Ini kisah dulu. Ramai orang Melayu/Islam kan? |
Ini gerai Kluang Coffee yang asal |
Bukan sekali ni Nadia ajak kengkawannya berkenalan dengan Kjee dan Unclepali. Selalunya kami keluar makan bersama2. Bagus jugak kalau kita kenal kawan2 anak kita kan?
Roti bakar yang femes di sana |
Well, Saiful ni anak yatim piatu dan berasal dari Kluang, Johor. Muda setahun dari Nadia dan bukan centa hati Nadia. tapi kata Nadia, Saiful ni baik sangat2. Memang betul kata Nadia. Budaknya lawak. Anyway, lupa lak tadi nak ambil gambar Saiful masa kami makan di restoran Dulang, Kpg Baru.
Oleh kerana Saiful orang Kluang, perkara pertama yang terlintas di kepala Kjee ialah pasal Kluang Station. Bukan railway station yang dah tua tu tapi Kluang Station Coffee yang terkenal seantero Malaya. Kjee pernah singgah minum di sana beberapa tahun lalu ketika ke Kluang jumpa kawan.
Kalau tanya Kjee sedap ke tidak, Kjee kata biasa2 jer. Cerita jer gempak. Rasa tak segempak. Bagaimanapun, mesti orang Kluang tak suka Kjee kata macam itu sebab restoran itu adalah mercu tanda bandar Kluang.
TETAPI (hehehe cliche betul) Saiful kata restoran Kluang Station Coffee tu sekarang dah lengang. Dah tak ada langsung pengunjung orang Melayu di sana. Hah? Kenapa?
"Aunty tak dengar ke cerita pasal Jabatan Agama Islam Johor ada jumpa bukti makanan di situ tak halal? Hah sejak itu, walaupun selepas mereka samak dan melakukan pelbagai usaha menjadikan tempat itu 'halal', orang Islam dah tak percaya dah," kata Saiful bersungguh2.
Oh ya ker? Aduhhh. Kjee pun pernahlah jugak singgah sana dan makan serta minum. Rupa2nya Kjee salah seorang mangsa. Habis nak buat camner. Redho jer lah.
Gambar2 yang Kjee tayang kat sini, Kjee google. Kalau korang nampak ada wajah orang Melayu/Islam, abaikan jer. Itu gambar lama.
penah jgk dngr psl ni...tp xpnh lg rasa mknn kt situ...
ReplyDeletesetau saya kopi dia je yg tk halal aritu psl guna butter golden churn ..tk dgr plak ttg mknan dia yg tk halal.... tp kopi dia ttp yg paling sedap dulu2 psl tk halal kot... tp kalau nk ikut kopitiam mana yg bole confirm halal betul2... takde satu pn yg jakim approve...old town ada org islam jumpa kaki katak dlm kuew teow goreng dia...pappa rich pulak dh tentu2 guna ayam tk sembelih... tu psl la org2 islam zmn sekrg perangai tak semenggah byk sgt mkn bende haram dlm sedar tk sedar...
ReplyDeleteSaya setuju dengan comment anonymous (10/1). Banyak yg halal dikatakan tak sedap. Serupa gak mcm kes ikea dulu. Ramai yg kata meatball dia dah tak sesedap dulu.
ReplyDeletekak jee... steam bun dia sedap sgt2! makan 3-4 kali menambah. hehe
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteKak Gee..La nie Kedai Kopi tu mmg dh lenggang..Dulu sales diorang lbh dr 5k satu hari..La nie sejak kes DNA Babi dalam serbuk kopi + dh kena saman..Terus jatuh merundum dh..Hmm..Dh berapa lama dh diorang menipu..
kak jee... elly orang kluang.. membesar dengan makan dan minum kat railway tu.... bukan la selalu sangat pon.. tapi bila ada kesempatan elly akan pergi... tapi bila pengesahan tak halal jakim dah keluar... terus tak pergi... walau dier kater dah pengurusan baru dan dah di samak sepenuhnya.... hati kami sekeluarga masih terluka.... buat pengetahuan kak jee pemilik dier memang adik beradik kaum cha .. tapi yang menguruskan cawangan railway masa tu ialah salah seorang adik beradik yang telah memeluk islam dan kahwin dengan wanita melayu islam.... dan anak dier jugak pernah menjadi student elly ..
ReplyDeletek jee..sy pun salah sorang mangsa..kluang hometown hubby so kalau balik sure singgah..suke sgt roti steam dia yang lembut dan kaya dia yang lazat berkrim..hehe..katanya kopi dia de DNA baa aliff baa yaaa...adoiii...patut la susah nak mengaji quran dan doa susah makbul..astagfirullahalazim....
ReplyDeletehati masih terluka..... tak tau bila sembuh
ReplyDeletepertama kali saya tengok kedai ni dalam di tv3, dalam rancangan MAJALAH 3. Sejak itu, saya simpan ' niat' satu hari nak ke sana lihat dengan mata sendiri keadaan kedai yang unik ini. ALhamdulillah .. niat dimakbulkan. Hujung tahun 2010, saya ke sana.' Ambience' kedainya amat menarik. Klasik dan unik. Kopinya biasa je. Tup-tup .. thn lepas kuar citer kata kopinya tak halal. Aduhhhhhhh ... benda haram dah masuk ke perut saya !! sedih, marah, kecewa, marah, hairan macam mana boleh terjadi begitu .. semua ada. Saya difahamkan, bukan salah tuan kedai. Salah pembekal kopi .. kerana mengadun kopinya dengan butter Golden Churn yang dikatakan Haram. Tuan kedai mana tahu .. ( salah siapa GOLDEN CHURN lambat dikesan bahan haram ?? ) dan sudah berapa lama orang kita guna butter tu dalam kueh muehnya. So .. saya rasa tak adil kita menyalahkan tuan kedai ( kalau betul dia tak tahu butter tu HARAM ). dia pun terkena ! Apa pun sebenarnya kita sebagai uamt ISLAM perlu sentiasa peka dan jangan ambil mudah bab-bab makanan halal dan haram ni. Sentiasa beringat dan simpanlah juga rasa was-was setiap kali kita ke kedai/ restoran yang pengusahanya bukan Islam. sha ...
ReplyDelete