Tuesday, January 24, 2012

SUNGAI BULOH...HERE WE COME!

ehsan Google



Kalau dalam masa seminggu ni, Kjee tak update blog ni, koranglah janganlah kecewa. Kjee akan berrpindah ke rumah baru kami di Sungai Buloh, Khamis ini. Hari ini dan esok hari2 terakhir kami di Taman Melawati. 

Akhirnya, setelah lebih 30 tahun tinggal di kawasan Keramat, Kampung Kemensah,Taman Melawati serta kawasan2 yang sewaktu dengannya, Allah swt telah menetapkan yang Kjee akan di pindahkan ke lokasi baru di Sungai Buloh. Tidak pernah terlintas di benak fikiran Kjee bahawa satu hari nanti kami sekeluarga akan tinggal di sana.

Kita hanya mampu merancang sebenarnya. Apabila adik ipar Kjee, Haji Amir (suami arwah adik Kjee Prof Dr Fazilah) tanya samada Kjee mahu di relocate ke Sungai Buloh kira-kira empat bulan lalu, Kjee terpinga2. Sungai Buloh? Selepas itu kami ke sana untuk bertemu Amir, anak2nya Aimran, Aizran dan Aifran. Amirah, anak perempuan tunggal Haji Amir belajar di London.

Kjee, Unclepali dan Nadia terus jatuh cinta dengan rumah ala2 cottage ini. Ketika kami ke situ, rumah ini baru 90% siap. Pernah diduduki oleh satu famili kecil pekerja Haji Amir selama beberapa bulan. Justru, Kjee membuat sedikit penambahan seperti pasang grill, mengecat keseluruhan rumah, pasang kabinet dapur dan sebagainya.

Sebab itulah apabila ada yang tanya macam2 soalan seperti berapa harga Kjee beli rumah itu, beli dari  tangan orang ke dan sebagainya, Kjee tak tahu nak jawab. Kjee hanya kata rumah itu adalah anugerah dari Allah swt!

Tanah lot (tak tahu berapa ekar) ini pernah keluar Majalah Tiga. Di situ jugalah dulu Haji Amir membuat ladang itik nya. Tetapi kini sudah tiada lagi. Haji Amir juga khabarnya ada rancangan nak buat kediaman ala2 resort hujung minggu di tanah miliknya yang luas itu. 

So, kalau Kjee tak update blog, pepeham jer lah yer. Sungai Buloh...here we come!!!




10 comments:

  1. Tahniah kjee selamat berpindah.Semuga rumah baru akan membuat kehidupan kak jee dan keluarga lebih bahagia.

    ReplyDelete
  2. tahniahla kak jee,rezeki yang diberi tak disangka2...tuah datang bergolek,..murah rezeki akak....selamat berpindah....jangan lupa kami disini yang menanti entry terbaru tentang ohh my house.hehe

    ReplyDelete
  3. Selamat berpindah ke rumah baru Kjee.. =)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum K.Jee,
    Selamat menduduki rumah baru!

    ReplyDelete
  5. selamat datang dari kami warga sg.buloh...
    welcome...welcome...

    ReplyDelete
  6. salam Zamie. Terima Kasih terima Kasih Terima kasih!

    ReplyDelete
  7. Hi K. Jee! Moga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki K. Jee & keluarga lagi. Insya Allah.. Aminn.. Wahh!!! senang beli pokok bunga k. Jee .. hehehe.. btw, semua meow2 camana? ikut sekali ke? kesian kalau kena tinggal.. :(

    (zaph)

    ReplyDelete
  8. Selamat berpindah ke rumah baru!
    Tengok gambar kawasannya luas boleh bina taman-taman.

    ReplyDelete
  9. Selamat berpindah ke rumah baru, tengok gambar kawasannya cantik dan luas, nanti bolehlah bina taman-taman.

    ReplyDelete
  10. eerrmmmm ..... saya dah boleh agak lokasi umah KJ sekarang. Kalau betul le agakan saya, dulu laluan tu laluan saya nak ke shah alam .. ( jalan dalam ). Insha Allah esok nak gi tinjau-tinjau .. he he ... betul ke agakan saya. APapun TAHNIAH dan selamat BERPINDAH ke rumah baru. sha ...

    ReplyDelete