|
Biji benih bendi |
|
Pokok kari |
Pagi semalam masa kami nak keluar gi bekfas, Unclepali singgah kedai hardware. Nak beli cangkul, katanya. Balik rumah, dia merumput sekeliling rumah yang sekangkang kera, tak sampai 10 minit dah semput. Hehehe.
Pastu petang semasa kontaktor datang ketang ketung kat dapur, Unclepali hilang. Dengar macam dia menyangkul. Rupa2nya bukan merumput tetapi dia tanam pokok2 herba yang kami beli balik dari bekfas pagi tu.
|
Daun Kesom |
|
Limau kasturi |
|
Limau Purut |
Kjee tak beli banyak pokok. Cuma dua pokok selasih, limau kasturi, pokok kari dan daun kesom. Yang lain semua dibawak dari rumah lama.
Pagi atdi sewaktu Kjee nak jemur benih atau biji bendi yang Kjee dapat semalam, terkejut tengok semua pokok tersengih megah. Unclepali dah tanam petang semalam rupa2nya. Thnx sayang!!
Jenuh jugak amik gambar satu2. Maklumlah belum tanam rumput lagi so tanah tak berapa stabil dan banyak batu. Silap haribulan tersebam Kjee atas tanah. Bila dah amik gambar, nak edit pun satu hal gak.
|
Daun Selasih |
|
Pokok Cili Api ni dah sedia ada. 2 pokok tapi tak pedas langsung!! |
|
Pokok kunyit bawak dari rumah lama. Hidup segan.... |
|
Pokok Terung pipit |
|
Satu dari 10 biji pokok betik yang dah sedia ada. Kjee tunggu makan buah je nanti. hehehe |
Biji benih bendi tu Kjee dapat masa balik dari kilang Ah Chai semalam. Kjee nampak ada satu pompuan sedang petik bendi di sisi rumah dia. Kjee suruh Unclepali gostan. Ingatkan nyonya Cina rupanya Indon. Dia kata bendi tu makan sendiri bukan jual. Kjee kata bukan nak beli bendi tapi nak benih. Dia beri Kjee satu batang bendi tua pastu dia berlari masuk ke rumah dan bawak dua lagi!
Alhamdullilah. So tak lama lagi Unclepali tukar profesyen. Jadi petani pulak. Kalau miss sorru boleh letak meja depan simpang rumah jual ikan sungai, betik dan sayur2an. Hehehe.
Tak tau bila nak balik kampung sebab mak mertua dah siapkan serai, lengkuas dan entah apa lagi anak pokok untuk anak dia tanam di Sungai Buloh. Nanti nak minta mak benih pokok labu. Banyak dia tanam belakang rumahnya.
Apabila Kjee tengok pokok2 yang Unclepali tanam tu, Kjee senyum sendirian. Besar betul hasrat dia nak jadi petani moden. Hehehe sepatutnya Unclepali merumput, bersihkan batu2, tanam rumput barulah tanam pokok2 ni kan? Hmmmm.
Oh ya. Jann dari Ipoh ada beri Kjee benih pokok selasih. Kak Hawa Lerno dari Perth beri benih pokok Basil. Nanti nak kena semai dulu. Terima kasih Jann dan Kak Hawa.
|
anak pokok pisang tanduk pemberian Eqin |
wahh...bestnya..sy suka gak menanam ni, tapi kawasan jajahan tak cukup ler kak jee (heheeh)bagus, teruskan semangat bertani tu..sihat dan khasiat, segar dari ladang.. ;-)
ReplyDeletewahh, kite pun mnt b'kebun nih..
ReplyDeleteoh kak jee..saya pun suka menanam.
ReplyDeleteskrg dah sakit pinggang pokok2 terbiar :(
bongkok lama2 sakit..tp pokok selasih sy dah mati
luasnya kawasan tanah kat rumah kakjee... jelesnya saya...
ReplyDeleteBerbakti pada tanah mesti ada hasilnya, meriahlah halaman rumah kakjee nanti, Alhamdulillahhh.
ReplyDeleteAssalam k/jee,
ReplyDeleteseronok kan menanam berbagai2 jenis pokok-pokok yang semakin susah nak cari di KL ni..... sekiranya ada teman2 yang mencari, kita dah ada dibelakang rumah dan boleh membantu.... selain dari pokok2 tu.... ada tanam pokok serai wangi tak??? Elok untuk hindarkan nyamuk dan aroma serai wangi tu melekat kat tangan jika kita pegang.... jika k/jee nak anak pokok, kat tempat kerja ibu banyak ditanam.... ramai jugak customer dah ambil anak pokok dan ada gak yang datang ambil daun serai wangi ni buat mandi isteri dlm pantang.... hihihi. Kalau nak just info ibu yer~~~ :-)
Salam Kak Gee,saya salah seorng peminat setia Kak Gee dari dulu lagi hinggalah sekarang,sering mengikuti blog Kak Gee dan berpeluang mencuba berbagai resepi yang dapat dari blog Kak Gee yang sememangnya menjadi setiap kali dicuba.Selain itu saya juga minat berkebun walaupun kawasan di belakang rumah saya (quarters kakitangan jab.perikanan di Gelugur,Penang )cuma sekangkang kera tapi cukup bermakna kepada saya.Saya ada menanam berbagai jenis pokok dan yang istimewanya adalah bendi merah,yang rasanya sangat sedap dan lebih ranggup dari bendi hijau.Jika Kak Gee berikan alamat,nanti saya pos kan biji2 benih bendi tersebut untuk Kak Gee.Satu lagi tips untuk dapatkan sayuran yang rasanya lebih enak,gunakan hanya baja organik.Tq.
ReplyDeletesubur2 tanaman kak jee,org tua2 kata jenis tangan sejuk,tanam apa pn mesti hidup dgn subur.
ReplyDeleteMintak tolong ngan kak ji, kalau ada terjumpa benih pokok ulam tenggek burung, warxkan le! Saya teringin nak dapat sepokok, nak tanam kat umah. Tolong ya! Tqvm
ReplyDeletekak jee..seronoknya tengok macam2 pokok ada x yah la beli kan kak..kalu emergency kes leh le capai kat pokok je..best la kak..uncle pali rajin betul..:)
ReplyDelete