Thursday, February 9, 2012

ASAM PEDAS DAGING DENGAN KENTANG




Angin rajin melanda. Dah mula memasak balik. Hehehe. Kalau semalam goreng ikan patin dan buat kicap cili api untuk cicah, hari ni, maju setapak lah. Ewah. Kjee buat asam pedas daging dengan kentang dan goreng sayur buncis.



Pelik ke asam pedas daging bubuh kentang? Isyhh kita yang buat dia. Suka ati lah nak bubuh apa pun kan? Tapi bubuh kentang memang enak banget! Tak percaya korang cubalah. Mesti tak menyesal punya!

Actually daging yang Kjee gunakan hari ini adalah baki daging korban hari tu. Adik angkat Kjeem Sharifah Rosidah yang bagi masa dia buat korban Raya Haji lepas. Tapi dah simpan dalam freezer masih elok. Oppps periuk dia bagi sup tulang ari tu masih belum pulang. Nanti aku pulangkan ya Shidah.

Daging tu tadi Kjee rebus guna pressure cooker jadi lembutnya...alahai tersangatlah best buat asam pedas daging. Air rebusannya Kjee masukkan sekali selepas tumis bahan2 tumbuk. 



Kjee dah pernah bagi resipi Asam pedas Dagingnya kat blog ni. So tak payahlah bagi lagi. Korang klik jer sini. Ganti dengan ayam pun sedap. Pernah makan kat Sedenak dulu. Kalau Sedenak Rumah siapa lagi kalau tidak Che Mat Gebu yang femes seantero dunia tu!

Jangan lupa menerai Asam pedas Daging dengan Kentang ni. Kjee buat kuahnya lebih sikit sebab kalau ada baki, esok boleh makan dengan roti canai frozen. Sodap tau!


Related Posts:

  • KARI DAGING      Kjee hanya tahu masak kari cara orang India. Malah rempah pun Kjee guna Babas atau masa muda-muda dulu, arwah mak beli rempah cap burung Nuri. Sekarang dah tak ada lagi kot. Entahlah.  &nb… Read More
  • BUBUR LAMBUK DAGING TELOR ASIN      Memang bulan puasa ni Kjee dah plan buat my special Bubur Lambuk Daging. Tetapi tak tahu pulak kena buat pagi ni.     Tadi Kjee pergi Klinik Kesihatan. Doktor sarankan Kjee amalk… Read More
  • KUAH SATE... BANYAK RAHSIANYA Kjee jarang-jarang buat Kuah Sate. Banyak sebab. Satu, kerana kalau nak makan kuah sate, beli aje kat my cousins yang masih buat bisnes jual sate. Kedua, kureng rajin sebab renyah. Kacang nak kena sangai (goreng… Read More
  • KARI DAGING STAIL KJEE      Ini cara orang Melayu masak Kari Daging. Kenapa Kjee kata kari daging style Melayu? Sebab sebenarnya terlalu banyak resipi kari dari pelbagai lapisan bangsa di Malaysia.     &nbs… Read More
  • DAGING GORENG BEREMPAH       Apabila tekak teringin nak makan, buat aje lah walaupun sepatutnya Kjee kena elak bagi UnclePali makan daging merah. Darahnya tinggi dari Kjee. Jauh sangat beza. Tetapi katanya, sekali sekala … Read More

5 comments:

  1. sedapppppppp nya k.jee
    saya pun selalu letak kentang dlm asam pedas,rendang bla bla bla
    belasah je kan kak sbb kita buat dia hhaha

    ReplyDelete
  2. Ok, esok saya masak letak kentang pulak...Betul tu kak jee, kita yg buat dia, jgn kita letak kayu balak sudah lah dalam asam pedas..hahaha....

    ReplyDelete
  3. sedappppnyaaaaa...nak cuba lah resepi aunty jeee ni...

    ReplyDelete
  4. Kalau tambah tetel lagi meletops ni KJee... oh! mkn kat Sedenak ya?? Dekat ngan umah sy umah CMG tu.. hehe. Org Jhr mmg tak bleh dipisah ngan asam pedas..:-))

    ReplyDelete
  5. Adeh bestnye..terasa nak g cari daging pulak buat masak asam pedas:)

    bak kata sari yusa, ada tetel lg meletops!

    ReplyDelete