Wednesday, February 22, 2012

KISAH MALANG PENULIS SKRIP DRAMA

Tak ingat judul drama ini. Skripnya Kjee yang buat. Bersama arwah M Rajoli dan Zul Yahya


Ramai kenalan terutama sekali di kalangan teman2 industri drama tanya Kjee kenapa Kjee dah tak mahu menghasilkan skrip drama lagi. Ketika bertemu teman2 seperjuangan Kjee dulu di rumah allahyarham Latiff Ibrahim, ada jugak yang bertanya soalan yang sama.




Kjee hanya senyum. Lewat tahun lepas Kjee telah menyiapkan dua skrip 13 episod. Satu sudah Kjee jual dan produser itu tanya samada Kjee minat nak jadikannya skrip filem. Satu lagi sudah 90 peratus siap tetapi Kjee tak jual pun lagi walaupun stesyen TV sudah luluskan skrip itu. Alasan yang diberikan produser, dia tak ada duit nak buat drama tersebut. Dan Kjee tak boleh jual kepada syarikat lain sebab skrip itu diluluskan dibawah syarikatnya.

Drama 13 episod yang telah lulus itu sepatutnya diserahkan  'final product' (drama yang telah siap) pada 29 Julai 2011. Kalau tidak silap Kjee, Kjee pergi ke stesyen TV itu pada awal tahun 2011 untuk berbincang dengan pihak stesyen. Dan selalunya setelah lulus stesyen TV, penulis skrip diberikan pendahuluan sebanyak 50 peratus. Dah siap skrip barulah dapat bakinya.

Kjee ni jenis manusia yang tak gemar nak ambil pendahuluan 50 peratus. Rasa tak syoklah apabila separuh duit itu dah dibelanja kemudian apabila serahkan skrip hanya dapat separuh lagi. Kjee suka kalau serah skrip dapat 'selepuk' bayaran.

Rupa2nya Kjee silap. Kalaulah Kjee mintak 50% pendahulan pada awal tahun 2011 masa skrip itu diluluskan, adalah jugak imbuhan untuk penat lelah Kjee kan? 


Masa shooting drama bersiri Rumah Kedai


Anyway, pada lewat tahun lepas, Kjee call pengarah yang sepatutnya mengarahkan drama itu. Pengarah tu kawan baik Kjee. Dia kata eloklah Kjee mintak 50% pendahuluan daripada produser. Dia pun masih menunggu produser itu panggil dia berbincang mengenai pembikinan drama tersebut.

Oleh kerana Kjee dah siapkan kira2 8 episod dari 13 episod (lebih dari separuh), Kjee pun call lah produser berkenaan. Kjee kata, Kjee ni bukan jenis suka ambil 50% pendahuluan tetapi ketika itu Kjee perlukan duit dan Kjee sanggup serahkan dulu 8 episod skrip yang sudah siap.

Produser itu jawab, syarikatnya belum ada duit nak buat drama itu. Kjee heran. Kalau tak ada duit, kenapa dia sanggup ke stesyen TV dan propose pembikinan drama bersiri itu? Kan elok peluang yang dia dapat itu diberikan kepada produser lain yang ada duit buat drama!

Dia tak mahu Kjee serahkan skrip 8 episod itu. Katanya, kalau dia terima maknanya dia kena bayar 50 peratus dulu. Bagaimanapun, apabila Kjee tanya samada Kjee boleh jual kepada produser lain, dia kata tak boleh. Alasannya, skrip itu diluluskan atas nama syarikatnya.

Hah itulah antara sebab yang Kjee dah malas nak buat skrip drama. Pada Kjee, skrip adalah 'modal' pertama sesebuah syarikat apabila hendak membuat drama. Kalaulah dia punya duit berjuta pun, kalau dia tidak ada skrip yang sudah diluluskan stesyen, dia tidak akan dapat menghasilkan drama itu.

Jadi, kalau sesebuah skrip itu penting, kenapa aniayakan penulis skrip?!! Kjee pernah 'hampir makan pasir' di zaman kegawatan ekonomi 1997 dulu. Skrip Kjee sebanyak 13 episod telah 'dibeli' oleh sebuah syarikat produksi. Beli jer tapi duit tak sampai kepada Kjee kerana kegawatan ekonomi.

Kesilapan Kjee ketika itu ialah produser itu telah memberi Kjee deposit sebanyak RM500 ketika Kjee bersetuju membuat skrip tersebut. Setelah siap dan dihantar kepadanya, dia kata tak ada duit. Kjee mintak izin jual kepada produksi lain tetapi dia tak benarkan.

Hidup Kjee tak keruan selepas itu. Masa itu Kjee ibu tunggal dan Nadia masih bersekolah rendah. Ada ketika dia tidak ke sekolah kerana Kjee tidah dapat sediakan wang saku! Anyway, dua atau tiga tahun kemudian barulah produser itu dapat langsaikan hutangnya kepada Kjee.

Dan pisang hampir berbuah dua kali dengan skrip 13 episod Kjee yang Kjee hasilkan pada tahun lepas. Setahun dah berlalu. Kjee tak tahu nasib skrip Kjee ini. Kekadang rasa macam nak terjah sahaja stesyen TV berkenaan dan beritahu masalah Kjee dengan produser.

Tetapi, penulis skrip dan produser ibarat mentimun dengan durian. Of course yang durian, produser yang tak berhati perut.

Jadi apabila ada tanya Kjee kenapa tak buat skrip lagi, Kjee tak boleh jawab. Rasa macam hendak jerit sekuat2 hati. Kalau skrip tak lulus susah, dah lulus pun susah!!


8 comments:

  1. macam2 hal kan kak jee..apa2 pun kak jee sabar yer..dalam dunia bermacam2 dugaan yang akan kita hadapi..

    ReplyDelete
  2. Huhu....sian akak, takpelah berkat kesabaran, insya Allah ada imbuhannya nanti....berblog macam sekarang ni lagi bess kan, walaupun ada "lalat taik" sesekali singgah dan tinggalkan noda kat blog kita...

    ReplyDelete
  3. itulah kak gee kehidupan production.. sebab itu setiap kerja
    kita harus kita ambil depositnya agar penat lelah kita berbaloi
    biarpun tidak menjadi.. Ambil ini sebagai peringatan..

    Aku suka cerita rumah kedai.. dulu2 masa kecik2 tak pernah
    miss.. hik3

    ReplyDelete
  4. hurmm...kak jee tak simpan ke copy tiap skrip yg kak jee hasilkan? buatlah...for file copy. apa2 jadi in the future..kak jee ada bukti that's yours.

    ReplyDelete
  5. itu la untung rugi orang seni kan kak jee...kesian kak jee..apa pun allah bersama dgn kak jee..rezeki tak kemana kak jee..

    ReplyDelete
  6. susahlaa kalo kita wat koje elok2 tp ader jer cara org nk membelit, kan kjee?

    ReplyDelete
  7. Salam, kak jee ada x simpan drama rumah kedai? kalau ada blh jual x?

    ReplyDelete
  8. Ni bkn cte merapu kak jee.. ni cte betul.. sian kak jee n nadiah.. ☹

    ReplyDelete