Farah Ashikin - ehsan google |
Internet memang medium tanpa sempadan. Apapun boleh disebarkan. TETAPI setiap kita harus bertanggungjawab keatas apa yang kita sebarkan. Bagi Kjee gambar itu adalah gambar peribadi. Walau ada insan nakal yang menyebarkannya dengan tujuan yang kita tidak ketahui, tetapi individu yang terbabit boleh mengambil tindakan.
Gambar itu, pada Kjee, tidak serupa dengan gambar Leina Hangat yang panas, baru2 ini. Kalau gambar Farah Ashikin yang didakwanya sebagai simpanan peribadi, iaitu hanya untuk tontonan dia dan pasangannya tetapi senario Leina Hangat berlainan. Ia diambil dalam satu majlis terbuka yang dihadiri lebih 1,000 orang.
Ini bermakna, setiap tetamu yang hadir, kemungkinan ada gambar tersebut. Dan Leina pasti sedar implikasi perbuatannya. Memang pernah berlaku di banyak majlis lain yang membabitkan artis, dimana gambar2 seperti itu tersebar.
Berbalik kepada gambar Farah Ashikin, Kjee membuat keputusan sendiri tidak mahu menyiarkannya tanpa memikir panjang. Dan memang Kjee rasa nasib Kjee baik apabila hari ini, dalam Panca Indera, akhbar sisipan Mingguan Malaysia, Farah terang2 mengakui gambar itu gambar peribadinya. Dan beliau akan meminta peguammnya untuk mengkaji samada tindakan boleh diambil ketas blog2 hiburan yang menyiarkannya.
Hattan dan Farah di saat bahagia - ehsan google |
Tadi Kjee intai satu blog hiburan yang pertama menyiarkan gambar tersebut. Gambar dan cerita mengenai gambar itu masih ada. Mungkin pemilik blog itu tidak perasan akan tindakan yang akan diambil oleh Farah Ashikin.
Apapun, perlu Kjee ingatkan bahawa walaupun ramai blogger hiburan beranggapan bahawa blog mereka hak mereka tetapi sebenar2nya, kita kena juga tapis apa yang kita lakukan supaya tidak mendatangkan keburukkan seperti disaman dan sebagainya.
Sepanjang lebih 30 tahun Kjee membabitkan diri dalam bidang kewartawan (hiburan), hanya sekali Kjee kena saman. Tak tahulah samada korang perasan kisah seorang artis veteran saman Kjee kerana merasakan apa yang Kjee tulis mengenai seorang artis yang aktif sebagai 'ibu ayam' atau mummy, adalah dirinya.
Dia menyaman Kjee sebanyak RM30,000 kira-kira 24 tahun lalu iaitu ketika Kjee sarat mengandungkan Nadia. Beberapa bulan selepas itu, dia menarik balik samannya dan berdamai dengan Kjee. Malah hingga kini artis itu cukup baik dengan Kjee.
So Kjee boleh anggaplah bab2 sensitif seperti gambar Farah Ashikin akan Kjee elakkan ketika Kjee menulis. Kalau korang baca story Hattan yang Kjee tulis (lihat sini) lebih bersifat kekecewaan Kjee terhadap musibah yang melanda Hattan. Begitu jugak di sini dan sini.
Kjee tidak langsung menganggap gambar itu sebagai sesuatu yang eksklusif. Kjee sebenarnya boleh siarkan gambar itu sebaik sahaja Kjee terima sebab Kjee hanya memerlukan masa sebanyak 5 hingga 10 minit sahaja untuk menyiapkan satu entry.
So kalau selama ini ada insan2 yang memang sentiasa menunggu untuk godam Kjee tiap kali Kjee tulis pasal artis, ingatlah bahawa Kjee bertanggungjawab diatas segala apa yang Kjee tulis. Kjee tidak akan padam sebarang emel atau mesj yang Kjee terima. Ini akan menjadi bukti dari mana sumber Kjee.
(Tetapi perlu jugak diingat, ketika Kjee menjalani kursus kewartawanan dulu, Kjee belajar bahawa seorang wartawan berhak TIDAK MENDEDAHKAN sumber (orang) yang memberinya berita itu walau dalam apa keadaan sekali pun. Kalau berita itu sensitif, wartawan itu hanya boleh berkongsi maklumat dari mana dia memperolehi berita itu dengan pengarangnya (editor). Dan seandainya pengarangnya berani mengeluarkan cerita itu, maka wartawan berkenaan sudah dianggap terlepas dari sebarang implikasi yang membabitkan undang2.)
Kadang2 orang tidak lagi sensitif tentang perasaan dan kesan tindakan mereka pada orang lain.Semua berlumba2 menyiarkan apa yang mereka rasa betul.Semoga penulis2 blog yang lain sedar akan implikasi tindakan mereka yang boleh menjatuhkan maruah orang lain.Kalau dah kena saman,sapa yang susah?
ReplyDeleteKita cukup takut nak sebarkan hal-hal orang tau Kjee. Ye lah, manalah tahu kot apa yang disebarkan tu tak betul.. dahlah jadi macam fitnah. Ish naudzubillah. Nowadays kita pun dah stop forward forward emails sebab kita tak pasti akan kesahihannya. Rather than I jumped into hot water, baiklah I dok diam diam tepi hot spring... hehehehe....
ReplyDeleteVery true MF!
ReplyDeletehurmm....tatau nak komen apa aaiihhh...speechless la kak jee
ReplyDeletekalau gambar intim tu diambil before dia kenal hattan, tu hak dia..tapi kalau selepas jadi isteri hattan, tu kira tak elok laa kan.. anyway anyhow kesian lah kat dia, dia bukan artis, kenapa nak jatuhkan dia mcm tu yer..walhal dalam dunia ni byk lagi perkara yang lebih teruk dari itu berlaku pada semua orang...for me lah kan, leave her alone laah..
ReplyDeleteXberani jugak..dan dosa kan bukak aib orgkan k.gee....saya pun cuba cerita bnda yg baik2 je dlm blog saya..ei psl artis kawen ke..yg gosip2 pns xberani..
ReplyDeletekalau saya.saya xkan sebar gosip walaupun nampak. beoz dlm blog saya xder gosip ttg org ..
ReplyDeleteSaya sangat setuju. Penulis blog harus beretika dalam menjana sesuatu artikel. Kita harus faham mengenai hak-hak orang lain. Jangan dicerobohi hak orang lain kerana itu akan memakan diri. Apatah lagi dalam dunia yang mana saman-menyaman umpama mainan. Jadi jangan dijolok sarang tebuan. Kadang-kadang sedih tengok sikap segelintir blog yang sanggup berkongsi apa sahaja termasuklah yang bukan hak dan milik mereka demi mendapat kunjungan pembaca yang tinggi. Hingga berleluasa perkongsian MP3 dan movies di blog-blog tempatan. Secara tidak langsung, itu menyumbang kepada aktiviti cetak rompak (haram kan :)). Selain itu, kita juga kena ingat bahawa yang benar itu mengata/ mengumpat dan yang palsu itu fitnah. Tepuk kepala tanya akal. 'Aman tanpa peperangan" :)
ReplyDeleteTabik untuk Kjee yang "maintain principle" kewartawanan yang baik....
ReplyDelete