Ajai dan isteri tercinta Liza - ehsan google |
Dan ketika Kjee ke sana minggu lepas, adalah Kjee bayangkan dalam facebook seorang komposer popular dan rakan2nya yang masuk ke restoran itu ketika Kjee dan keluarga dah separuh jalan menikmati makanan kami. Tetapi komposer itu tidak perasan Kjee sebab sibuk sangat berbual mesra dengan teman2nya.
Yang tak seronok apabila Nadia kata, Mama..itu kan Ajai tapi kenapa pimpin tangan masuk restoran bersama seorang gadis muda yang cukup cun. Tapi mereka bukan berdua tetapi ada empat ada lima gadis lain. Apabila duduk makan, tangan gadis itu diletakkan atas peha Ajai.
Kjee bagitau Nadia, mungkin tangan gadis tu lenguh kot atau meja penuh makanan jadi tak ada tempat lain nak landing tangan dia. Hehehe. Mujurlah kami sudah habis makan. Terus Kjee jalan laju (laju? hehehe tapi mata sempat kerling lagi) ke kereta yang dipark cukup hampir. Dari dalam kereta, mata Kjee masih jeling kearah meja Ajai dan rakan2. Confirmlah perempuan itu bukan Liza, isteri Ajai.
Nasib baik Ajai tak nampak Kjee. Maklumlah, takut malu pulak dia kan? Lagipun Kjee tak tahulah Ajai masih kenal Kjee sebab dah lebih 10 tahun kot tak jumpa. Kjee last jumpa dia di rumah dia ketika dia masih berkahwin dengan Nurul.
Anyway, bukan itu yang Kjee nak story pagi ni. Cuma Kjee senyum sendirian apabila baca kisah ini dalam mStar Online. Korang baca sendirilah yer.
ehsan google |
KUALA LUMPUR: Komposer terkenal, Mohd Faizal Maas atau Ajai menganggap, penyebaran foto yang membabitkan dirinya dengan mana-mana wanita bukanlah satu perkara yang memerlukan dia untuk melatah.
Ujar Ajai, dia merasakan gambar tersebut tidak menggambarkan perlakuan negatifnya ataupun dapat menjatuhkan reputasinya sebagai seorang komposer.
"Sebenarnya saya pun tak tengok lagi foto tersebut. Kawan-kawan saya yang bagi tahu. Tapi berdasarkan kontroversi-kontroversi saya yang lebih kurang sama isunya dahulu, saya berpendapat, ia tidak menjejaskan karier atau menunjukkan sisi buruk tentang saya,” katanya yang ditemui pada pelancaran single lagu pertama artis baru naungan Wake The Baby, Alvin Anthon di Red Box, Sogo, di sini, Selasa.
Ajai diminta mengulas laporan sebuah akhbar Ahad lalu yang melaporkan perihal penyebaran foto seorang komposer dengan wanita yang tidak dikenali.
Mengiakan lelaki pada foto berkenaan adalah dirinya, Ajai berkata tiada sebab untuk dia melenting tentang hal remeh itu.
Tambah Ajai, dia hanya akan bergambar dengan wanita yang dianggap rapat dengannya sahaja memandangkan dia mempunyai ramai kenalan.
"Saya faham, diri ini kepunyaan masyarakat dan saya tidak menyalahkan sesiapa pun tentang hal ini.
"Ia sedikit pun tidak mengganggu kerjaya, diri dan keluarga saya. Tanyalah isteri saya (Liza Ilias) dia pun faham dengan kontroversi seperti ini dan tak hairan pun.
"Lainlah kalau foto itu menunjukkan saya bercium dan berbogel ataupun kena tangkap khalwat. Tapi ia sekadar foto biasa sahaja," selorohnya.
Sementara itu Liza pula berkata dia belum melihat foto tersebut tetapi tidak kisah jika ia diperkatakan umum kerana yakin suaminya bukan seperti yang digambarkan segelintir pihak.
"Saya tak kisah dengan penyebaran foto tersebut. Lagipun setakat ini Ajai tidak pernah tidak pulang ke rumah,” katanya.
alahhh takat letak tangan atas peha jer... apalah sangat...perlakuan bagi orang yang sudah biasa dgn hal2 sedemikian...bagi orang tak biasa, ooh mmm geee...
ReplyDeletebagi saya, apa hal pulak nak letak2 tangan atas peha suami orang ni??? tu dah kira sudahhh lebihhhh tuuu....
kalau pulang 2 atau 3 jam pun still pulang jugakkan??? tidak penah tidak pulang ke rumah bukan satu isu yang mengatakan suami tu baik ... no no no...
apa nak kisah liza oi, orang kata what goes around comes around kan???
nurul mungkin sedang ketawa bila baca entry ni...
kantoiiii !!! mesti de sbb nape nurul tarik diri kan k jee...huhuhu
ReplyDeletetakde angin takkan pokok bergoyang.bukan senang bila sudah berada dalam dunia artis..setiap gerak geri diperhati..kalau dah buat berani la tanggung..sian isterinya
ReplyDeletehmmmm.. letak tgn atas paha seorang lelaki yg bergelar
ReplyDeletesuami memang itu bukan secara kebetulan atau alasan..
ini kesempatan namanya terutama kpd isteri yg mempercayai
suami.. Takpelah... kita harapkan yg baik2 utk mreka berdua..
alah bisa,tegal biasa..dh liza bg lesen beso apa nk kisah kalau ada pmpuan dok atas peha ajai pn...liza lg arif ttg ajai..tp nk turn back tkde la plak u turn..nk wat cmno..tahan hati je la
ReplyDeleteOrg popular, ramai nak himpit. Jgn pula yg dihimpit ambil kesempatan, mentang2 bini kata ok.
ReplyDeletehaha...biasalah. maaflah nak komen jugak ni. dulu buat kat suami org, bila kena kat btg hidung sendiri pandai2lah eh :p . jadi banyak2lah bersabar selagi boleh sabaaar.
ReplyDeleteKarma......
ReplyDeletedunia artis..mmg macam tu...tak boleh nak komen apa2...tgk je la nnti...
ReplyDeletebuat Liza : what goes around comes around...
ReplyDeletepd saya kalau sang suami bole menduakn isteri so isteri baru tu jgn la konfiden sgt suami tu tak mentiga atau sampai menyepuluhkn (ada ke) awak .. kalau dh pernah ada sejarah tu kan...tk heran akan berulang walau suami tk hensem mana atau ketot saja... tp tk tau la pulak kalau pd liza buat la apa saja kat luar as long as u balik rumah regardless wht time pun LOL
net..gelak baca komen u
ReplyDeleteasal balik umah tak kisah la jam 5 pagi pun
alasan 'sibuk..so balik lambat'
emm donia donia
apalah motif mereka siarkan gambar ni...
ReplyDeletebetul ke dia buat..entahlah..
jgn sampai terima nsb mcm nurul sudahla ea..sherashi bershama...
ReplyDeleteHello En.ajai.....x kisah lah nak bergambar dgn sapa2 pon yg penting isteri kamu faham kamu dan jgn ambil kesempatan atas isteri kamu yg baik itu manusia ni ada hati dan perasaan mcm kamu jugak so jaga lah keharmonian rumahtangga jgn jadi pisang berbuah dua kali....saling hormat-menghormati jgn ego tinggi ke langit....amin
ReplyDelete