Tuesday, February 7, 2012

JJCM - ZAI SEAFOOD KPG MELAYU SG BULOH



Kjee ni cukup pelik dalam bab memilih kedai makan especially kalau pergi tempat2 baru. Kjee hanya singgah ikut naluri. Kalau Kjee rasa tetiba berkenan satu2 kedai, maka Kjee singgah. Kalau makanan dia tak okay, itulah first and last.





Tetapi arwah bonda selalu pesan. Kalau nak tahu kedai tu sedap ke tidak, opppsss makanan dia lah hehehe, tengok kedai tu sibuk ke tidak. Kalau sibuk memanjang, itu petanda food dia sedap. Kalau sunyi sepi macam dilanggar garuda, korang pergilah cari kedai lain.

Sejak Kjee berpindah ke Sungai Pelong ni, panik jugak Kjee sebab dah biasa dengan makanan di Kolumpo atau kawasan sekitar Taman Melawati. Nak berpatah ke sana tiap kali nak makan, bukannya dekat. So kami main hentam jer singgah mana2 kedai yang dirasakan sesuai dan ramai orang.

Sebagai permulaan, nasib baik kami jumpa satu kedai makan orang Minang yang sedap sangat masakannya di depan tapak pasar malam Paya Jaras. Disitulah kami singgah baik makan tengah hari mahupun makan malam sampai dah tak larat nak telan makanan Minang lagi.

Kemudian satu pagi Kjee tersesat bersama Unclepali di Kampung Melayu Sungai Buluh. Kami nampak berderet2 kedai tomyam macam2 rupa dan saiz. Unclepali kata nanti malam boleh cuba singgah.

So malam pertama kami pergi ke Kpg Melayu tu, masa tu hujan lebat sesangat. Kami singgah dulu di Zai Seafood. Apabila Unclepali dah park cantik2, tetiba Kjee ubah fikiran suruh pergi kedai lain pulak. Unclepali ni memang manusia yang sangat sabar dengan kerenah Kjee. Well, malam tu jer lah. kalau malam lain, pasti berbuih2 mulut dia sembur kita! Hehehe.

Kita orang singgah di kedai Nur Iman Tomyam berhampiran Zai Seafood. Ramai orang. Zai Seafood malam tu pun ramai tapi Kjee ni kan banyak sangat songeh. Hehehe. Nur Iman Tomyam sediakan makanan secara pakej dan biasa. Masakan dia sedap. Lebih sedaplah daripada banyak kedai Tomyam di KL dan Taman Melawati.

(Kjee sebenarnya dah lama malas nak makan di gerai tomyam sebab kebanyakkan kedai yang Kjee pergi, rasanya sikit lebih kurang. Kekadang banyak yang kurang dari lebih. Kami bertiga suka sup ekor. Sup ekor yang dihidangkan macam dah nak habis, so dicurahkan jer air panas. Korang pepaham jerlah rasanya mesti tawar hebey!)

Sambal Sotong petai...portion dia banyak untuk 2 orang makan!
Malam kedua kononnya nak repeatlah makan kat Nur Iman TomYam. Nadia puasa jadi Kjee berilah dia pilihan nak makan mana dan dia mintak nak ke Nur Iman. Dia nak makan ikan siakap tiga rasa pulak. 

Malangnya, ketika kami sampai 45 minit sebelum waktu berbuka puasa, semalam (Isnin), Nur Iman TomYam tutup. Unclepali cadangkan kami ke Zai Seafood. Mahu tak mahu terpaksa setuju sebab takut pulak tak sempat Nadia nak berbuka puasa.

Masa kami sampai tak ramai orang. Hati Kjee kecut tetapi Nadia kata tak kesah. Kalau tak sedap, sekali jer lah. Nadia order Ikan Siakap Goreng Garing Pedas, Sotong masak dengan petai, Kailan Ikan Masin, Tom Yam Poktek dan Telor Dadar. Banyak kan? Well, nafsu orang berpuasa.

Makanan yang dipesan sampai tepat pada waktunya bunyi azan dari surau berhampiran.

Masa makan kami senyap jer. Nadia makan laju maklumlah orang puasa. Unclepali pandang Kjee sambil angkat kening. Itu cara dia nak tanya sedap ke tidak. Hmmm sedap sangat2. Lagi sedap daripada Nur Iman tomyam dan jugak lagi sedap dari Ali Tomyam di Kpg Datuk Keramat!

Bil semalam siap dengan carrot susu, teh o ais dan kopi o ialah RM58. Kalau kat Ali Tomyam atau Kak Mah Tomyam di Kpg Baru mahu dalam lingkungan RM75 atau RM80!

Siakap tiga rasa yang ckup rasa!


Balik rumah sepanjang 15 minit untuk sampai, kami pot pet pot pet puji makanan yang sedap tadi. Dan hari ini pukul 5 petang selepas balik dari office 4Life, kami singgah lagi! Unclepali order ikan kembung mask pedas, tomyam Poktrek, Kailan Ikan Masin dan lauk daging kaprau. Nadia pulak makan kwayteow kungfu. Hari ni, murah sikit. Dengan tiga gelas air cuma RM35!

Masa nak bayar, toke dia merengkap tukang masak (perempuan) syor dalam bahasa Kelantan/Thai pekat kami cuba Belut Padpik. Padpik dia kata bukan Padprik! Hehehe itu next change kot. Kalau sedap, korang tunggu jer lah. Seminggu berturut2 kami ulang sampai...sampai apa hah? Ahhh sampai tak laratlah...hehehe.

Oh ya lupa lak nak bagitau. Lauk Daging Kaprau tidak ada dalam menu. Kjee tanya boleh buat ker? Dia kata tak ada masalah. Sedap pulak tu!!

Zai Seafood bukak setiap hari dari jam 2.30 tengah hari sampai 2.30 pagi. Tak susah nak cari Zai Seafood ni. Pusing kiri kat Traffic Light kedua jalan besar menghala ke spital Sg Buloh. Nampak tapak pasar malam sebelah kiri pastu terus sampai hampir2 ke hujung jalan. Zai Seafood di sebelah kiri.

Tomyam Poktek ada sepotong ikan siakap

Daging Kaprau



10 comments:

  1. murahnya harga makanan tu,x kedekut bahan dan nampak menyelerakan...

    ReplyDelete
  2. sya slalu mkn kt Nur Iman je. Dlu sekali g zai seafood tp x sedap. Mungkin dh tukar tukang masak kut. Lagi 1 branch zai seafood ada kt bandar baru sg buloh depan Public bank

    ReplyDelete
  3. Nanti try NAJLAH pula kak jee. Gerainya di Jalan Paya Jaras .. Rasanya ok tapi yang bestnya servis .. cukup pantas. Jangan lupa try AYEEM WESTERN FOOD .. right after the tapas pasar malam .. opposite the camp .. buka jam 5 petang ( kalau tak silap ) .. sedap jugalah.

    ReplyDelete
  4. Sedapny. Tapa kalau saya ke KL saya akan singgah Kampung Baru Sungai Buloh ok. selalu nya kalau saya ke KL sya ke Kampong BAru je. sama tempat ke.

    ReplyDelete
  5. ada sapa2 boleh bg details tak cam mana nk pg kedai tu???? tq

    ReplyDelete
  6. terus sampai ujung, ada restoren besar, de chiang mai.. pon terbaik gak tu utk makan bersama keluarga... :)

    ReplyDelete
  7. Zai seafood yg kt Bandar Baru Sg Buluh (dpn Public Bank) mmg best! Time duduk Sg. Buluh mmg restoran tu yg sy pi! Lg 1 K.Jee patut cube Mee Hoon Sup & Moi Sup Depan KFC bandar Baru Sg. Buluh, tak ingat nama restoran tu. Hujung sekali dekat kwsn perumahan. Moi Sup yg terbaeeek! Tiap kali pi Sg. Buluh wajib singgah situ!

    ReplyDelete
  8. Dulu Zai Tomyam memang tak sedap, kitorang yang duduk dkt kampung melayu memang pangkah restoran tu.. Mungkin dah tukar tukang masak tu yang sedap awak rasa tu.. Tapi Nur Iman dengan Shahirah Seafood (Sebelah Nur Iman tu jugak) memang yang terbaik dalam Kampung Melayu. Try lah nanti.

    ReplyDelete
  9. Wow weee... X sbr nk g try mkn sana utk bbuka jpg.. Thnx 4 de info ye, kjee..

    ReplyDelete
  10. Kemunculan sebuah restauran masakan barat yang mengutamakan makanan sihat dan pasta
    terletak di

    FOODJAM

    No 35, jln BRP 1/4,


    Bukit Rahman Putra.



    40160 Sg Buloh.Selangor

    Insyallah dijamin berkualiti dan sedap serta murah harga. Jom CUBA!!!!!!!

    ReplyDelete