foto ehsan mstar |
Tetapi oppsss. Ramalan Kjee Liyana akan kahwin dengan jiran memang betul. Tapi dengan jiran lain lah pulak! Adoii...nak kena pakai cermin mata tebal lah lepas ni kalau nak menilik dalam air. Tok Moh (Mak Esah) dah mula rabun kot. Hehehe
Apalah Kjee merapu ni? Nak tahu? Well ini citer hari tu Tapi rupa2nya citer yang terbaru, Liyana mengaku nak kahwin dengan jiran yang umah dia lagi dekat dari rumah jiran yang Kjee 'tembak' tu.
Apa2pun tak kisahlah. Bukan senang seorang artis yang masih muda nak lepaskan zaman bujangnya. Ini mesti dah fikir habis dan masak2 kan.
What ever, Kjee tumpang gembira. Buatlah garden wedding kat Taman Melawati. Boleh jemput semua jiran termasuk jiran lama (kitalah tu) dan jugak jiran yang tak jadi tu yang rumah dia atas bukit di Jalan G. Hehehe.
Senang kahwin dengan jiran. Apatahlah lagi kalau tinggal dekat2 dengan umah mak bapak dan mertua. Merajuk jer, lompat je balik umah mak bapak. Atau kalau dah beranak senang gilir2 mak dan mak mertua jaga. Hahaha
Senang kahwin dengan jiran. Apatahlah lagi kalau tinggal dekat2 dengan umah mak bapak dan mertua. Merajuk jer, lompat je balik umah mak bapak. Atau kalau dah beranak senang gilir2 mak dan mak mertua jaga. Hahaha
Kjee dapat citer ni dalam mStar hari tu. Korang bacalah sendiri yer.
Liyana Jasmay Bakal Bertunang Dengan Jiran
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay, 23, telah membuat pengakuan akan bertunang dengan jirannya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan bernama Fathuddin Mazlan pada bulan depan.
Menurut laporan akhbar Berita Harian, Liyana berkata dia sudah pun menerima cincin merisik daripada bakal tunangnya yang berusia 28 tahun itu.
"Dia menghantar rombongan merisik pada minggu lalu dan jika tiada aral melintang, kami akan bertunangan pada bulan depan.
"Tarikhnya terpaksa dirahsiakan. Insya-Allah tahun depan kami akan berkahwin," katanya.
Sebelum ini, Liyana yang popular dengan lagu Aku Tak Percaya Cinta itu pernah digosipkan bercinta dengan pengarah muda, Shamsul Yusof dan penyanyi Aizat Amdan.
"Selama ini pun saya tidak pernah mengatakan yang saya bercinta dengan orang itu atau ini. Semuanya berlaku dengan cukup pantas, itulah yang dinamakan kuasa jodoh.
"Saya sendiri tidak tahu bila masanya rasa cinta itu datang? Cuma apa yang saya sedar, perasaan itu tiba-tiba hadir dalam diri. Kita hanya boleh tahu perasaan itu apabila kita sendiri mengalaminya," tuturnya.
Tambah Liyana, dia sendiri tidak menyangka bahawa lelaki yang dicari-cari selama ini rupa-rupanya tinggal berdekatan dengannya.
Dia juga bersyukur kerana walaupun lelaki pilihannya itu buka daripada kalangan orang seni, dia faham dengan alunan cara kerja Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM) ini.
dia sangat comel ;)
ReplyDeletesuka tgk senyuman dia
moga bahagia hendaknya
semoga depa bahagialah hendaknya kjee noh..hehe
ReplyDeletemuda2 dah nak kawin...
ReplyDeletemoga berbahagia...
tahniah.. tahniah... untuk liyana..
ReplyDelete