, dessert kami ialah goreng pisang special Platinum Terrasse iaitu gorang pisang dicurah keju dan juga sirap gula merah. Hmmm sedap dan unik sekali.
Chef Azran yang menjadi tunggak restoran ini, adalah bekas chef di restoran Barn Thai yang cukup popular di Pulau Langkawi. Walaupun restoran ini boleh dikategorikan sebagai restoran fine dining, tetapi harganya amat berpatutan. Setiap hidangannya bermula dari RM15.
Kalau ingin menjamu selera di Platinum Terrasse, alamatnya Lot G46, PV 128, Jalan Genting Kelang, Setapak. 03-41317128. Untuk tempahan boleh call Pengurusnya, Encik Zaidi Derahman. Ia dibuka setiap ahri dari jam 11 tengah hari hingga 12 malam.
Komen Kjee...sedap dan tak malu kalau bawak sedara mara dan sahabat handai menjamu di sini.
Komen Kjee...sedap dan tak malu kalau bawak sedara mara dan sahabat handai menjamu di sini.
Kalau kat JB, mlm ni jugak sy pergi :-(
ReplyDeleteLapar plak bila tengok pic makanan yang sedap2 nie.. sekarang ni ada anak kecik so susah sket nak makan2 di luar... kalau berkesempatan insyaallah ataicha akan singgah ke sini..
ReplyDeleteharga mahal kalau rasa sedap memang berbaloi...tengok memang sedap....
ReplyDeleteNk try, nk try!! Dkat sgt dh nie :)
ReplyDeletenak try laa...bawah opis je ni...hehehe.....
ReplyDelete