Kjee tak tahulah kalau dia perli atau tidak, kalau Kjee mintak misalnya segelas air, dia akan pergi ambilkan dan hulur kepada Kjee dengan ucapan terima kasih. Mungkin dia hendak mengingatkan Kjee supaya ucapkan terima kasih kepadanya. Maklumlah kita ni sebagai orang tua selalu take things for granted. Kalau kita buat anak2, tak mengapa. Tetapi kalau mereka buat, siap ko!!
Anyway, tadi Kjee baca dalam FB seorang rakan yang menghulurkan soalan ini: "Seorang rakan bertanya, "Benarkah ramai suami yang tak tau nak ucapkan terima kasih atas apa yang dilakukan isteri mereka di rumah..?"
Sejauh manakah kebenarannya..?"Kjee jawab sikit lebih kurang macam ini :"Suami saya tak ucap terima kasih tetapi selalu puji."
Maaflah. Ada orang tak suka budaya puji memuji ataupun budaya terima kasih. Semuanya kerana dia tidak dibesarkan dalam kelompok sepetimana Kjee dibesarkan.
Ingat lagi arwah Bonda kalau buat jamuan untuk kanak2 (misalnya open house di Hari Raya), beliau akan hulurkan duit Raya dan kata :"Apa cakap?" Dan budak2 tu macam sepontan jawab terima kasih nenek or makcik.
Jadi apabila fren FB tadi (opppss nama dia Mazemie Maz, sahabat lama), tulis kat FB dia cam tu, Kjee rasa amat teruja untuk mengulas sedikit sebanyak dalam blog KJjee ni.
Kjee rasa sebilangan besar kaum lelaki dan suami, tidak mudah mengucapkan terima kasih. Selalunya, kaum wanita dan para isteri yang suka mengucapkannya. Dari dulu hingga kini Kjee masih tidak lekang dengan ucapan terima kasih kepada suami ataupun anak seandainya Kjee memohon sesuatu dan mereka segera mendapatkannya.
Unclepali bukan jenis yang sama seperti kelompok Kjee. Beliau jarang2 mengucapkan terima kasih sewenang2nya. Hanya apabila menerima hadiah atau sesuatu barang yang selama ini dinanti2kannya, barulah dia ucap terima kasih. Tetapi, bibir beliau tidak pernah lekang dengan pujian seandainya makanan yang dimakannya menepati seleranya.
Bagi Kjee, itu sudah mencukupi. Kjee tidak pernah mengharapkan lebih daripada itu. Tetapi memang Kjee amat2 bahagia kalau setelah penat memasak, Unclepali makan dengan penuh selera dan habis makan, toleh pada Kjee, senyum dan tunjuk dua ibu jari!
Bagaimanakah kita hendak menerapkan budaya terima kasih di kalangan anak2 kita? Senang jer. Dari usia sekecil setahun, kita harus ajar mereka untuk berkata terima kasih walaupun kalau kita hulurkan botol susu atau puting dia. Biarlah dia jawab dalam bahasa pelat seperti 'Ma cih' atau 'ten kew'. Ini akan membuat mereka secara spontan mengucapkannya apabila dihulurkan sesuatu.
Dan budaya ini akan terus menular hingga ke dewasa. Dan, Kjee yakin dia akan lakukan yang sama kepada anak2nya kelak. Kjee cukup seronok kalau ada anak2 kecik yang Kjee hulurkan sesuatu, akan secara spontan mengucapkan terima kasih. Rasa nak peluk2 dan gomol2 dia.
So, the moral of my entry is, tidak perlu sebenarnya kita bertanya soalan yang diutarakan oleh saudara Mazemi Maz tadi, kalau kita sudah dilatih dari kecik.
Seperkara lagi, salah satu perbuatan Unclepali dan keluarga mertua Kjee yang buat Kjee cukup2 tersentuh ialah budaya berpeluk dan mencium pipi. Ketika Kjee pergi ke kampung Unclepali dan bertemu ibunya buat pertama kali, Kjee terkejut melihat ibunya memeluk Unclepali dan mencium pipi kanan dan kiri.
Kemudian ibu mertua melakukan yang sama pada Kjee. Kjee fikirkan sebagai anak lelaki bongsu dan tunggal, itulah cara ibu mertua Kjee tunjukkan rasa kasih dan sayangnya. Namun apabila Kjee tengok Unclepali mencium tangan kakak2nya dan berpeluk serta mencium pipi kiri dan kanan mereka, barulah Kjee tahu itu budaya mereka yang cukup mengusik jiwa.
Kjee tidak pernah ada budaya seperti itu dalam keluarga Kjee. Alangkah seronoknya kalau didik oleh arwah ayah dan bonda seperti itu.
Terima kasih Uncle Nahar...Nadia dapat gaji pertamanya jadi pelakon tambahan. RM5! Hehehe |
Saya dan keluarga pon macam tu, terbiasa peluk, dan cium mak ayah serta adik bradik. cuma adik bradik laki n pempuan xbuat. tapi plg klakar masa kakak dh kawen, lepas dua minggu kawen husband dia nk berlepas ke Dubai. Kakak buat benda yg sama pada suami die(diorang kawen xbecinta)...Suami die macam kekok dgn budaya tu..hehe
ReplyDeleteSuami saya memang selalu ucapkan terima kasih ...saya pula yang heheheh tapi bila dah lama kahwin so kita pun akan ikut perkara2 baik dan diturunkan kepada anak2
ReplyDeleteSalam kak jee....setuju saya dengan pandangan akak tu, ada orang akan menunjukkan "cara" terima kasih mereka berbeza2. Bukan nak kata orang lain, anak buah saya pun agak berat mulut nak ucapkan terima kasih, dan saya bagi apa2 kat mereka, saya ucapkan terima kasih (dan kalau jenis bijak tu pasti rasa diperli). satu lagi abah saya pun bukan jenis suka ucap terima kasih, sampai mak yah pernah komen dulu, kata "bak nko tu bukan tau nak kata terima kasih!!"..saya diam sajalah. Tapi kan kak jee, satu yang lawak, abah saya pernah kata kat mak yah...oo nak puji ek, ok esok aku masukkan dalam Harian Metro muka depan, tajuk dia "Bini Rajin!!"...hahah, sentap okehh mak guaa bila dengar...nasib baik lah mak yah tu jenis open, dianya perangai kak, janji kita tak lawan cakap dia, apa nko nak semua dapat..seriuss nihh, tapi kita pun jangan lah ambik kesempatan kan....sekian kak jee...Terima kasih.... ^__*
ReplyDeleteslm k'Jee...semoga akak sihat hendaknya, ucapan terima kasih kadang2 tdk diluahkan dgn kata2 tapi perbuatan..tapi kadang2 nk juga dgr ucapan itu kan...ida pun tdk dididik dgn budaya peluk cium pipi..tapi bila dh bergaul dgn kwn2 lain negeri...dh terbiasa buat cam tu bila jumpa kwn pompuan...
ReplyDeleteKak jee, kirim salam saja kalau suami saya nak ucap terimakasih atau nak puji saya. Kedua-dua benda tu tak pernah ditunjuknya tapi dia selalu minta saya masak itu ini dan saya beranggapan bahawa dia suka masakan saya. kadang-kadang kerana terimakasih juga saya pernah bemasam muka dengan dia sebab bukan dengan saya saja dia tak nak berterimakasih, dengan orang lain pun waima dengan nak-anak pun dia tak nak berterimakasih. Kadang-kadang saya sedih tau kak jee tapi fikir positif saja. Dia adalah seorang suami yang sangat baik dan bertimbang rasa. Alhamdulillah.
ReplyDeleteas salam KJ, seingat saya dan arwah ayah ajar kami mengamalkan budaya berterima kasih ni tapi tak ler ketara dan sekerap yang saya sendiri terapkan pada anak-anak saudara dan para pelajar saya. Malangnya anak-anak saudara saya macam ' tak melekat' pula budaya ni .. kena sentiasa ingatkan mereka setiap kali kita memberi mereka sesuatu. Seperkara lagi saya lihat dan perasan, ramai dari kita susah nak cakap atau guna perkataan TOLONG ( please ) bila nak minta dihulurkan sesuatu, minta bantuan atau nak menyuruh seseorang buat sesuatu. Puas saya didik anak-anak saudara, para pelajar saya malah suami sendiri. Saya sentiasa amalkan penggunaan ayat berikut : ' BOLEH TOLONG.. ' kepada sesiapa saja setiap kali saya nak suruh atau minta sesuatu. Tak kiralah orang tu lebih muda ke, tua ke , kanak-kanak .. etc . sha
ReplyDeleteok, ni pandangan saya plak ye kak jee 8) semuanya bermula cara mana kita dididik sebenarnya. masyarakat di kg (lazimnya..) agak jarang yang mengamalkan peluk cium ni, dulu sy pun mcm tu. tapi bila keluarga adik ipar sy begitu (peluk cium anak2, adik beradik) bonda sy perhati! dia pun terikut..peluk tiap anak2 dia, cium. tak terlambat kalau nak memulakan pun ;-)benda yang baik kan...memang janggal diawal nya tapi lama2, ok.
ReplyDeletebg ija, apa yg ija nampak kekurangan dalam didikan ibubapa ija pada ija .. itu lah ija tekankan pada anak2. Contoh.. dulu ija paling tkt nak bercakap ngan ayah.. apa lagi berborak.. tk pernah. Ckp benda penting je. So pada anak anak ija .. ija tekan kan komunikasi dgn papa dia orang dan selalu peluk cium at least salam cium sblm tidur... biar anak2 tahu bau mak bapak mereka.. bukan mak bapak jer yg tau bau anak anak...so far ..Mcm kak jee jugak.. kalau kena tekak dia hari tuh, adalah ungkapan terima kasih.. dan kalau turn suami ija masak, i say thank u to me.. kena ckp kuat2 biar anak anak dengar
ReplyDeleteTerima kasih berkongsi pendapat KJee, syukur alhamdulillah ucapan terima kasih tu sebati dlm keluarga Yatie..bermula dngn ucapan setiap hari dari suami tercinta pada Yatie...anak2 sentiasa dengar walau dlm keadaan apa jua pun...kini anak2 mmng tak pernah lekang dari bibir ucapan terima kasih tu..sejuk hati ni sbb tak payah di suruh dah buat sendiri....bila balik kmpng anak2 buat perkara yg sama sehinggalah atok dan neneknya dengar sendiri ucapan terima kasih tu dari mulut anak2 Yatie walaupun hanya segelas air pemberian dari neneknya..membuatkan mak dan ayah Yatie mengalirkan airmata kegembiraan...
ReplyDeletebukan nak menunjuk tapi berkongsi pengalaman yg menarik dan mmng patut di amalkan setiap hari oleh setiap keluarga....terima kasih sekali lagi KJee kerana membincangkan isu ni, walau cuma bicara biasa tapi kesannya sungguh mendalam bagi yg mengamalkannya....
puan jee. rasanya apa yg puan alami sama spt saya. saya tertarik dan jatuh hati kpd suami setelah melihat budaya yg diamalkan oleh mereka 8 beradik bila bertemu bercium pipi dan tangan. Lebih membuat terhari walaupun kali pertama berjumpa ibunya terus memeluk dan mencium pipi saya seolah saya salah seorang anaknya. Saya juga kini mengamalkan budaya yg sama dlm rumahtangga kami.
ReplyDeletesalam kjee.bg sy lak,dh masuk sklh menengah br bljr cium tgn mak ayah..sblm tu kira slm biasa je.bila tgk kwn2 bt,rasa nk ikut..lps biasa,try lak cium pipi..bkn dgn mak ayah je,tp dgn smua adik b'adik(kcuali 2 abg yg tua..segan sbb x biasa dr kecik).dgn abg yg bongsu mmg xdak mslh nk cium pipi.bab ucap t.kasih,mmg sy agak brt mulut..mgkin sbb x dbiasakan dr kecik kot.hsbd pun jenis yg sama..nk puji pun agak ssh tp skali puji t'lebih2 la plak:)rasa2nya nk ucap ke x,itu t'plg..kdg2 kita x ucap pun,org blh fhm..
ReplyDelete