Beginilah sikit lebih kurang kereta Nadia. gambar pinjam album goolge. |
Setahun lalu Kjee telah meminjamkan kereta kancil Nadia kepada anak sedara Unclepali (perempuan). Kami mempunyai 3 biji kereta. Kjee merasakan membazir terpaksa membayar ansuran bulanan kepada dua biji kereta (kereta Wira sudah dibayar cash).
So Kancil itu, Kjee beri anak sedara Unclepali di Bentong untuk guna dan teruskan membayar ansuran bulanan sebanyak RM315. Kereta itu hadiah Kjee kepada Nadia ketika usia dia 18 tahun. Kereta brand new.
Berat Nadia hendak melepaskan kereta pertamanya itu. Dia belai kereta itu bagai adiknya sendiri. Tiap 5,000 kliometer, dihantar servis. Calar sikit dia hantar cat dan sebagainya. Walaupun kereta paling murah di Malaysia namun dia tetap membelainya dengan penuh kasih sayang sebab itu hadiah dari Mama. Dan tika itu, itu sahaja yang mampu dibelikan mama.
Kereta pun bertukar tangan. H, anak sedara Pali dan boyfriend dia N datang ambil kereta itu. Punya manis mulut H. Jangan susah, Mak Su. Saya akan bayar tiap2 bulan dan jaga dengan baik. Kjee pesan, selepas habis bayar, nanti boleh tukar nama sebab kereta itu dibeli atas nama sepupu Nadia (sebelah Kjee) sebab Kjee sukar hendak buat pinjaman bank sebab tiada kerja.
Fine. Kereta berusia 3 tahun itu sudah bertukar tangan. Dua bulan kemudian, Unclepali dapat call dari H yang pakwe dia terpaksa tukar enjin kereta sebab rosak. Kjee melenting! Enjin kereta usia 3 tahun rosak?!!! Kjee dah pakai berbelas biji kereta sampai ke usia ini. Siapa dia nak kelentong?!!
Unclepali macam biasa cool. Kjee malas nak bergaduh sebab itu anak sedara dia!! Beberapa bulan kemudian, ketika kami ramai2 pergi majlis perkahwinan anak kakak Unclepali, Kjee terserempak kancil itu yang dipandu pakwe H. Kereta itu compang camping sana sini dan bunyi macam motorbot! Rupa2nya enjin ditukar menjadi kereta lumba dan ekzos juga ditukar!
Kjee risau sangat2. Satu kerana kereta itu masih bawah nama anak sedara sebelah Kjee. Dan dua, kalau terjadi road block dan sebagainya, kalau polis cek chasis engine, siapa nak jawab. Anyway, Unclepali yang cool lagi suruh Kjee relax!
Hampir setahun berlalu. Tetiba satu pagi sepupu Kjee call. Dia tanya Kjee ada masalah kewangan ker? Kjee terkejut. Tak ada, kata Kjee. Kalau tak de, please bayar ansuran Kancil sebab sudah 3 bulan tertunggak! Jantung Kjee berhenti.. Dunia Kjee gelap. Malu tak sehingga!
Kjee call H. Dia pass pada pakwe dia. Kjee hilang akal. N, pakwe H janji akan bayar. Dua bulan senyap. Bulan ketiga Kjee dapat call lagi. Kereta dah 3 bulan tak bayar! Kjee histeria. Paksa Unclepali ambil balik kereta tu. Dan apabila kereta itu sampai ke tangan Unclepali, dia tak berani guna sebab kereta dalam keadaan cukup daif. N janji akan kembalikan kereta itu ke keadaan asal jika beri dia tempoh dua bulan. So Unclepali hantar kembali kereta itu kepadanya.
Dua bulan berlalu. Tiap minggu janji sekian2 hari siap, tak jugak siap. Akhirnya siap. Unclepali ambil kereta itu di Bentong. Kjee tengok kereta tu. Keadaan luarnya walaupun macam masa ia diserahkan dulu tetapi tak serupa. Kopak sana kopak sini. Tak apa, Kjee pujuk Nadia. Nanti kita cat semula, ya sayang.
Esok pagi kami ke kedai tayar tukar 4 biji tayar baru. Terkejut beruk Kjee apabila Cina tayar tu cakap kuat2 dua tayar depan tak cukup skru. Tiap tayar depan hanya dikat dengan dua skru bukan empat!! Kjee bagai nak pengsan! Unclepali bawak balik kereta itu dari Bentong lalu Karak Highway. Buatnya hujan atau Unclepali bawak laju dan tayarnya tercabut!!!
Unclepali masih cool walaupun Kjee menangis. Mungkin dia malu perbuatan anak sedaranya. Kjee mati2an kata kami sudah disabotaj!! Kemudian Kjee hantar kereta tu pergi servis walaupun Unclepali kata N sudah servis. Tapi Kjee tak percaya. Abang foreman kata kereta itu okay. Unclepali jeling pada Kjee.
Seminggu kemudian, Nadia guna kereta tu pergi Uni. Dia call Kjee. Perkataan pertamanya.."Mama jangan panik." Nafas Kjee terhenti. Enjin depan kereta meletup dua kali, katanya. Tapi dia berjaya bawa kereta itu pulang ke rumah. Esok repair dan rupa2nya gasket sudah pecah! Kopak Kjee RM400. Kjee sudah mula tawar hati nak bagi Nadia guna. Biarlah kami hantar dia ke Uni atau kawan dia datang jemput.
Pagi tadi, Nadia guna kereta itu sebab kena keluar pagi2 sebab ada exam. Kul 8 tadi, sejam selepas dia pergi, dia call Kjee. Dia kata dia akan kembali selepas exam dan mintak papa hantar dia semula ke Uni sebab air con kereta rosak!
Bayangkan betapa H dan N cuba sabotaj kami. Pertama nyawa Unclepali hampir2 melayang seandainya tayar kereta itu terkeluar sebab tidak cukup skru. Nadia jugak hampir maut sebab tiba2 gasket meletup. Dan hari ini aircon pulak buat hal. Apakah kereta yang dibelai dengan baik sepanjang 3 tahun dan pengguna tidak lasak, boleh rosak begitu teruk?
Kjee hanya mampu urut dada. Sumpah berbakul2. Tak selamat dunia akhirat wahai insan2 yang lakukan semua ini!!!! Kita bagi madu, dibalas dengan najis!!!
TETAPI SYUKUR ALHAMDULLILAH ALLAH SWT MASIH MENYAYANGI KAMI SEKELUARGA WALAUPUN MUNGKIN TUKANG SABOTAJ, HARI2 TUNGGU BERITA BURUK (KEMATIAN) DARI KL!!
sabar kak jee..semoga Allah permudahkan hidup kak jee lepas ni..doa org yg teraniaya selalu diperkenan Allah.amin..
ReplyDeletesalam kak jee,
ReplyDeletesakit hati baca entry ni..
bab kereta/motor ni mmg tak blh di bagi pinjam. adik bradik , tak adik bradik ... nak pakai kalau kena beli.
take care kak jee
masyaallah...
ReplyDeleteAlhmdulillah org2 kesayangan kjee dipelihara Allah.
dah macam tu punya buruk perangai, masih nak dijadikan sedara jugak ker? tu masih boyfriend/pakwe lagi kan? kalau dah jadi lakii...nauzubillah!
saya assume kalau lelaki tak pandai jaga barang, camner nak jaga bini...brg rosak ada alat ganti, bini rosak? eeeee....
sabarlah banyak2 kjee...doa org teraniaya tiada hijabnya...
Astagfirullahalazimmmm.. Eiiiii, geramnya dgn mnusia yg mcm ni. Nak suruh Kak Jee sabar pun rasanya dh byk dah Kak Jee sabar, kita BAKO jer!!!
ReplyDeletebab2 keta ni mmg susah sikit nk bg org pakai.. hubby dulu x bg sy sentuh langsung keta dia. sy kumpul duit beli keta sendiri. tp ngn kwn2 dia bg plak pinjam. last2, kwn2 la yg bnyk jahanamkan keta dia. bila dia membebel, sy diam jerr mls nk layan
ReplyDeletesabar ye kjee..
tak terkata..sib baik uncle pali selamat sampai ke rumah w,pun dgn keadaan tayar sebegitu.
ReplyDeleteuii..geram dgr...
ReplyDeletesabar ye kjee.susahkan orang yang tak kenang jasa baik orang ni. tapi yang penting uncle pali dan nadia selamat.
ReplyDeletehaishhhh geram geram geram.... ada ubi ada batas, sampai waktu, Allah balas...
ReplyDeletegiler ke apa???nsb baik unclepali xapa2....blh bwk maut tu klau dibuatnya tayar tetiba tercabut...ya Allah kakjee takut giler baca tadi...mmg keja giler ni...smoga kjee skuarga dilindungiNya...aminnnnnnnn
ReplyDeletekak jee... bio aje allah balas pada mereka yg sabotaj tu.. ada hikmah disebaliknyer.. moral of the stori ... hati2 walaupun ngan sedara sendiri..
ReplyDeletekadang2 sedara sendiri pun kita tak berapa nak percaya...
ReplyDeleteassalamualaikum kak je...
ReplyDeletebila bace entry kak jee yang ni, perkara sama gak berlaku kat saya kak jee...bezanya saya anak sedara beri pinjam pada bapak saudara (Adik my MIL)...kete gak jenis yg sama...kancil...situasi tetap sama ngan kak jee...ada gak 3 biji kete..bila ingat balik menangis saya kenangkan ada bapak sedara cam tu...time nak pinjam mulut manis kata bleh bayar n jaga...kite plak terlalu lembut hati sbb mengenagkan kesusahan dia yg nk gerak kemana²...paling saya sedih masa diorang laki bini call suruh ambil kete tu balik sbb katanya nak beli baru...siap ugut kami suami isteri ambil balik kete tu...subhanallah rupa kete tu x tau nk cakaplah kak jee...plak tu kete tu siap ngan smaan, ngan tunggakan yg jejak rm1500..mengenangkan dia lebih tua kami hormat walaupn berlaku gak pertengkaran...plak tu dah dekat raya...abis duit kami settlekan benda ni semua sampaikan raya x berbaju baru sampai MIL yg belikan baju raya..dapat gak belikan sehelai ajer utuk anak...sedih kak jee klu mengenagkan balik...klu nk citer kat cini mmg panjang....cuma kami x tau sampai bila bleh maafkan diorang...walanpn sering jumpa bila dia balik umah nenek, tap kami wat hal masing²...dia laki bini sampai kami balik, diorang masuk kami keluar...nk bercakap jauh sekali....sakit, koyak rabak, hancur hati kitaorang kak jee...relax² tap mmg macam nk meletup rasanya...
slm k jee...pngalaman yg hmpir sme tp xseteruk k jee. mama sya slalu pesan klo dgn adik bradik or sdare mare, "biarlah brgaduh d awl prbncangan (InsyaAllah blh selesai sblm sesi prbncangan itu hbs)drp brgaduh d kemudian hari..."
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak Jee... saya ni silent reader Kak Jee. Bila baca kisah yang dipaparkan ini, kesian kat Kak Jee. Namun ianya sudah terjadi, tapi kita wajar ambil iktibar daripada apa yang berlaku ni. The moral of the storey, kalau nak bagi kereta kat sape-sape la... tak kira adik beradik ke, pak saudara ke, mak saudara ke sepupu sepapat ke anak saudara ke.... janji nak sambung bayar apa yang perlu dibuat ialah potong nama siap-siap dulu... tak kiralah rugi ke ape..tak pe biar kita tanggung kos tu... dia pulak kena amabil roadtax dan insuran... tu lebih baik dan selamat..kira dah baguslah dia sambung bayar dan kita pun tak mintak diut muka kan.... sebab kalau tak dia tak de resposiblity pulak... macam cita Norismaliana di atas ni...
ReplyDeleteSaya pun pernah baut macam Kak Jee, nak jual kereta tu harganya sakit hati pulak.. pas tu bagi kat abang untuk sambung bayar dengan syarat tukar nama siap-siap.... kos semua saya tanggung....
Saya harap Kak Jee bersabar le dengan dugaan yang diberikan ni....syukurlah Uncle Pali dan Nadia selamat... itu yang penting...
Bagi yang menganyia tu... moga-moga akan mendapat balasan sewajarnya... tak tau diuntung
Sabor ya Kak Jee... moga rezeki Kak Jee murah pada tahun baru ni....
mungkin sabotaj psl kjee mintak balik kereta tu ataupn tak sabotaj kebetulan dorg mmg sengkek tk mampu nk htr servis selepas teruk kete tu dorg belasah...
ReplyDeleteterharu maklong baca cerita kjee..
ReplyDeletesampai tak sedar airmata meleleh2.. huhu..
syukurlah nadia & unclepali selamat..
syukur juga sebab diana & suaminya tak buat macam tu kat maklong yang ada pinjamkan kereta kancil paklong.. 2 tahun lebih jugak rasanya.. paklong siap bagi 3k untuk dorang tambah beli kereta lain..
hish..bahaya tol buat org cmtu.. da la tgl byr bln2 je..eee..geram!!
ReplyDeletesy pun pernah kena juga...jd gerantor sepupu..sy dh pindah rmh, so tak tau kete tu x bayar coz tak penah dpt surat..tau2 dh kena tarik...kena la black list nama kita..sekali nk buat loan rmh tak blh..kena settlekan dulu loan kete tu...16K terbang...nk marah2 pun susah jugak...bukan org lain kan...susah nk percaya org lg smpi sekarang...dunia akhir zaman...sabar jer la..
ReplyDeletesetuju dengan pendapat MAMAR AIRA .. the moral of the story .. jangan sekali-kali berikan or 'jual' kereta pada kengkawan atau saudara mara sendiri .. hatta saudara sedarah sedaging pun tanpa PERTUKARAN NAMA secara sah. Manusia ni rambut je sama hitam ..
ReplyDeleteKak jee dah cek myeg? Kot2 ada saman x bebayar.. Buatnya kena blacklist lagi laa panjang cerita.. Nak renew roadtax pun x bleh.. Lagi haru.. Agaknya keta kak jee tu dh dilenjan kaw2 dek bf anak sedara uncle pali.. Kalau pompuan yg guna sy rasa x la jadi terus cenggitu...
ReplyDelete