Sunday, January 1, 2012

JUMPA LAGI KENALAN ALAM MAYA DARI DUBAI


Pagi tadi, Kjee dan Unclepali seperti biasa singgah di Restoran Thurka, Taman Melawati untuk sarapan. Sebaik sahaja Kjee mengelamun menunggu makanan sampai, masuk seorang wanita manis sambil senyum pandang Kjee.

Kjee balas senyuman dan tetiba dia datang rapat dan beritahu, namanya Linda dan dia silent reader blog dari Dubai. Sekarang balik bercuti sempena cuti sekolah anak2nya.

"Seronok sangat saya baca blog Kjee. Banyak saya pelajari daripada pengalaman Kjee," katanya sambil genggam erat tangan Kjee.

Terharu Kjee. Terima kasih Linda sebab sudi tegur Kjee. Lepas ini, usahlah lagi jadi silent reader yer. Semakin bertambah kenalan Kjee yang tinggal nun jauh di negara2 Arab. Ada Hamimah dari Kuwait dan Lina dari Doha. Syukur Alhamdullilah ada blog dapat eratkan silaturrahim antara kengkawan lama dan baru.

Linda akan kembali ke Dubai mengikut suaminya yang bertugas di sana.  




Linda, suaminya duduk berdepan dengannya, dua anak2nya dan keluarga suaminya

3 comments:

  1. Salam..Kak Gee..
    Alamak malunya kak gee.hihihi..tapi linda mmg suka sangat baca blog kak gee.alhamdulilah ada jugak rezeki jumpa kak gee.harap harap ada peluang lagi berjumpa ya..terima kasih ya sbb bagi acuan kuih jala tu..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Kak Gee.

    Alhamdulilah ada jugak rezeki saya berjumpa kat gee..mmg saya selalu baca blog kak gee.alamak malu pulak ada gambar siap suami saya letak kat fb lagi..insyaAllah ada rezeki nanti kita berjumpa lagi ya..terima kasih jugak sbb bagi acuan roti jala..nanti bolehlah linda belajar buat kat sana..

    ReplyDelete
  3. Add Kjee di FB, Fauziah Abd Samad. boleh kita sembang2 bila awak dah balik sana yer. :)

    ReplyDelete