Berita terbaru Kjee baca dalam mStar, kali ini Yusry akan berlakon dengan Lisa bukan sebagai kekasih tetapi pasangan rakan setugas dalam filem yang diarahkan oleh Yusry berjudul Ular. Isyhh Lisa dan wartawan dan Yusry jadi jurugambar dalam filem itu. Agaknya kalau Lisa geli geleman dengan ular, boleh abang Yusry tolong. Hehehe.
DIBAWAH NI BERITA DARI MSTAR.
CYBERJAYA: Pengarah dan pelakon, Yusry Abdul Halim tidak berasa kekok digandingkan dengan bakal isterinya, pelakon Lisa Surihani dalam filem terbaru terbitan KRU Studios,Ular.
Yusry berkata, di dalam filem tersebut dia memegang watak sebagai jurukamera manakala Lisa sebagai wartawan dan bukan berperanan sebagai pasangan kekasih.
"Soal kekok tidak timbul kerana kami tahu untuk membatasi soal profesional dan peribadi dalam kerja. Jadi saya tidak merasakan berlakon bersama akan membawa masalah," ujarnya ketika kepada mStar Online.
Ular arahan Jason Chong mengisahkan Myra (Lisa Surihani) seorang wartawan jenayah yang digantung kerja telah diarahkan untuk membuat liputan di sebuah pusat peranginan di sebuah pulau.
Myra yang ditemani jurukameranya, Remy (Yusry) tidak pernah menyangka tugasannya kali ini bukanlah satu tugasan biasa apabila percutian hebat yang dimenangi oleh 10 orang pemenang cabutan bertuah bertukar menjadi sebuah mimpi ngeri.
Dalam pada itu, ditanya adakah dia akan mengambil peluang untuk mengenali bakal isterinya setelah dapat bekerja dan menghabiskan masa bersama-sama, Yusry berkata dia tidak perlu berbuat demikian kerana telah mengenali hati budi pasangannya itu.
Yusry berkata, Lisa juga telah cukup mengenalinya secara peribadi dan profesional apabila sering melawatnya di lokasi penggambaran filem Vikingdom.
"Rasanya kami tidak perlu menjadikan peluang berlakon bersama-sama ini sebagai peluang untuk mengenali hati budi masing-masing kerana telah pun memahami antara satu sama lain," ujarnya.
Sementara itu, Yusry berkata dia mengambil keputusan untuk berlakon dalam Ular bukan kerana bakal isterinya tetapi merasakan skrip dan jalan cerita filem itu yang menarik dan berbeza.
Tambahan pula katanya, dia tetap akan berada di lokasi penggambaran di Pulau Pangkor jika tidak berlakon dalam filem itu kerana terlibat sama bagi membantu Jason dari segi aspek visual kesan khas.
"Kali terakhir saya berlakon adalah filem Cicakman dan terbuka hati nak berlakon filem ini kerana jalan cerita dan skrip yang berbeza.
"Hampir seminggu juga saya memikirkan tawaran berlakon ini sebelum membuat keputusan," ujarnya.
mesti pelakon lelaki lain segan nak pegang2 Lisa sebab Yusry ada sama di tempat shooting. selamat ko Lisa.. Mcm cerita Papa I love u, perlu ke daddy si Elly pegang belakang telinga dan leher Elly lakonan Lisa setelah lama x bertemu anaknya itu? Sedangkan kalau bapak, atau parents la, kita lg senang nk pegang tempat yg senang diapai, mcm bahu ke, pipi anak tu ke, atau ubun2 utk melepaskan rindu kita. Belakang leher dan area telinga tu lebih kepada adegan romantis pasangan kekasih. X gitu ke Kjee?
ReplyDeleteder baca haritu kat mana yerk.. patutnyer dia jadi director jerkan... okler orang bercintakan...
ReplyDeletesweet couple..tapi k jee de baca tak uncle seeker nyer mimpi pasal both of them x jadi kawin n pasal afdlin shauki hayat sampai bulan 3 je..adoiii..mcm mcm uncle seeker tu kan :))
ReplyDeleteish takut la.. brani lisa pegang ular..apapapun, selamat berbahagia le kepada mereka.
ReplyDeleteAura Yusry dan Lisa tak sehebat Aura Yusry dan Erra Fazira...Hingga kini masih layan lagu dan filem gandingan sweet mereka :)
ReplyDelete