Omputih kata..LOOKS CAN BE VERY DECEIVING |
Kami ke sebuah restoran Western yang selalu jugaklah kami pergi, di Taman Melati. Sebelum tu kami ke Taman Melawati hantar product TF kepada 3 orang. Hajat hati nak makan Duck Steak. Tapi bila sampai dalam hujan lebat, duck steak dah habis. Walaupun kecewa, terpandang pulak gambar Spaghetti Bolognaise dalam menu.
Tanpa fikir panjang terus order. Nadia order Tenderloin Steak sementara Unclepali memang tak adventurous. Dia order Nasi Ayam jer.
Makanan Kjee sampai dulu. Cepat2 Kjee acukan handfon amik gambar. Presentation okay. Diletak dalam stainless steel wok dalam mangkuk kaca warna hitam. Lawa. Terus tangkap gambar.
Perut pun dah berkeroncong. Capai garfu dan rasa sikit. Isyhh kenapa masam? Bukan masam tomato atau tomato puree tapi masam basiiiii! Isyhh Nadia taste sikit. Dia kata okay. Kjee ingat tekak Kjee tak okay. Nadia kata gaullah sos daging tu dengan apaghetti. Mungkin kalau dah bercampur tak masam!
Kjee pandang tepat pada spaghetti. Langsung tak al dente atau kenyal. Macam bukan fresh direbus tetapi ala2 direbus dah dua tiga hari tapi tak habis. So disimpan dalam freezer! I should know sebab dulu kan Kjee meniaga jugak. Kjee jual Laksa Johor. laksa Johor kan guna spag. Tapi gua tak buat macam tu tau!! Tak sempat nak simpan sebab hari2 habis.
Anyway, selepas Kjee gaul sos daging dengan spag, Kjee makan. Tak boleh langsung diterima tekak sebab masamnya luar biasa. Nadia terus gamit pelayan. Pelayan datang. Kami beritahu dia masalah kami.
Pelayan (tak tahu sama dia yang chef sebab muda sangat), kata itulah rasa sebenar spaghetti bolognaise. Dia pandang muka Kjee ala2 .."lu ni tau ke makan spaghetti bolognaise.." Ek eleh kau belum lahir aku dah kenal makanan itu tau...begitu wajah Kjee pandang tepat pada mata dia.
Dia bawak masuk makanan tu ke dalam. Kemudian keluar balik. "Ya ada masam sikit. Nak tukar yang baru ker?". Kjee geleng kepala. Saspen ya amat2. kalau aku order lain nanti, takut lak kena aniaya. Korang pernah dengar tak ada pekerja restoran yang ludah dalam makanan pelanggan sebab pelanggan cerewet suruh ubah itu dan ini?
So Kjee order Nasi Ayam. Pelanggan di meja lain semua dah dapat nasi ayam mereka. Kjee tanya waiter lain samada dia orang lupa ke Kjee mintak Nasi Ayam. Akhirnya sampai. Kjee tawakkal jer tadi. Setelah baca doa makan, dalam hati, suara jahat berkata2: "Kalau korang aniayakan makanan aku ni, bengkerap nanti kedai ni!!"
Itu jer yang Kjee nak story.
pernah kena macam tu kak... komplen tapi terus bayar & tinggal terpinga2lah budak tu...
ReplyDeletek.jee ni dl cikgu k?sbb serupa sgt dgn cikgu sy kt SSP
ReplyDeletesalam KakJee....nampak cantik gambar makanan yang akak ambil nie. Saya pernah kena order makanan yang tak sampai sampai sedangkan orang lain yang lewat datang dah makan habis...pastu kita bayar bill minumam terus keluar dan tak akan pergi ke kedai itu dah.
ReplyDeleteSalam kak jee...huhh, betul juga tu kak, kang kot2 lah mereka geram, ada dia gaul spaghetti tu dengan stokin ke, lepas tu hidang kat kita...penggsannn >___<
ReplyDeletekalau restoran melayu buat western selalu kena camni hampeh!!!
ReplyDeletePembetulan sikit POSH76. Dalam 10 gerai/restoran Melayu yang serve western, rasa2nya tiga boleh dipercayai. sebab itulah Kjee tak rajin nak singgah kat kedai baru walaupun ada kata sedap. Kalau Kjee ulang ke kedai sama selalu, maknanya boleh diterima tekaklah makanan mereka.
ReplyDeleteermmm nasib le kali mkn kt kedai..
ReplyDelete