Monday, February 13, 2012

KARI SOTONG + KANGKUNG BELACAN + KEMBONG GORENG




Hari ni Kjee discover satu gerai ikan segar dari Hutan Melintang di Kampung Melayu Sungai Buloh. Jiran Kjee dah beritahu, setiap petang kira2 pukul 4, nanti ada lori ikan datang dari Perak bawak ikan segar. Tadi selepas balik dari kilang perabot, Kjee ajak Unclepali singgah cari ikan.


Dah lama tak tengok ikan2 yang segar bugar, berkilat fresh! Harganya taklah murah sangat tetapi memandangkan ia segar, rasa Kjee, berbaloilah. Tapi pilihannya tak banyak. Cuma ada sotong, ikan kerisi, ikan tongkol, gelama, ikan kembung dan pelaling. Lain kali Kjee pergi nanti amik gambar.

So tadi, walaupun letih sebab cuaca panas sangat, Kjee terus tukar uniform dan masuk dapur. Kjee masak Kari Sotong, Kangkung goreng belacan (Nadia request) dan goreng ikan kembung. Nadia asalnya dah sms Kjee kata nak makan kat Zai Tomyam. Tapi malas pulak Kjee nak keluar lagi so itu sebabnya Kjee masak jer untuk dinner.

Siap masak jer terus makan sebab hari ini Kjee dan Unclepali hanya sarapan roti canai kat restoran mamak di TBS, Sungai Buloh.

Kalau nak resipi kari sotong klik sini. 



5 comments:

  1. salam kakjee...kari sotong & kangkung belacan yg ermm..menyelerakan...nasi panas2...mau bertambah ni..

    ReplyDelete
  2. wahhh sedapnya kak Jee.. pagi2 ni bukak blog Kak Jee dah terbayang menu utk hari ni best jugak kalau sotong kari/gulai sotong kalau org terengganu sebut.. ;)

    ReplyDelete
  3. salam kjee...mmg sebijik menu kita utk smlm...wlaupn cuaca panas tp masih boleh layan lagi kari sotong..ikan kembung batu goreng salut tepung, kangkung belacan mkn panas2..perghh lps 2 tersandar..hehee

    ReplyDelete
  4. kak jee .. kat mana ye gerai jual ikan segar tu ? nak juga ke sana. Depan SK kpg Melayu sg buloh, dekat tapak pasar malam tu, ada juga gerai jual ikan fresh tapi tak tau le datang dari mana. Harga nya memang SEDAP lah juga. macam-macam ikan ada. Kak jee beli perabut kat mana? Mazidul ada kenal tauke satu kilang perabut di SB yang jual murah dari kedai. ELok KJ ctc dia.

    ReplyDelete
  5. terliurnya.. tak luch pun lagi ni.. huhuhuhuhu.... makan biskut jerlah dalam laci..

    ReplyDelete