Mazidul terer buat dua kerja dalam satu masa - makan sambil bercerita. hehehe |
Terus terang Kjee nak beritahu, sebenarnya Kjee tak berapa gemar untuk keluar makan selain daripada dengan kami tiga beranak. Pada Kjee, time makan adalah quality time untuk keluarga. Sejak Nadia semakin sibuk dengan urusan kuliahnya, Kjee dan Unclepali dah jarang dapat duduk bersamanya untuk makan.
Dan setiap peluang yang kami ada (untuk makan bersama), akan kami gunakan sebaik2nya.
Tetapi apabila sahabat lama Kjee, Mazidul Akmal ajak Kjee join dia bersarapan di sebuah restoran mamak yang seringkali dikunjunginya, Kjee rasa macam tak mampu nak menolak. Satu, kerana Kjee dah lama tak bertemu dengan Mazidul. Dua, sebab Mazidul kata makanan di restoran tu sedap sangat.
Malam tadi selepas kembali dari kampung, Kjee rasa badan dah mula nak demam. Mazidul hantar mesej tanya jadi tak kita sarapan sama2 esok. Kjee kata tengoklah nanti. Unclepali dan Nadia pulak kata, bolehlah. Nasib baik, pagi tadi demam dah kebah.
So dalam pukul 8 pagi, kami beredar dari rumah untuk bertemu Mazidul di Kota Damansara. Tak sampai lima minit kami tiba, Mazidul sampai bersama isteri dan anaknya!. Semalam dia tak beritahu pun yang keluarga dia join sekali.
Kalau dah wartawan...sambil makan pun boleh snap gambar |
Ini kali pertama Kjee jumpa isteri dan anak2 Mazidul. Sebaik sahaja Kjee nak acukan kamera handfon, Mazidul mintak tolong jangan disiarkan gambar keluarganya. Belum pernah orang kenal keluarganya. Semuanya dilakukan demi keselamatan.
Seronok Kjee tengok Mazidul melayan dan bergurau dengan isteri dan anak2. Nyata sekali dia seorang ayah dan suami yang cukup baik dan penyayang.
Banyak yang kami bualkan. Dari kisah kasut yang dipapar dalam Majalah 3, malam tadi kepada kisah2 orang Nigeria yang dihambatnya dan macam2 lagilah.
Kjee suka cara Mazidul. Seorang wartawan yang dedikasi dan cintakan apa yang dia lakukan walaupun Kjee kekadang risau dengan keselamatan dirinya ketika keluar menjalankan tugasan yang berbahaya.
Roti canai dan kari daging yang enak banget |
"Kenapa? Kjee takut saya kena pukul ker? Dia orang jer ke yang pandai nak pukul kita? Kita tak reti ke nak pukul dia orang." katanya sambil ketawa besar.
Nadia terkekek kekek dengar cerita Mazidul, anak seorang imam dan guru Agama di Tanjung Malim, yang ketika usia keciknya seringkali dimomok2kan dengan cerita, Kuala Lumpur itu suatu bandar besar yang cukup berbahaya. Dan kali pertama dia datang ke Kuala Lumpur untuk menziarahi ibu saudaranya di Flat Sri Pahang, Bangsar, cerita yang didengar itu rupa2nya betul.
"Saya tengah bermain badminton di kawasan lapang bawah flat. Tiba2 saya dengar orang menjerit dan bunyi dentuman kuat. Seorang lelaki Cina terjun dari tingkat 15 flat itu. Mati berdepuk depan mata kami. Oh betullah cerita mereka, Kuala Lumpur ini bandar berbahaya," katanya sambil kami ketawa.
Banyak lagi kisah2 menarik akan Mazidul muatkan dalam Majalah Tiga dalam masa terdekat. Dia turut bercerita mengenai hobi yang paling disukainya sekarang iaitu memburu para normal.
"Kita sebut para normal, orang tak takut. Kalau sebut hantu, yang tak takut jadi takut," tambahnya.
Followlah blog dia www.mazidulakmal.com. Hari2 Kjee baca sebab banyak kisah2 menarik yang boleh dijadikan teladan. Blog Mazidul salah satu blog yang kita kena follow.
Dan jangan lupa jugak tengok Majalah Tiga. Manalah tahu ada kisah2 menarik dari pengalaman Mazidul dimuatkan.
EH MAZIDUL PUN ADA ENTRY SEPAGI BERSAMA KJEE. BACA SINI. HEHEHE HABISLAH RAHSIA AKU!
Dan jangan lupa jugak tengok Majalah Tiga. Manalah tahu ada kisah2 menarik dari pengalaman Mazidul dimuatkan.
EH MAZIDUL PUN ADA ENTRY SEPAGI BERSAMA KJEE. BACA SINI. HEHEHE HABISLAH RAHSIA AKU!
salam kak jee, ternyata penampilan mazidul tidak menyebabkan penonton lari, tidak seperti satu rancangan reality di Astro sekarang ini di mana juri yg bermulut itik tu menghalau peserta yg datang untuk uji bakat hanya kerana dia gemok dgn alasan takde orang nak tgk kalau dia mengacarakan rancangan di tv.
ReplyDeleteSalam kak jee...saya pun selalu gak skodeng blog enche mazidul tu....tapi dari segi penulisan, i like ur style more...sori bukan mengampu, cuma dari pandangan seorang blogger cap ayam jeee...ayam kampung okehh!..
ReplyDeleteSalam kak Jee..
ReplyDelete:)
mazidul memang minat kami di Blog Sensasi..kebetulan minggu ni blog Mazidul jadi review mingguan di Blog Sensasi....nanti ada masa le review blog kak jee lak kan hehehe...kali pertama kunjung blog kak jee terus follow mmm
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak Jee,
ReplyDeleteSy dtg sini pun drpd entry terbaru Abg Mazidul tuh. Kak Jee dah tak berlakon lagi ke?. Teringatlah filem Balik Kampung kalau tak silap...sy tengok filem tuh waktu sy masih kecik. Filem tuh kuar tahun 1986 kalau tak silap.....
Semoga KakJee baik2 selalu....
seronok baca cerita kak jee dan cerita di pihak mazidul....sy memang follow blog dia.banyak kisah benar tentang masyarakat dia singkapkan...
ReplyDeleterotiii canai satuu hehe
ReplyDeletemak teh suka en mazidul ni...
ReplyDeletesaya nampak dlm blog mazidul ..apakah 57 thn itu...
ReplyDeletemcmn blh mis ni...
ReplyDeletetime tu sy ada kt carrefour dpn tu jer...
Salam kak jee
ReplyDeleteBetul tu, kalau dgr si mazidul (or panggilan mesra among kengkawan masa dia kat ITM Shah Alam dulu, Dole) berciter, mmg penat ler nak tunggu dia habis citer....
Masih sama lg rupa dia compared dgn zaman seblm millenium dulu.....Siapa yg tk kenal Dole kat ITM dulu, suaranya......fuyoo...tak payah pakai loudspeaker.....hehehe