Aida masih seperti dulu walaupun kini sudah berhijrah dengan penampilan cukup Islamik. Alhamdullilah syukur. Dia antara segelintir artis tanahair yang memilih tidak mahu menanggalkan tudung walaupun di depan mahupun di sebalik kamera.
Dengan senyuman yang cukup ikhlas, Aida beritahu dia langsung tidak menyesali agak lewat untuk 'berhijrah'.
"Saya bersyukur masih diberi peluang untuk bertaubat dan berhijrah. Semua yang saya lakukan sebelum 'berhijrah' sudah saya tinggalkan. Ini termasuk banyak kesalahan dan kesilapan yang selama ini saya tidak sedar.
"Tetapi saya tidak sedikit pun kesal. Malah saya amat bersyukur saya antara insan yang dipilih untuk menjalani 'penghijrahan' ini," katanya yang sudah pun berdaftar untuk menunaikan rukun Islam ke-5, tahun ini.
Seorang ibu tunggal, Aida bersyukur setelah segala ranjau kehidupan yang dilalui selama ini, beliau telah menemui apa yang dicari selama ini.
"Inilah kehidupan yang saya pilih. Doakan agar hidup saya sentiasa diberkati," katanya perlahan.
Kjee kenali Aida ketika dia menjadi model awal 80-an dulu. Dari seorang model yang cukup laris di pasaran Malaysia dan juga Hong Kong, Aida beralih menjadi pelakon.
"Sekarang hampir kesemua watak yang saya dapat bersesuaian dengan penampilan dan usia saya. Syukur alhamdullilah dengan rezeki yang saya perolehi. Mulai esok, saya sibuk selama sebulan memenuhi undangan berlakon dengan beberapa buah syarikat."
Aida turut memberitahu, sedikit masa lagi dia akan membuat pengumuman menarik diri dari bidang perniagaan tudung yang diceburi lebih setahun lalu.
"Itu bukan perniagaan saya. Mereka hanya menggunakan nama saya. Itu sahaja. Dan saya rasa sudah sampai masanya saya menarik diri. Saya mendapati perniagaan itu tidak banyak mendatangkan keuntungan di pihak saya," tambahnya.
Bersama sahabat karibnya produser Wan Nor Azmah |
Pun suka lakonan beliau, kalau jadi Datin ke, memang sesuai dan ada "kelas"...
ReplyDeletealhamdulillah, lebih baik lewat dpd terus tak dipilihNYA untuk mendapat hidayah..frankly, i like her muslimah image tu.
ReplyDeleteshe's kinda soft spoken, kan..kak jee. Lakonan dia saya minat sangat. So motherly. Semoga niat murni tu dipermudahkan Allah, aamiin.
..and she looks younger with hijab :D
ReplyDeleteSalam perkenalan KJee.. Alhamdulillah dan tahniah pada mereka2 yang kini more Islamic kan..
ReplyDeleteWow..Aida Khalida...
ReplyDeletesuka tgk dia berlakon..lepas tu mesti nak kena tgk tudung2 yg dia pakai...mcm sesuai jek dgn dia..=)
sy minat sgt dgn Aida ni, tak kiralah dari segi lakonan atau penampilan sejak zaman tak bertudung sampailah sekarang dah bertudung. Dia sangat menawan...
ReplyDeletekak aida mmg lemah lembut orgnya..x hubby dia yg 1st tu pun lemah lembut dan mulus orgnya..selalu dtg opis i ada urusan kerja
ReplyDeletesuka dgn lakonan kak aida. dia mmg sentiasa cantik. tak nampak bertambah usianya, semakin bertambah muda plak..
ReplyDeletekak aida pernah kata nak bertudung kena ada ilmu, ilmu dan ilmu..jangan jadi mangsa fesyen
ReplyDelete