Aritu masa adik Kjee datang dari Melaka, bukan main sibuk lagi dia nak pekena tosei di sebuah restoran mamak depan Mesjid Sungai Buloh, katanya. Adik Kjee dulu pernah duduk Paya Jaras sebelum berpindah ke Melaka. Jadi dia tahulah mana tempat makan yang sedap.
Semalam, Kjee ke sana dengan Unclepali setelah Idah (adik Kjee) kata sedap sangat mi goreng mamak. Kjee memang dah lama tak dapat rasa mi goreng mamak yang sedap. So kalau adik Kjee kata sedap, mestilah sedap sebab tekak dia pun sama cam tekak Kjee. Dia lagi cerewet pasal makan sebab dia pandai masak.
Anyway, sampai jer kat restoran itu, seperti biasa Unclepali order roti canai dan telor setengah masak. Kjee intai2 tempat goreng mi. Kjee order mi campur mihun campur kwayteow goreng. Itulah cara fav Kjee kalau makan mi goreng mamak.
Masa Kjee kecik2 dulu, ada seorang mamak nama Ibrahim yang kami panggil Che Yem naik basikal tiga roda tiga jual mi goreng kat kawasan Kpg Baru. Punyalah sedap mi goreng dia. Sampai ke hari ini, Kjee tak pernah rasa mi goreng sedeap air tangan Che Yem.
Roti canai Unclepali sampai. Lembut dan gebu. Tak macam sesetengah kedai mamak lain yang roti canainya keras macam kulit kering! Dalnya pun sedap.
And then mi goreng Kjee sampai. Memang betul kata adik Kjee, Mi goreng situ memang terbaek!!! Unclepali kongsi makan mi goreng Kjee. Sikit pun dia tak offer Kjee jamah roti canai dia walaupun dia order dua keping.
Oleh kerana mi goreng tu ciput sangat (terpaksa lak share ngan Unclepali), Kjee pun order sekeping roti canai. Memang sedap dan gebu. Tapi tak habis. Hehehe.
Dan hari ini, kami ulang ke sana sebab Kjee nak makan tosei. Kjee suruh buat garing. Dan hasilnya sangat memuaskan. Biasanya tosei tempat lain, agak masam tapi di Mami Sri Tanjung ini, tak masam. Hanya satu jer yang kureng...airnya tak berapa sedap. Otherwise, no complaints.
Hmm esok pagi nak bawak Nadia pulak sebab dia ada kuliah petang. Dia memang suka tosei. Lagipun, rumah kami tak ada air. So kena makan luar sepanjang hari. Hehehe bestnya.
tosei tu feveret saya kak Jee, kena cuba ni.
ReplyDeletekak jee pilah try makan tengahari kat restoren rasa mas depan masjid Sg Buluh tu, sederet poliklinik Pusrawi, memang sedap,murtabak dia pun power...
Nakkkk ikuttttttttttttttttt!!!!!!!!!!!!....haha
ReplyDeletetempat die kt mana kjee? dekat2 bandar baru sg.buleh ke? situ je masjid yg sy tau..hehe
ReplyDeletesederet dengan restoren rasa mas, Isyh77.
ReplyDeleteJom mai KL Che Mat. Kjee belanja
amboi sedapnya tgk ...
ReplyDeleteNak ikut gak...
ReplyDeletekak gee, saya ingat lagi che yem yg jual mee goreng naik basikal tu, time tu saya kecik lagi tapi setiap kali lalu dpn rumah nenek kat kg baru mesti kitaorg order dari dia. suka tgk dia goreng mee, simple tapi sedap giler! pastu tetiba dia senyap jer tak muncul2, kitaorg assume dia sakit. Rindu mee goreng dia.
ReplyDelete-Sheila-
kak jee..berat dah turun..jangan kuat makan tau...kena ingat,...ehhehe..nanti naik balik..
ReplyDeletesemoga kak jee sihat!
dekat umah I ni....nak teraila
ReplyDeleteRestoren RasaMas tu pun ok gak K.Jee....try la..
ReplyDeletekalau baris depan masjid tu penuh, boleh pegi cawangan dia kat baris depan tu...tepi klinik apa ntah...tapi kedai tu bertemu belakang jer dengan kedai depan masjid tu..nama pun RasaMas jugak..kalau telur separuh masak d'org guna telur ayam kampung...terbaek...