Tuesday, February 28, 2012

NAK BERSALIN? OPPPSSS TUNGGU DULU




Ini peringatan penting buat ibu2 yang sedang sarat mengandung dan menunggu masa untuk melahirkan. Cuba tahan sakit nak bersalin mulai jam 12 malam ini hingga jam 12 tengah malam esok. Boleh tak? kalau boleh, anak yang bakal dilahirkan pada jam 12.01 pagi, 1 Mac akan berasa cukup bahagia.






Isyhhh kenapa Kjee merapu ni? Cuaca tak menentu, otak Kjee pun jadi kacau bilau ker?

Oh tidak. Kjee masih waras lagi walaupun tak lama lagi Kjee akan sambut hari jadi ke 57. Walaupun Kjee dah hampir 57 tahun lahir ke dunia ini, at least Kjee sambut hari jadi setiap tahun kan?

ehsan goggle
Kalau korang lahirkan anak pada mulai jam 12.01 malam nanti sampai 12.00 malam esok, maknanya anak korang akan hanya sambut hari lahir 4 tahun sekali.

Budak2 yang lahir pada 29 Februari 2008 dulu baru nak sambut hari jadi pertama pada jam 12.01 malam ini. Tak ke haru? Tapi sebagai mak bapak, Kjee rasa tentu ada yang rasa happy sebab dapat jimat belanja. Bayangkan hanya sambut hari jadi anak mereka setahun sekali. Tak ke save budget. Hehehe.

Tahun ini, Kjee pasti semua tahu adalah tahun lompat atau Leap Year. Ia datang empat tahun sekali.

Hari ini anak saudara Kjee, Putri Alia Farina sambut hari jadinya. Nasib baik dia dilahirkan pada 28 Februari. Kalau 29 Februari dulu tentu umur dia baru...eh berapa tahun hah? Terlupa nak kira. 

Anyway Happy Birthday Alia. Beberapa bulan lalu Alia dah dapat birthday gift yang paling bermakna dalam hidupnya. Dia dapat anak kembar 3.

So untuk ibu2 yang doktor dah sahkan akan lahir hari ini, cuba bawak bertenang dan usap2 perut sambil bisik kat baby supaya duduk diam2 dan jangan nak keluar selepas jam 12.01 malam nanti hingga 12.00 malam esok. Hehehe. Jangan ketawa. Baby dengar tau.

Maaf. Kjee gurau jer. Kalau dah nak terberanak, cepat2 gi Spital yer. Happy Birthday to your baby. Hehehe

Anak2 kembar tiga Putri Alia Farina - mujur tak lahir pada 29 Feb. Hehehe



10 comments:

  1. sorang anak sedara saya lahir 29 feb.
    esok umur dia 12thn.

    excited jd org begini..sbb blm tentu hidup lg 4thn..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. cucu maklong selamat dilahirkan pada pagi tadi.. bila mak ayah dia diberi peluang untuk pilih tarikh oleh dr.. dorang dapatkan persetujuan maklong untuk pilih tarikh hari ni.. maklong setuju jelah.. tak adalah sambut birthday 4 tahun sekali.. hehe..

    ReplyDelete
  3. Teringat kawan sekolah saya lahir 29 februari...muka pun jenis ala tak bersalah, walaupun buat salah...haha.. Kak Jee, comeeeyynya tgk 3 baby tidur macam tu....

    ReplyDelete
  4. Assalmualaikum kakjee..kata2 kakje ni teringt sya pada arwah mak pada 29.02.2000 masa tu sya tgh sarat mengandung anak ke 2. Pkl 8.00 pg saya ckp kat mak, rasa lain macm je mak perut ni...Mak ckp da sampai masa nak berslin ke nanti dulu la, lgipun hubby xde masa tu kena kursus kat sepang. Sya ckp mak ni bkn nak buang air ke leh tahan2. Abis tu pegi le sya ke hospitl pada hari tu ditemani oleh abg saya. Nsb kebetulan kakak sya keja pagi waktu tu. Nak amik mmg saya bersalin pon pada pukul 9.46 pagi hari Selasa 29.02.2000. Nah hri ni genap usia anak bujang saya yang ke 12 Tahun .

    ReplyDelete
  5. alalalalaa..4 thn sekali tu..jenuh nak tunggu..;)

    ReplyDelete
  6. ofismet saya selamat melahirkan bb girl pagi tadi kak jee...
    sebelum ni dia doa janganlah 29hb..
    he he he...
    Allah lebih mengetahui ^_^

    ReplyDelete
  7. Kalau baca cerita Kak Jee atas tu,teringat pulak Rahel pada seorang sahabat yg lahir 29 feb,dia slalu sambut harijdi 4 skali...

    ReplyDelete
  8. kak jee, anak sedara kak jee tu ade keturunan kembar ke??saya teringin anak kembar..huhuhu..kembar dua pun okkkk..

    ReplyDelete
  9. kjee dh 57? nm pk muda jerr....pssssttt...apa rahsia?

    ReplyDelete
  10. saya ada seorang abg yang lahir 29 feb--- tapi di daftarkan pada 1 april(zaman dulu) -- sebenarnya dia sambut 4 tahu sekali jer kan...

    apa lah kak jie nie... ingatkan apa lah tadi..

    ReplyDelete