DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, March 31, 2012

RIYAD, RA'ED AND RIZQ - ALIA AND NAZRIEL'S BUNDLE OF JOY

Cucu sedara Kjee sekarang dah 8 bulan! Kembar tiga tidak seiras, dari tiga uri berasingan. Itulah kebesaran Allah swt!


Riyad

Rizq

Ra'ed

Raif abang sulong

Rizq bersama mummy






ALEESYA IS THREE! MIRIP WAJAH IBU

Dapat kiriman gambar2 ini dalam email. Sekejap sahaja Aleesa Engku Emran sudah berusia 3 tahun. Semalam dapat berita daddy nya dah kahwin lain. Wallahualam.










Friday, March 30, 2012

PAU JELIRA YANG SEDAP DAN PUFF KAWAN SAIZ BESAR



Gebu dan banyak inti. I like!!!

6 biji RM6.50.


Kjee suka sangat makan pau. Oleh kerana kebanyakkan mereka yang menjual pau yang tidak menepati citarasa Kjee, maka Kjee selalu beli pau frozen kat supermarket. Nak buat sendiri tak reti.



Dua minggu lepas, ketika dalam perjalanan pulang ke KL dari kampung di Ulu Jempul, Pahang, Unclepali stop seketika di R & R Lancang. Unclepali beli air. Dari dalam kereta, Kjee nampak kiosk pau Ahmad. Kjee beri isyarat kat Unclepali suruh beli dua biji. Nak test sebab tak pernah makan pau Ahmad selama ini.

Masuk je dalam kereta, terus Kjee makan. Terkejut besar Kjee! Sedap sangat pau kacang merah tu! Unclepali yang jugak suka makan pau amik dari Kjee dan makan. Kemudian dia cepat2 turun balik dan beli lagi empat biji.

Kjee tahu Pau Ahmad ada di jual di KL tapi kalau mencari memang tak jumpa. Kalau tak nak, merata ada orang jual. So Ahad lepas kami balik Pahang sebab ayah sedara Unclepali meninggal, masa balik, Unclepali dah tak payah didingatkan lagi. Sampai Lancang terus dia stop. Kjee suruh Unclepali beli yang frozen nak bawak balik tapi dah habis.

Semalam, masa kami bekfas di restoran Rasamas Sungai Buloh, Kjee nampak Kiosk Pau Jelira. Hmmm. Nampak cam sedap tapi takut tak sedap. Tapi Kjee order satu biji pau kacang merah. Waduhhh memang menepati citarasa Kjee. Rasa sebijik macam Pau Ahmad! Kjee terus order 1 peket yang frozen. Harganya RM6.50. Kalau beli yang dah kukus, harganya RM1.50 sebiji.

Pagi ini, Kjee kukus untuk sarapan. Memang sedap dan puas hati. Nadia tak payahlah nak  belajar buat pau sebab senang jer nak beli. Murah pulak tu. Kjee akan stok pau ini kat rumah untuk dihidang kalau tetamu datang mengejut.

Dan ada satu lagi barang yang Kjee nak tunjuk. Jeng jeng jeng. Ini dia puff pastri saiz besar yang Kjee mencari selama ini. Jenama Kawan. Kjee beli di Jaya Grocers dengan harga RM12.90 sepeket 5 keping. Boleh buat macam2 ni. Kalau beli yang kecik 4 x 4 pun okay gak tapi hanya boleh buat puff kecik2.

Nadia dah order Kjee buat macam2. Hehehe

PELAJAR BERMASALAH BOLEH DIBENTUK JADI INSAN BERGUNA





Hari tu Kjee tengah makan tengah hari di kedai minang Man kat Paya Jaras bersama Nadia dan Unclepali apabila kami dengar berita ni kat TV3. Kononnya peratusan budak2 nakal di sekolah sekarang sudah meningkat.





Ponteng sekolah, hisap rokok dan pelbagai kesalahan membabitkan juvana is on the rise. Membimbangkan ke tidak, taklah Kjee pasti. Tetapi yang pasti semua seram dengar kes2 jenayah yang membabitkan anak2 sekolah menengah rendah (dalam lingkungan Form 1 hingga 3). Malah, tidak terkecuali murid2 sekolah rendah juga pernah ditemui melakukan jenayah2 kecil seperti mencuri dan sebagainya.

Kenapa ini semua berlaku mama, tanya Nadia. Hmmm semua ini berlaku sebab sebilangan budak2 ni tak suka pergi sekolah. Tak suka belajar dan tak suka dipaksa buat apa yang mereka tidak suka. Justeru, mereka memberontak dengan ponteng sekolah, hisap rokok, mencuri dan sebagainya.

So dalam kami menyuap nasi, Kjee berilah pandangan Kjee apa yang sepatutnya dilakukan oleh Kementerian  Pelajaran. Cadangan Kjee ini mendapat bantahan Nadia. Tetapi apabila Kjee explain dengan panjang lebar, akhirnya Nadia angguk perlahan. Unclepali macam biasa angguk sahaja.

Cadangan yang Kjee beri ini spontan sahaja. Tiada terfikir pun sebelum ini. Jari kita pun ada yang panjang, ada yang pendek. Takkan elok semua buah pisang dalam setandan. Begitu jugak dengan anak2.

Kjee syorkan agar semua anak2 diberi pelajaran WAJIB sehingga Tingkatan 3 sahaja. Biar mereka ambil peperiksaan ala2 PMR. Kemudian selepas itu, tapis mereka. Yang mendapat kelulusan cemerlang dan ada harapan untuk improve diberi peluang ke Tingkatan 4.

Ibu bapa harus dibawak sama berbincang untuk anak2 yang low performance. Adakan sessi kaunselling khas selepas result keluar. Tanya anak2 apa yang mereka mahu (anak2 yang low performance). Kalau mereka minat muzik, misalnya, hantar mereka ke kolej2 komuniti untuk belajar muzik.

Kalau mereka minat fesyen, hantar mereka jalani kursus2 yang dikhaskan untuk mereka. Begitulah seterusnya. Kalau minat kereta atau motor, hantar mereka ke kursus relevan membaiki kereta atau motor. JANGAN biarkan ibu bapa yang menetapkan apa yang harus anak2 mereka belajar. Peranan ibu bapa hanya untuk menyokong sahaja bukan pandai2 nak decide atau putuskan apa anak mereka harus buat.

The choice should be theirs!

Kjee merasakan, ibu bapa yang banyak sangat campurtangan dalam apa yang anak2 harus lakukan, menyebabkan anak2 ini bosan. Kemudian mereka curi2 buat apa yang mereka suka. Dan mulalah budaya ponteng dan akhirnya mereka terbabit dalam hal2 yang boleh menjuruskan kepada keburukkan.

Nadia mulanya tak setuju. Katanya, sampai bilakah Malaysia akan maju di segi pencapaian akademik kalau di usia muda dinafikan pelajaran hingga ke menara gading?

Well, anak2 yang bermasalah tidak meliputi sebahagian besar peratusan anak2 yang sedang meningkat naik di negara kita. Mungkin tak sampai 30 peratus. So, mengapa kita harus menunggu sehingga peratusan ini meningkat dengan lebih tinggi lagi?

Pepatah omputih ada menyatakan Nip them while still bud. Melentur buloh biar ketika rebung. Walaupun Kjee tiada anak2 yang bermasalah tetapi Kjee cukup peka dan sedih melihat persekitaran sekarang. Kjee pernah meniaga di sebuah foodcourt berhampiran sebuah sekolah menengah dan tiga buah sekolah rendah.

Sekolah rendah belum ada masalah. Ada satu atau dua kes terpinggir tetapi masalah besar pada sekolah menengah. Kjee sampai di foodcourt jam 6 pagi. Jam 6.30 pagi, budak2 sekolah menengah dilepaskan ibu bapa ke sekolah.




Tetapi sebaik sahaja kelibat ayah dan ibu sudah tidak kelihatan, sebahagian kecil terus berjalan ke foodcourt. Pilih gerai yang sunyi dan terus tukar pakaian! Baik yang lelaki mahupun perempuan. Of course yang perempuan ke tandas tukar pakaian.

Kemudian mereka hisap rokok, buat bising dan duduk berdua2an kalau berpasangan. Kjee selalu curi2 telefon polis. Malangnya, polis sampai mereka bertempiaran lari. Esoknya, senario sama berulang sampai agaknya polis pun dah tak kuasa nak datang.

Yang lawaknya, mereka tidak pergi jauh daripada sekolah. Time balik mereka balik. Unclepali selalu kata, kalau ponteng, pergilah 'main jauh2'. Ini tidak. Tak sampai sepelaung dari sekolah. Maknanya, mereka tidak suka masuk ke sekolah dan kena belajar!

Berbalik kepada menghantar anak2 ketika usia 16 tahun belajar a skill. Harus diadakan satu skim pembelajaran yang buat mereka rasa penting. Anak2 di usia ini perlu duit untuk top up credit fon, untuk beli baju dan sebagainya. Mungkin sebagai galakan, mereka diberi elaun bulanan. Jadi konon2nya mereka bekerja sambil menimba ilmu.

Kjee ambil contoh banduan2 di penjara. Ada sebahagian daripada mereka yang ada bakat dalam bidang kraftangan dijuruskan kepada bahagian membuat kraftangan. Barangan itu dijual dan sebahagian daripada hasil kalau tak silap Kjee, dikembalikan kepada mereka, apabila mereka dibebaskan.

So, mungkin amalan yang sama boleh dilakukan kepada anak2 remaja ini. Misalnya, mereka ditempatkan di sekolah mekanikal. Orang ramai dipelawa hantar motor atau kereta ke 'bengkel' tersebut dengan bayaran. Dan hasilnya dikongsi bersama anak2 yang terbabit membuat kerja.

Samalah macam salun2 rambut kaum Cina yang banyak di bandar2 besar dan kecil. Kalau nak suruh 'student' potong, bayaran yang dikenakan amat murah berbanding dengan yang pakar. Begitu jugak dengan anak2 remaja tadi. Setiap kerja akan diawasi dan dilakukan bersama tenaga pengajar.

Sekurang2nya apabila anak2 ini sudah tamat latihan dan kursus, mereka sudah boleh keluar mencari kerja dengan gaji lumayan dengan kemahiran yang mereka ada. Tak perlu lagi malu dengan rakan2 sebaya yang ada diploma atau degree tetapi masih terkial2 mencari kerja tanpa on the job training!

Dan at the end of the day, kemungkinan besar kita tidak akan melihat lagi anak2 hingusan ponteng sekolah dan berpeleseran kerana mereka tentu teruja melihat rakan2 mereka 'ada gaji' dan boleh buat kerja yang mereka suka!

Ini hanya secebis pandangan dari seorang tua yang telah melalui segala ranjau dan duri dalam kehidupan. Kjee mula kerja di usia 18 tahun lebih. Paksa diri habiskan sekolah semata2 kerana mahu cepat dapat sijil MCE dan boleh kerja. Kalau diikutkan, memang Kjee dah tak nak belajar lagi ketika itu. Nak kerja tapi undang2 menyekat anak2 dibawah usia 18 tahun bekerja.

Tetapi mungkin nasib Kjee baik. Kjee dapat kerja dalam bidang yang Kjee minat walaupun belajar setakat Malaysian Certificate of Education.

So the moral of my entry, kalau anak2 kita dijuruskan kepada bidang yang mereka minat, insya allah akan berkuranganlah masalah sosial di negara ini. Kjee kata berkurangan sebab mustahil untuk menghapuskan sama sekali masalah sosial di mana2 negara di dunia ini. Wallahualam.

Semua foto ehsan google

Wednesday, March 28, 2012

LIYANA JASMAY KINI MILIK JIRAN SEBELAH RUMAH

Liyana di sisi tunangnya Fathuddin - gambar mstar
Nak tahu kisah selanjutnya, klik sini.

Tuesday, March 27, 2012

AT LAST DAPAT JUGAK RASA TUNA MAYO ROLLS!




Setelah sekian lama termengidam nak makan Tuna Mayo Rolls, Nadia buatlah jugak untuk Kjee malam tadi. Tetapi hasilnya taklah sama cam yang dibuat oleh tuan punya resipi Che Mat Gebu dari Dapur Tanpa Sempadan yang femes seantero Malaya tu.


Nadia memang phobia rupanya apabila Kjee kata teringin nak makan, rupa2nya dia tak pakar nak canai doh yang dikeluarkan dari Breadmaker.







"Susahlah mama. Doh tu asyik lari balik ke shape asalnya setelah dicanai," katanya. So Kjee ambilalih jadi tukang canai. Memang susah. Nak kena belajar dengan yang pakar ni. Amacam Che Mat? Boleh bagi kursus? Hehehe.

Anyway, ketika tuna mayo rolls ni keluar dari oven malam tadi, kami semua baru je selesai dinner. so minat nak menerai rolls yang panas2 tu, kureng sikit.

Tapi pagi ni, Nadia panaskan balik dalam oven dan barulah kami dapat rasa keenakkannya. Pada Kjee, rupa tak sama, rasa pun lari ke laut. Tetapi Unclepali kata rasanya sebijik cam yang dibuat Mat Gebu. Nadia pun kata sama. Hmmm entahlah. Mungkin nak kena pergi Sedenak dan rasa kali kedua. Hahaha.

Kjee mohon izin kepada Che Mat untuk link kan resipi Tuna Mayo Rolls tu yer kat sini. Bukan malas tapi nak cepat sebab nak prepare night pack ke hospital kejap lagi. Terima kasih Che Mat. Resipi anda memang menjadi dan marvelous!




Monday, March 26, 2012

JOM BELI RAMEKINS DAN ACUAN BOTOL ROTI JALA

COMMERCIAL BREAK






Stok acuan botol roti jala sudah sampai pagi tadi. Botol dengan tiga muncung untuk mempermudahkan menjala. Dijual sepasang, dengan pos percuma.

Ramekins saiz 3.5 inci sahaja available. Boleh diguna untuk baking dan mengkukus.

Kalau minat, sms 0126787571 untuk harga

  

NADIA'S FIRST HOME MADE BEEF PEPPERONI, SALAMI, MUSHROOM PIZZA











Sabtu lepas badan Kjee rasa tak selesa. Lutut Kjee dah dua tiga hari asyik 'tergelincir' dan sakit apabila berjalan. Ramai kata Kjee ni tak henti2 berjalan sebab tu sakit. Mungkin kot. Tapi kalau tak jalan, kerja pun tak geraklah kan?

Masa jumpa Marina hari tu dia kata Kjee harus ke Jaya Grocers di Damansara sebab barang2 kat situ ada banyak pilihan. Dan harganya agak murah berbanding dengan supermart lain. Oklay. Lepas breakfast, kami tiga beranak ke sana. Walaupun Marina kata tempat tu secoit jer kecik tapi Unclepali tak nak amik risiko. Dia suruh Kjee naik kerusi roda.

Masa pusing2 kat dalam Jaya Grocers lah tetiba Nadia kata nak buat pizza. Mungkin mata dia ternampak beef salami dan peperoni. Okay no hal. Kjee suruh jugak dia rembat empat biji tomato masak ranum untuk sosnya.

Pizza yang sudah siap untuk masuk oven

Kjee tak pernah buat pizza tapi masa uruskan page masakan untuk Majalah Jelita dulu, Kjee telah pergi ke Hilton Hotel (ketika itu lewat 70-an kot) dan buat sessi food photography dengan chef mat salleh untuk pasta dan pizza. So Kjee belajarlah apa dia bubuh untuk sos sapu atas pizza. Tapi kerana dah ingat2 lupa, Kjee tahu basic dia jer.

Untuk doh, Nadia guna basic pizza recipe dalam buku yang diberikan oleh breadmaker Noxxa (Amway). Dia kata macam buat roti benggali biasa jer. Lepas dia bubuh semua ingredients dalam breadmaker, dia terus pergi cuci kereta papa dia. Memang angin rajin dah melanda petang tu.


Duduk termenung dalam oven selama 20 minit


Masa dia cuci kereta, Kjee pun gagahkan diri ke dapur walaupun badan rasa tak sihat. Kjee celur 3 biji tomato dalam air panas selama 7 minit, buang kulitnya, potong2 isinya dalam bubuh dalam blender. Kjee masukkan jugak 2 biji bawang besar yang telah di cincang. Kemudian trrrrr.

Setelah blend, Kjee panaskan kira-kira 3 susu besar olive oil dan tumis bahan trrrr tadi. Guna api sederhana. Apabila sudah hampir kering, Kjee masukkan 3 sudu besar tomato puree serta sedikit garam, sedikit msg dan 2 helai bay leaves kering. Itulah sos tomato pizza versi Kjee.

Sebaik sahaja habis Nadia cuci kereta, loceng Breadmaker pun berbunyi tanda doh dah siap. Nadia keluarkan. Mulanya dia berlagak nak lambung doh di udara macam Italian Chef di tv. Ewah kelakar jugak. Akhirnya Kjee suruh dia buat satu bebola besar balik, dan letak tengah2 a 12inch pizza pan dan tampal doh tu sampai menutup pan.

Kjee pulak tolong dia sagat (grate) ceddar cheese dan mozarella. Nadia guna tiga jenis cheese iaitu Parmesan, Mozarella dan Ceddar. Hantamlah mama, dia kata. Kita yang buat dia. Kjee teringat ada satu pek cendawan butang besar dalam fridge. Itu pun Kjee hiris.

Kemudian Nadia yang sapu tomato sos. Dia selang selikan cheese dan salami serta pepperoni dan cendawan.  Dibakar selama 20 minit suhu 200 degrees.

Hasilnya? Awesome! Tak nak dah beli pizza kat Pizza Hut atau Dominoes, jerit Nadia. "Ini yang malas ni mama. Kalau dah rasa pizza buat sendiri, dah tak kuasa lagi nak makan pizza kat restoran!!"

Korang trylah buat. Untuk topping dia bubuh jerlah apa yang korang suka. Kita yang buat dia kan? Hehehe. Nadia kata laian kali dia nak buat guna resipi doh yang sama untuk dua 9 inci pizza. Nak rasa pulak thin crust pizza katanya.

Lain kali Kjee nak buat fresh mushroom soup jugak kan? Amacam?

OLEH KERANA RAMAI YANG MINTA RESIPI DOH PIZZA, KJEE TURUNKAN RESIPINYA KAT SINI. KJEE DAPAT RESIPI INI DARI BUKU RESIPI YANG DISERTAKAN KETIKA KJEE BELI BREADMAKE BRAND NOXXA AMWAY  HARI TU. MAAF KJEE TAK TAHU KAEDAH LAIN. CUBA INTAI DALAM BLOG2 MASAKAN YANG ADA. TERIMA KASIH.

Pizza Crust Dough

Untuk 1 pizza tebal 12 inci atau 2 pizza nipis 12 inci atau 2 pizza tebal 9 inci atau 4 pizza nipis 9 inci.

¾ cawan air (air masak diletakkan dalam suhu bilik)
1 susu besar minyak (Nadia guna Olive Oil)
1 sudu besar gula putih
½ sudu garam
1 sudu besar susu tepung
2¼ cawan bread flour
1 sudu kecil ragi kering

Cara guna BM, semua bahan basah diletak dahulu dengan diikuti bahan2 kering. Last sekali bubuh yeast. Tekan pada pizza dough dan tunggu proses menguli selama 53 minit. Apabila selesai proses itu, keluarkan doh dan letakkan diatas meja yang telah ditabur sedikit tepung. Bulatkan. Kemudian diletak kan di tengah2 pan pizza dan ditekan sambil menolak doh hingga menutup keseluruhan pan. Kemudian sapu dengan sos tomato (resipi Kjee beri diatas). Selepas itu, bubuhlah apa saja topping yang disukai, tambur cheese dan bakar dalam oven suhu 200 darjah selama 20 minit.


Baru keluar oven. Hmmm kecur dah


Ini hasilnya Beef Pepperoni, Salami dan Mushroom Pizza


Bubuh cheese banyak...sedap!!!
Sedap tak terkata. Hehehe




Friday, March 23, 2012

IC? OHHH I SEE!




Mungkin ramai yang dah tahu tetapi Kjee pasti ada jugak yang tahu tetapi tidak menyedari risikonya. Ini berkaitan dengan mereka yang meminta kita salinan kad pengenalan untuk urusan2 kerja.




Dah beberapa hari Kjee meminta seorang fren yang hanya Kjee kenali melalui blog ini untuk mendapatkan IC nya sebab dia ingin menjadi ahli 4life. Rupa2nya dia tak reti nak email salinan kad pengenalannya kepada Kjee. Okaylah tu. Kjee pun bukannya pandai bende2 cam tu. Semuanya Unclepali dan Nadia yang tolong buatkan.

Kemudian, apabila Kjee mendesak dia supaya segera menghantar salinan IC nya, dia pun bergegas ke Cyber cafe mintak tolong dia orang email kan.

Apabila Kjee dapat bukak email, terkejut Kjee tengok salinan kad pengenalannya. Dia PALANG diatas salinan IC nya itu, ONLY FOR 4LIFE USE.  Pada Kjee, tindakan fren itu cukup cerdik. Kjee pun call dia.

Menurutnya, dulu dia kerja bank. Ada seorang perempuan datang untuk buat pinjaman bank tetapi terkejut apabila mengetahui namanya di blacklist sebab gagal bayar pinjaman. Terkejut dia sebab dia tidak pernah membuat sebarang pinjaman! Barulah dia tahu ada orang telah menyalahgunakan kad pengenalannya.

"Sejak itu Kjee saya cukup hati2," katanya kepada Kjee.

Kjee teringat kes seorang pakcik ni masa Kjee rajin pergi memancing udang di kolam udang berbayar di Sentul bersama Unclepali dulu. Menurut pakcik tu, isterinya telah membuat banyak salinan kad pengenalannya dan membuat pinjaman dengan Ah Long.

Akibatnya, pakcik itu menjadi buruan loan sharks untuk pinjaman yang tidak pernah dibuat. Isterinya pulak menghilangkan diri selepas kegiatannya mengguna IC suaminya terbongkar.

Kjee harap semua hati2. Simpanlah kad pengenalan korang baik2. Jangan biarkan ia jatuh ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab. Tak lama lagi kita akan menghadapi Pilihanraya Umum ke-13. Nasihat ibu, ayah dan saudara yang sudah uzur di kampung agar tidak membenarkan sesiapa yang tidak dikenali mengambil kad pengenalan mereka.






AHMAD IDHAM SAYS NO TO ASTRO FIRST!

Ketika Astro memperkenalkan Astro First, Kjee dah agak dah ini adalah satu cara untuk 'membunuh' industri filem tanahair. Kalau tidak silap Kjee dengan hanya membayar RM15 untuk sehari dua (correct me if I'm wrong), satu famili boleh tonton.



Kalau tidak, untuk ke pawagam menaonton filem2 baru, at least untuk sorang kena bayar RM15 untuk tiket, pop corn dan minuman. Sorry Kjee bukan kaki pergi pawagam tengok wayang. Sebabnya, air condition terlalu sejuk dan selesa dan Kjee cepat tertidur.

Bagaimanapun, Kjee adalah tanya pandangan beberapa produser yang small time. Mereka sangat2 mengalu2kan langkah Astro ini kerana khabarnya, mereka boleh dapat kira2 RM200,000 dari Astro. So bayangkan kalau produser small time ini buat filem dengan modal RM800,000, wang sebanyak RM200,000 yang mereka terima dari Astro cukup besar.

Kemudian katakan daripada tayangan di pawagam dapat RM2juta. Tolak RM1.2 juta kena bagi toke pawagam, dapatlah RM800,000. Campur duit Astro dapatlah RM1-juta. Modal RM800 ribu. At least ada gak untung RM200.

Okaylah tu daripada meniaga buluh kasap, untung dan modal habis lesap!!

Tetapi Kjee happy apabila Ahmad Idham tak sokong Astro First. Korang nak tahu kenapa? Kjee copy paste dari mStar online kat bawah ni.

Ahmad Idham Anggap Astro First Rosakkan Industri Filem
Ahmad Izham Omar(kedua dari kiri) bertukar dokumen denganAhmad Idham Ahmad Nadzri(kedua dari kanan) pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) antara stesen televisyen TV3 dan syarikatnya, Excellent Pictures. Foto SIA HONG KIAU
PETALING JAYA: Penerbit filem, Ahmad Idham Ahmad Nadzri menganggap penayangan filem tempatan menerusi saluran Astro First akan merosakkan industri perfileman tempatan dengan lebih mudah.
Ahmad Idham berpendapat, berdasarkan dua buah filemnya iaitu Hantu Bonceng danSenjakala yang telah pun disiarkan di saluran berkenaan, nilai eksklusif sesebuah filem akan terus merudum selain bilangan penonton di panggung wayang akan berkurangan pada masa akan datang.
"Saya percaya setiap stesen televisyen mempunyai matlamat masing-masing dalam memuaskan hati penonton mereka.
"Tetapi berdasarkan pandangan saya, industri filem tempatan akan hancur kerana pada masa akan datang masyarakat tidak akan berminat untuk menonton wayang kerana selepas dua minggu tayangannya di panggung, ia dengan mudah boleh didapati menerusi Astro First.
"Bukan itu sahaja, industri cetak rompak juga semakin ligat merakam filem-filem yang disiarkan itu dengan mudah. Sebab itu kita dapati karya-karya tempatan dengan cepat berada di laman Youtube," tegasnya yang ditemui pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) antara stesen televisyen TV3 dan syarikatnya, Excellent Pictures di Hotel One World, di sini, Khamis.
Justeru itu, Ahmad Idham mengambil langkah untuk kembali ke 'konsep lama' di mana filem-filem terbitannya hanya boleh disiarkan di stesen televisyen selepas beberapa bulan tamat tayangan di panggung.
Dan selepas membuat perbincangan bersama, Excellent Pictures akan bertindak sebagai pembekal eksklusif kesemua filem terbitan produksi tersebut untuk TV3 selama dua tahun.
"Dalam kolaborasi ini kami membuat perjanjian situasi menang-menang di mana pihak TV3 hanya akan menayangkan filem-filem terbitan Excellent Pictures selepas beberapa bulan tayangannya tamat di panggung.
"Dan jangka masanya tidak tentu sama ada siarannya akan dikeluarkan lebih awal atau ketika di musim-musim perayaan tertentu.
"Dengan cara ini, sekurang-kurangnya penonton di panggung tidak akan berasa rugi selain filem-filem tempatan kita akan menjadi lebih eksklusif," ujarnya.
Antara filem-filem yang bakal disiarkan di TV3 ialah Jangan Pandang-Pandang, Gerimis Mengundang, Mail Lambung dan Cinta Atas Tar.
Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Operasi, rangkaian televisyen, Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, produksi Excellent Pictures menjadi pilihan pihaknya selepas melihat kejayaan filem dan drama terbitan syarikat tersebut yang berjaya menarik perhatian pelbagai golongan penonton.
"Sebelum ini kami pernah bekerjasama dan sememangnya sudah ada keserasian memahami cara kerja masing-masing.
"Menerusi kolaborasi ini, ia memudahkan kedua-dua belah pihak dalam memasarkan filem dan produk yang dihasilkan dengan lebih efektif.
"Dalam pada itu, pihak kami juga perlu peka dalam memberikan siaran yang terbaik buat penonton," katanya.

ASAM PEDAS + SAYUR GORENG CAMPUR + IKAN GORENG

Menu lunch hari ni. Asam pedas ikan patin ternak sendiri, buncis goreng sama carrot dan cendawan ntah apa nama beli kat Carrefour dan ikan patin goreng garing. Unclepali akan buat sambal belacan sebab dia nak makan kerdas. Me no makan kerdas. Nadia yes. Me no tahan bau but jering and petai, me sapu. Hehehe.

Asam pedas tak ada bunga kantan tapi ada daun kesom hehehe

Sedap ni. harus tak makan nasi but ratah sayur jer

Sekeping jer untuk kami, dua lagi untuk anak meow hehehe

Ini sahaja rezeki kami hari ini. Alhamdullilah



Thursday, March 22, 2012

AL FATIHAH HAJAH FAZILAH ABDUL SAMAD

Jam 10.30 malam, sembilan bulan yang lalu, kau pergi menyahut panggilan Illahi. Semoga rohnya tenang bersemadi di sana.




HEBATLAH ZAQUAN...ISTERI PAKAI SEKSI PUN TAK KESAH!





LUNCH LAUK TUNJUK DARI RESTORAN MINANG





Hari ni Kjee lunch lauk tunjuk. Hehehe. Bukan Kjee malas nak masak tapi tak der mood. Mood hari ni ala2 merajuk. Kahkahkah.




Tadi balik dari ikut Unclepali beli rumput, Kjee suruh dia singgah kat restoan Minang Paya Jaras. Gerai betul2 berjiran dengan kedai emas Abang Adik (itu nama kedai emas tu). Tapi gerai yang sebelum kedai emas tu. Yang selepas kedai emas tu pun ada restoran minang tapi Kjee tak pernah ke sana.

Kjee beli simple2 jer sebab makan berdua. Unclepali pilih ikan kembung masak lemak cili api. Kjee pilih peparu goreng berlada dan peria katak goreng berlada dan telor asin.

Emping atau keropok belinjau. Satu kemestian kalau makan lauk Minang