Dah beberapa hari Kjee meminta seorang fren yang hanya Kjee kenali melalui blog ini untuk mendapatkan IC nya sebab dia ingin menjadi ahli 4life. Rupa2nya dia tak reti nak email salinan kad pengenalannya kepada Kjee. Okaylah tu. Kjee pun bukannya pandai bende2 cam tu. Semuanya Unclepali dan Nadia yang tolong buatkan.
Kemudian, apabila Kjee mendesak dia supaya segera menghantar salinan IC nya, dia pun bergegas ke Cyber cafe mintak tolong dia orang email kan.
Apabila Kjee dapat bukak email, terkejut Kjee tengok salinan kad pengenalannya. Dia PALANG diatas salinan IC nya itu, ONLY FOR 4LIFE USE. Pada Kjee, tindakan fren itu cukup cerdik. Kjee pun call dia.
Menurutnya, dulu dia kerja bank. Ada seorang perempuan datang untuk buat pinjaman bank tetapi terkejut apabila mengetahui namanya di blacklist sebab gagal bayar pinjaman. Terkejut dia sebab dia tidak pernah membuat sebarang pinjaman! Barulah dia tahu ada orang telah menyalahgunakan kad pengenalannya.
"Sejak itu Kjee saya cukup hati2," katanya kepada Kjee.
Kjee teringat kes seorang pakcik ni masa Kjee rajin pergi memancing udang di kolam udang berbayar di Sentul bersama Unclepali dulu. Menurut pakcik tu, isterinya telah membuat banyak salinan kad pengenalannya dan membuat pinjaman dengan Ah Long.
Akibatnya, pakcik itu menjadi buruan loan sharks untuk pinjaman yang tidak pernah dibuat. Isterinya pulak menghilangkan diri selepas kegiatannya mengguna IC suaminya terbongkar.
Kjee harap semua hati2. Simpanlah kad pengenalan korang baik2. Jangan biarkan ia jatuh ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab. Tak lama lagi kita akan menghadapi Pilihanraya Umum ke-13. Nasihat ibu, ayah dan saudara yang sudah uzur di kampung agar tidak membenarkan sesiapa yang tidak dikenali mengambil kad pengenalan mereka.
Pernah terkena Kak Jee... terima kasih atas peringatan.
ReplyDeletebetul tu..kena wat palang pastu tulis salinan untuk..... atas urusan apa pun baik dengan bank sekalipun kena wat gitu untuk keselamatan ^_^ skang ni macam2 jenayah orang buat..semua sebab RM..
ReplyDeleteMemang bijak tindakannya. Semua orang patut mencontohinya. Kadang-kadang kita terlalu lurus bendul, orang lain pula ambil kesempatan.
ReplyDeleteBetul kjee, macam kalau kita pergo condo @ apartment @ office yg security dia mintak ic,lbh baikbagi lesen sahaja,sbb pernah adakes pengawal tu yg copy ic and buat loan.so berhati2 lah
ReplyDeleteLagi satu, kalau IC kita hilang, simpan salinan kehilangan dari Polis sbb itu menjadi kan bukti bahawa ic kita pernah hilang.pernah ada pemandu teksi citer,dia hilang ic pastu ada org buat loan guna ic dia.nsib dia simpan salinan,then kes tu dpt di selsaikan wpun ambik masa..hati2 lah.zaman skrg byk penyangak..smua nak hdup senang atas kesusahan org lain
ReplyDeleteyer betul kak jie... tapi kadang2 org ambik ringan pasal tu kan...
ReplyDeleteapa apa pon terim kasih sebab "MENGINGATKAN"
salam,
ReplyDeleteteerjumpa blog ni waktu nak google tomyam tersedap utk dinner. ni JJCM la hehehe..very informative blog dan suka cara sis berkarya di sini. tks for sharing d infos n visit me back jika berminat dgn SLiM ya.. thks!
Yups betul tuh kak ,
ReplyDeleteSemasa sy poses dokumen customer , kami perlu buat mcm tuh ... So ic customer hanyalah utk kegunaan bank kami =)
Che nad
KakJee terima kasih good info kadangkala kita terlupa..benda camnie membuat kita sentiasa berhati hati.
ReplyDeleteCik rose tak pernah kena lagi...harus brhati-hati nie...
ReplyDeleteSalam kak jee....rindu lakonan kak jee.polemik tadi mmg berlaku dan kita kena berhati-hati!
ReplyDeleteSalam Kak Jee,
ReplyDeleteSaya ada buat entri lanjutan drpd entri ni.
T.kasih wat entri ini yg buat sya berfikir panjang ttg nak bagi IC pd pihak ke-3 lps ni